Kosmo Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Pemotoran |
Posted: Seni bina mewah berprestasiOleh SHAWKATH AZDE TAHUN 1938 menyaksikan kelahiran model Rolls- Royce Wraith. Model tersebut ditempatkan sebagai model asas dalam rangkaian produk pengeluar kenderaan mewah British itu. Wraith merupakan perkataan yang dipopularkan oleh penyair terkemuka Scotland, Robert Burns. Makna Wraith dalam bahasa Inggeris ialah Ghost (hantu). Jangka hayat Rolls-Royce Wraith tidak kekal lama. Tempoh produksi hanya berlangsung selama setahun. Sebanyak 491 unit Wraith berjaya melepasi barisan pengeluaran. Ia berikutan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Pada era itu, Rolls Royce mengalihkan operasinya bagi menghasilkan enjin Merlin untuk kegunaan kapal terbang perang Tentera Udara Britain. Untuk makluman, Britain merupakan salah satu negara dalam pakatan Tentera Berikat yang menentang Tentera Paksi dalam Perang Dunia Kedua. Fastback paling berkuasa Dipantaskan masa ke hadapan, nama Wraith sekali lagi muncul dalam rangkaian produk Rolls-Royce. Kali ini, penampilannya bukan sebagai model asas tetapi pengisi vakum di antara model Ghost dan Phantom. Membuat debut sewaktu Pameran Motor Geneva di Switzerland awal Januari lalu, Wraith ialah jentera paling dinamik dan berkuasa yang pernah dicipta Rolls-Royce. Fastback itu dipasang enjin V12 dengan padanan transmisi automatik ZF lapan kelajuan. Ia mampu menjana kuasa output sebanyak 624bhp dan tork setinggi 800Nm. Wraith memiliki satu teknologi unik pada bahagian rangkaian kuasa. Teknologi itu dinamakan sebagai Satellite Aided Transmission (SAT). Ia menggunakan data sistem kedudukan global (GPS) untuk memilih kedudukan gear yang sesuai sewaktu pemanduan. SAT berfungsi dengan meramal tindakan mengikut corak pemanduan seseorang pemandu. Kemudian, ia akan memilih gear bersesuaian lebih awal sebelum jentera memasuki laluan berkenaan. ROLLS-ROYCE Wraith membuat penampilan sulung sewaktu Pameran Motor Geneva di Switzerland awal tahun ini. Kualiti material kulit Di jalan lurus, selekoh, simpang atau bulatan, SAT membantu mengekalkan kuasa optimum, sekali gus menjadikan Wraith lebih berprestasi. Rolls-Royce memberi perincian mendalam pada seni bina dan kualiti produk keluarannya. Jadi, Wraith tidak terkecuali. Material kulit yang ada dalam jentera itu memiliki standard pemilihan tersendiri. Hanya kulit lembu jantan berusia dua tahun sahaja dipilih. Jika anda tertanya-tanya mengapa bukan lembu betina. Jawapannya mudah. Apabila lembu betina menyusu, kulitnya akan kendur. Kekenduran itu menurunkan kualiti kulit. Bagi menyalut material kulit pada sesebuah kereta Rolls-Royce, ia memerlukan sekurang-kurangnya 11 ekor lembu jantan. Kemasan papan ruang kabin pula diambil daripada pokok yang berusia 60 tahun. Pokok-pokok itu ditanam oleh para vendor Rolls-Royce. Tiada isu menebang pokok secara rambang. Pemanduan malam pasti tenang jika anda berada dalam Wraith. Bumbung kabinnya memaparkan panorama malam diterangi bintang. Bukannya pandang terus ke langit tetapi hasil pencahayaan 1,340 butir lampu gentian optik. Sulaman itu dibuat menerusi tangan oleh para pekerja Rolls-Royce. Fungsi ketersambungan antara muka dipermudahkan dengan adanya kawalan suara. Tekan butang pada stereng dan beri sahaja arahan untuk sistem navigasi, telefon atau lain-lain. KESELESAAN penumpang tempat duduk belakang turut diberi perhatian khusus oleh pasukan jurutera Rolls-Royce. Komputer Wraith akan memenuhi permintaan dan memaparkan maklum balas menerusi satu skrin definisi tinggi berukuran 10.25 inci yang dipasang pada papan pemuka. Sekali pandang pada bahagian hadapan jentera itu, sudah pasti gril tradisional rekaan baharu menjadi perhatian. Saiz lekuk gril sudah dipanjangkan sebanyak 45 milimeter agar lebih menawan dan meningkatkan saluran angin ke ruang enjin. Kehalusan garis badan dari bahagian hadapan ke belakang menyempurnakan susuk badan maskulin Wraith. Aplikasi dua tona warna pada jentera itu membuatkannya lebih unik. Pembuka pintu Wraith ditempatkan di bawah cermin pandang sisi. Pintu dibuka secara songsang jika dibandingkan dengan kereta-kereta konvensional lain. Struktur pintu koc itu kelihatan besar dan panjang disebabkan ketiadaan tiang B dan bingkai cermin sisi. Jika sudah berada dalam di kereta, pintu boleh ditutup secara automatik dengan hanya menekan butang yang disediakan. Kestabilan pemanduan menerima sentuhan terbaik daripada jurutera Rolls-Royce. Olengan badan kereta diminimumkan hasil talaan sistem suspensi jentera itu. Maklum balas stereng berubah mengikut kelajuan. Pada kelajuan rendah, stereng menjadi ringan. Ketika dipandu laju, ia bertukar berat. Untuk pasaran Malaysia, Wraith dibawa masuk oleh Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur. Tempahan kini dibuka dan penghantaran pertama dijadualkan pada akhir tahun ini. Harga anggaran permulaan bagi Rolls-Royce Wraith adalah RM1.3 juta seunit. Itu tidak termasuk cukai, duti dan caj-caj lain. Jaminan yang diberikan adalah selama empat tahun tanpa had perbatuan. Ia tidak termasuk cermin dan tayar kereta. |
Posted: MINI Countryman CKDMODEL Countryman ditawarkan dengan dua varian sebagai pilihan untuk pengguna tempatan. BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menunjukkan komitmen serius dalam industri automotif tempatan apabila menampilkan produk pemasangan kenderaan tempatan (CKD) MINI untuk pasaran Malaysia. Model MINI Cooper CKD pertama keluarannya ialah Countryman. Ikon Britain itu dihasilkan di kilang pemasangan BMW Malaysia yang terletak di Kulim, Kedah. Sebanyak dua varian diperkenalkan iaitu MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman ALL 4. Secara amnya, spesifikasi produk CKD dengan jentera diimport sepenuhnya (CBU) adalah sama. MINI Cooper Countryman menggunakan enjin empat silinder bersesaran 1.6 liter. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik. Kombinasi itu berupaya menjana kuasa maksimum 120hp pada 6,000rpm dan tork setinggi 160Nm @ 4,250rpm. Jentera empat pintu itu memerlukan tempoh 11.6 saat bagi pecutan 0 kilometer (km) hingga 100km. Kelajuan maksimum ialah 182km sejam (km/j). Bagi varian Cooper S Countryman ALL 4, enjin sama digunakan tetapi dipasang dengan unit pengecas turbo, sistem pancitan terus bahan api dan sistem pengurusan pembolehubah injap Valvetronic. DARI kiri: Duta Australia, Andrea Wicke; Duta Jerman, Dr. Guenter Gruber; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Datuk Bakke Salleh pada majlis pelancaran MINI Cooper Countryman CKD di Kedah baru-baru ini. Penambahan itu membolehkan enjin tersebut meledakkan kuasa setinggi 184hp @ 5,500rpm. Sementara kuasa tork 240Nm dapat dinikmati sepenuhnya pada pusingan enjin antara 1,600 hingga 5,000rpm. Model itu turut dibekalkan dengan sistem penggalak (boost) untuk melonjakkan tork sehingga 260Nm. Kotak gearnya masih enam kelajuan automatik tetapi dengan nisbah berbeza. Tempoh diperlukan bagi pecutan dari titik pegun ke 100km/j mengambil masa 8.3 saat. Kelajuan maksimum ialah 205km/j. Selain itu, Cooper S Countryman ALL 4 didatangkan dengan sistem pacuan semua roda. Teknologi itu membantu mengagihkan kuasa tambahan ke roda belakang ketika pemanduan mencabar. MINI Cooper Countryman didatangakan dengan rim aloi 17 inci manakala Cooper Countryman S dipasang rim aloi 18 inci. Sebanyak 11 warna pilihan disediakan bagi produk MINI CKD. Harga runcit bagi MINI Cooper Countryman ialah RM218,888 seunit. Cooper S Countryman ALL 4, ditawarkan pada harga RM258,888 sebuah. Ia adalah harga atas jalan meliputi pakej servis MINI Tender Loving Care, tetapi tidak termasuk insurans. |
Posted: Jiwa kental Mazda BGOleh IRWAN ASRI MOHD NOR BUKAN mudah untuk menyelenggara kereta seperti Mazda BG ini. TANPA sebab yang jelas, kereta Mazda generasi BG tiba-tiba 'terpadam' dalam kamus modifikasi kereta tempatan. Kalau di Kuala Lumpur, hendak jumpa BG merupakan benda terakhir yang boleh anda harapkan. Terserempak sebulan sekali pun belum tentu. Mazda Astina, Lantis pun sama. Pokoknya, Mazda generasi 1990-an yang kalau jumpa pun mungkin FD3S RX7. Mazda pada era gabungan Ford dahulu sangat mementingkan pasaran domestik Jepun. Kejuruteraan kereta zaman itu memang betul-betul cukup sifat sebagai sebuah kereta. Sejak penjenamaan zoom zoom, Mazda seolah-olah lupa dengan model Familia mereka. Hendak cari kereta ini pun bukan main jauh. Jadi, tak malulah saya nak cakap bahawa ini antara BG paling cantik yang saya pernah jumpa. Sempurna dari segenap segi. Enjin kemas Pemiliknya bernama Nik Mohd Khairul Mohd Nawi. Seorang jejaka yang sudah memandu kereta ini lebih sepuluh tahun. PAPAN pemuka yang nampak sarat dengan barisan meter. Untuk berada pada tahap ini, jiwa mesti kental. Alat ganti kereta seperti ini bukan boleh main pesan sahaja di kedai. Inilah kelebihannya apabila main kereta yang sama dalam jangka waktu lama. Jadi anda boleh agak mana yang akan rosak dan siap-siap dengan alat gantinya terlebih dahulu. Kereta ini pada asalnya versi 1.6 standard yang dipandu oleh Nik untuk beberapa tahun. Tidak lama kemudian, dia mula tukar enjin. Enjin BPD B8 berkuasa 210hp sebenarnya sangat maju dalam kategorinya. Namun, ia tidaklah lasak macam enjin SR20DET, tetapi nak mengubahsuainya agak senang. Bahagian dalaman enjin dipasangkan dengan piston SR20DET berdiameter 86mm. Turut dipasangkan ialah injap blow-off HKS SSQV, penapis udara HKS, paip-paip tahan karat, wastegate Mines dan intercooler EVO 9 pada bampar depan. Apa yang mengagumkan saya bukan kuasa enjin, tetapi kemasan bay warna hijau, rocker 'frosted' merah dan bersih sekali. Tidak perlu wire tuck, enjin masih kelihatan begitu cantik dan menawan. ENJIN BPD B8 ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 210hp. Kotak gear BPD dimodifikasi menjadi pacuan dua roda sahaja. Untuk makluman, kereta asal Interplay 210 enjin ini semuanya 4WD macam GSR dan EVO. Opsyen yang selalu diambil ialah kotak gear BPT atau Claire, tetapi ia ada isu reliabiliti dan bukanlah senang nak dapat.Sebelum dipasang, kotak gear dilengkapkan dengan pelapik klac Triniti. Sistem suspensi dikemas dengan jenis boleh laras GAB, sedang elok untuk bawa otai ini beraksi dengan yakinnya. Brek disalin sepenuhnya daripada Interplay kepada BG. Rim pula ialah SSR Type C 16 inci dengan tayar Advan Neova AD07 bersaiz 205/50/16. Cemerlang! Bahagian dalaman kereta nampak meriah dengan kehadiran warna merah hitam pada tempat duduk jenama Interplay lengkap bersama sulaman tag Mazdaspeed. Papan pemukanya juga daripada Interplay. Stereng dan knob gear M'S serta deretan meter Defi di atasnya. Semasa saya teliti bahagian atas barulah nampak RSM dengan AFC Neo. Bahagian luar seperti lazimnya pada BG ialah kit depan B8 210. Belakang pasang spoiler dengan lampu BG spesifikasi pasaran United Kingdom (UK). Akhir sekali ialah sunroof BG, juga spesifikasi UK. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |