Kosmo Online - Rencana Utama
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Rencana Utama |
Sosok badan penentu populariti Posted: Sosok badan penentu popularitiBINTANG tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan pernah menyuarakan pandangan mengenai penggunaan steroid dalam kalangan selebriti di India yang telah mencetuskan kontroversi beberapa ketika dulu. "Pemilik fizikal yang semula jadi dalam industri ini (hiburan) milik aku! Inilah bentuk badan yang asli tanpa steroid, tanpa sebarang produk tiruan," tegasnya cukup lantang kedengaran. Melihat perkembangan industri hiburan terutama bidang lakonan hari ini, obsesi artis lelaki untuk membina badan demi mendapatkan bentuk yang diidamkan sangat jelas terbukti. Mungkin hanya melaburkan kurang 10 peratus daripada pendapatan bulanan, mereka dapat memperoleh sosok tubuh yang berotot, ideal dan menggiurkan. Menyentuh mengenai dunia bina badan bagi golongan artis, pelakon Norman Hakim mempunyai pandangan tersendiri. Menurutnya, selain dapat memastikan kualiti kesihatan yang seimbang, bina badan juga membentuk struktur badan yang dianggap satu aset penting. "Saya begitu obses dengan bina badan sejak empat tahun lalu, daripada sekadar ikut mood sekarang ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup. "Selepas Subuh lebih kurang dari pukul 6 hingga 8 pagi, bersenam di gimnasium merupakan acara wajib saya dan paling tidak pun selang sehari. "Bina badan untuk kesihatan dan disebabkan aktiviti ini saya berhenti merokok tiga tahun lepas. Selain itu, rutin sebegini meningkatkan stamina selain menjadi satu instrumen fizikal dalam bidang lakonan. "Mana tidaknya, kita akan nampak cantik dan kemas apabila mengenakan sebarang pakaian di badan," ujarnya yang biasa ke gimnasium secara purata empat kali seminggu. Rutin senaman Tidak menjadi alasan bagi Norman, 37, yang jadual kerjanya boleh mencecah jumlah 18 jam sehari untuk tiada masa ke gimnasium bagi membina badan. Bagi suami kepada aktres jelita Memey Suhaiza itu, peruntukan durasi sejam sehari untuk aktiviti asas berpeluh sudah memadai. "Biasanya, saya menghabiskan masa 50 minit untuk aktiviti senaman kardiovaskular dan baki lagi sejam 10 minit untuk angkat beban. "Bahagian sasaran asasnya dada, belakang, otot bisep dan otot trisep," katanya Norman sekadar mengambil makanan tambahan asas seperti pembakar lemak dan sumber asas protein atau karbohidrat bergantung pada corak pemakanannya. "Saya beruntung sebenarnya kerana isteri saya, Memey bijak memasak makanan yang sesuai dengan keadaan biologi badan saya sekali gus dapat menjimatkan pelaburan saya. Tiada makanan bergoreng atau berminyak. "Paling penting, corak pemakanan saya iaitu makan sedikit tapi kerap. Mungkin dalam tempoh dua jam sekali. "Makanan dalam kuantiti banyak akan menyebabkan pembentukan lemak dalam badan kerana ia tidak sempat diproses menjadi tenaga," katanya yang pernah mengupah seorang jurulatih tiga tahun lalu. HEFNY membabitkan diri dengan bina badan untuk kepuasan diri sendiri. Pemikat Ditanya adakah golongan aktor membina badan atas tujuan memikat, Norman menyangkal dakwaan itu. Katanya dari sudut psikologi, individu sekeliling terutama peminat akan menyukai seseorang yang positif. "Apabila kita sihat dan cerdas, secara automatik kita akan jadi positif dan orang suka pandang. Aura positif itu sebenarnya yang memikat peminat untuk jadikan kita sebagai role model," katanya. Sementara itu, Norman mengakui seseorang pelakon masa kini perlu mempunyai tubuh yang menarik untuk popular. "Tubuh merupakan aset dan menjadi satu instrumen untuk digayakan dalam industri hiburan. Bagi saya, tubuh merupakan pesona bintang yang sebelum ini banyak ditekankan peranannya di Hollywood dan Bollywood. "Sekarang memang perlu dimanfaatkan dan aktiviti bina badan perlukan inisiatif, malah ia tidak merugikan pun. Apabila sudah meletakkan komitmen, masa tidak menjadi alasan lagi. Gimnasium 'underground' Sementara itu, ulas penyanyi Sabhi Saddi yang telah mengamalkan aktiviti bina badan di gimnasium sejak tahun 2004 lagi, dia memilih untuk tidak berbelanja dalam jumlah yang tinggi semata-mata untuk memiliki tubuh yang diidamkan. "Saya lebih selesa berkunjung ke gimnasium 'underground'. Gimnasium ini bukan yang terkenal atau banyak dikunjungi oleh selebriti. Cuma bayar RM6 untuk sekali masuk, bayangkan berapa banyak wang saya dapat berjimat. "Lagipun, saya tidak suka berada di lokasi yang terlalu ramai orang. Nak bersenam pun tidak selesa. "Saya tidak mengambil sebarang makanan tambahan seperti protein shake kerana mahu badan saya berkembang secara semula jadi. Secara tidak langsung, saya sudah menjimatkan kos," kata penyanyi kelahiran Sabah yang ke gimnasium enam kali seminggu. Sabhi menjelaskan, dia akan memfokuskan satu demi satu sasaran anggota badan pada setiap sesi di gimnasium. "Hari pertama, saya akan fokuskan bahagian dada dan hari-hari berikutnya anggota badan yang lain. Kekerapan itu untuk memastikan otot badan saya tidak terkejut dan stabil sepanjang masa. "Penyanyi pun perlu ada badan yang menarik. Mungkin ia salah satu faktor pelaris tapi tidak mustahil juga ada wanita yang tidak terlalu gemarkan lelaki yang memiliki badan berotot," ujarnya yang mengaku obses dengan bina badan. ADI PUTRA Sosok badan tegap tidak dinafikan menjadi faktor penyumbang dan penambah nilai kepada aset penampilan. Hal itu diakui oleh pengacara dan aktor yang sedang meningkat naik, Hefny Sahad. "Penting atau tidak memiliki badan yang tegap dilihat dari sudut trend mengikut peredaran zaman. Sekarang semua selebriti tidak kira dalam atau luar negara perlu kelihatan menarik, walaupun bukan terlalu berotot. "Tak kira watak jahat atau hero, bentuk badan memberikan impak kepada keberkesanan lakonan. "Ia penting untuk individu yang berada dalam industri seni. Selain itu, ia dapat menambahkan tahap kesihatan kita," ujarnya yang telah mula melakukan bina badan sebelum menyertai program On Air dua tahun lalu. Kawal makan Bina badan tidak semestinya untuk memiliki badan yang kekar tetapi kata Hefny, sudah memadai untuk memberikan kepuasan apabila melihat diri sendiri di hadapan cermin. "Saya bersungguh-sungguh ke gimnasium kerana melihat badan seorang pelakon Hollywood, Cam Gigandet yang memiliki badan ideal - tidak terlalu kurus tapi maskulin. "Rutin saya adalah tiga kali seminggu ke gimnasium untuk melakukan senaman melibatkan bahagian dada, belakang, otot bisep dan otot trisep pada hari pertama. "Hari keduanya saya akan fokuskan bahagian bahu dan kaki, kemudiannya akan berselang-seli melakukan rutin hari sebelumnya "Dari segi pemakanan, saya lebihkan makanan berprotein tinggi seperti daging dan ayam, manakala makanan tambahan cuma protein shake, minyak ikan dan multivitamin," ujarnya yang kini sedang giat bersenam menjelang malam kemuncak Anugerah Blokbuster hari Sabtu nanti. | |
Selebriti luar negara bina badan Posted: Selebriti luar negara bina badan
DUNIA bina badan menjadi minat lelaki sejak dulu lagi dan tidak menjadi kesalahan jika gaya itu memberikan tempias kepada dunia hiburan. Selebriti antarabangsa terlebih dahulu mengamalkan teknik bina badan sebagai aset untuk melariskan kerjaya di samping mengekalkan populariti. Namun, ada antara selebriti yang disaksikan di layar perak atau layar kaca pada hari ini asalnya tidak bertubuh sasa, sebaliknya mereka mengambil inisiatif membina otot sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam industri lakonan. Aktor Hollywood seperti Gerard Butler, Will Smith, Christian Bale, Jason Statham dan Edward Norton merupakan aktor yang berjaya mendapatkan sosok badan yang diidamkan. Para pelakon Bollywood tersohor seperti Hrithik Roshan, John Abraham, Salman Khan, Aamir Khan dan Ajay Devgan juga mengamalkan perkara yang sama. Tidak terkecuali ialah kebanyakan selebriti Korea Selatan seperti Choi Siwon, Tae Yang, Kim Hyung Jong, Daesung, Kim Jae Joong, Lee Gi Kwang dan Seul Long. 1. Christian Bale Christian ialah antara pelakon Hollywood yang memanipulasi bentuk badan demi karakter lakonannya. Pernah beberapa kali berat badannya berbeza mengikut karakter yang dilakonkan menerusi filem berlainan, antaranya The Machinist, 55 kilogram (kg), Rescue Dawn (61kg), Batman Begins (86kg) dan The Dark Knight Rises (90kg). Rahsia Bale ialah makanan berprotein tinggi dan latihan di gimnasium. 2. Gerard Butler Aktor yang popular menerusi filem 300 dengan ketinggian 187 sentimeter ini perlu mendapatkan sosok badan yang sesuai untuk menjayakan karakter Raja Leonidas yang perkasa menerusi produksi tersebut. Latihan tanpa henti seperti pull up, dead lift, push up dan clean and jerk akhirnya membentuk otot dan tubuh yang lebih kekar. 3. Will Smith Mula membina badan demi menjayakan karakter seorang peninju menerusi filem Ali. Usaha Will membuahkan hasil apabila dia meraih pencalonan Oscar berdasarkan watak itu. Will mengamalkan latihan intensif selama enam jam sehari untuk memperoleh sosok umpama bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali. HRITHIK ROSHAN 4. Hrithik Roshan Siapa yang mampu menandingi aktor bertubuh sasa Bollywood, Hrithik Roshan? Dia antara aktor yang menderita masalah tulang belakang sehingga dinasihati supaya berhenti menari atau mengangkat beban berat. Bagaimanapun, dia satu-satunya pelakon Bollywood yang memiliki sosok maskulin tetapi dalam masa yang sama boleh menari dengan cemerlang. 5. Salman Khan Hakikatnya, Salman merupakan aktor pertama Bollywood yang menayangkan tubuhnya menerusi beberapa buah filem sekitar tahun 1990-an lagi. Bintang itu sebenarnya menjadi contoh kepada pelakon-pelakon baharu seperti John Abraham, Dino Morea dan Varun Dawan. Begitupun, bentuk badan Salman kian susut barangkali sejajar dengan pertambahan usianya. 6. Choi Siwon Choi Siwon mengambil masa selama empat tahun untuk mendapatkan badan seperti yang dilihat hari ini. Anggota kumpulan Super Junior itu pada mulanya sangat kurus sehingga menyukarkan dirinya mencari pakaian yang sesuai. Selepas bersenam, berat badannya pernah mencapai 85kg dan dinasihatkan agar mengawal pemakanannya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Rencana Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |