{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


'Mana wang yang diterima FAM?'

Posted:

'Mana wang yang diterima FAM?'

'Mana wang yang diterima FAM?'

ANNUAR MUSA


PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Annuar berkata, jumlah tersebut sepatutnya digunakan bagi membantu persatuan negeri yang menghadapi masalah kewangan.

"Apabila saya merundingkan tajaan bagi Liga Malaysia menerusi MSL (Malaysian Super League), kita menjual segala hak milik negeri yang merupakan pihak yang beraksi menjayakan liga, matlamat kita ialah untuk menjana pendapatan lebih tinggi kepada negeri-negeri.

"Sekarang, kita harus tahu ke mana tajaan RM30 juta setahun itu dibelanja dan dibelanjakan di 'dapur' mana? Ia satu kesalahan kalau dianggap tajaan itu milik FAM, ia milik liga dan sebahagian besar hasil tersebut adalah untuk memajukan liga.

"Kalau dibiar peserta liga mati, akhirnya Liga Malaysia juga akan mati. Dapur persatuan negeri juga adalah dapur FAM," kata Annuar dalam laman sosial Facebook beliau semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, bukan tugas badan induk itu 'menjaga dapur orang lain' dan FAM sudah melakukan apa yang sepatutnya termasuk pemberian geran tahunan kepada setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier.

"90 peratus punca pendapatan FAM datangnya daripada persatuan bola sepak negeri dan tidak adil jika FAM tidak mengambil tahu masalah mereka.

"Persatuan bola sepak negeri adalah 'dapur' FAM kerana daripada merekalah, FAM kutip hasil dari denda, levi dan bayaran penajaan," katanya yang juga bekas Timbalan Presiden FAM.

Dalam pada itu, Annuar terus 'berperang' dengan Azzuddin yang dianggapnya bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam FAM.

Annuar berkata, masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu berasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera, sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM, ada exco yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.

Annuar berkata, jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada exco FAM, sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.

"Justeru, tanggungjawab (Setiausaha Agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan exco, urusetialah yang berkuasa," katanya. - Bernama

Wan Zack masih setia di Jepun

Posted:

Wan Zack masih setia di Jepun

Wan Zack masih setia di Jepun

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


WAN ZACK (tengah) tidak akan terpengaruh dengan tawaran daripada pasukan-pasukan dalam Liga M kerana masih mahu menimba ilmu bersama FC Ryukyu.


PEMAIN sayap lincah negara, Wan Zack Haikal Wan Nor tidak akan terpengaruh dengan sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan.

Sebaliknya, Wan Zack menegaskan bahawa dia mahu memberikan fokus sepenuhnya bersama kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu.

"Saya harus menghormati kontrak dua tahun bersama FC Ryukyu. Saya juga menghormati majikan saya. Masih terlalu awal untuk mengatakan saya akan pulang ke Malaysia.

"Lagipun, saya hanya sempat beraksi dalam satu perlawanan bersama FC Ryukyu. Saya perlu berusaha dengan lebih keras untuk memberikan aksi yang terbaik kepada pasukan.

"Saya akui, kecederaan buku lali yang saya alami sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap prestasi saya. Ditambah dengan masalah kesukaran komunikasi dengan pihak perubatan FC Ryukyu, ia agak melambatkan proses pemulihan saya.

"Namun, selepas mendapat bantuan daripada jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, saya yakin perkara itu akan diselesaikan dengan cara lebih profesional," kata Wan Zack ketika dihubungi Kosmo! di Okinawa, Jepun semalam.

Kosmo! sebelum ini mendedahkan bahawa Wan Zack telah dilamar oleh beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sehingga mencetuskan rasa kurang senang Kim Swee.

Kim Swee turut mengesahkan terdapat beberapa percubaan pasukan tempatan cuba menebus kontrak pemain berusia 22 tahun itu dengan FC Ryukyu.

Mengulas lanjut, Wan Zack berkata, dia tidak akan membelakangi Kim Swee sekiranya berhasrat untuk meninggalkan FC Ryukyu.

"Mengenai tawaran itu (daripada pasukan-pasukan Liga M), saya tidak cepat pengaruh dan saya telah merujuk perkara tersebut dengan Kim Swee.

"Apa yang pasti, saya hanya berminat untuk kembali bersama Harimau Muda A, bukan dengan pasukan dalam Liga M.

"Ini kerana, berdasarkan perjanjian, sekiranya mereka (FC Ryukyu) tidak berhasrat melanjutkan kontrak saya, saya hanya dibenarkan kembali menyertai Harimau Muda A.

"Apa yang pasti, Harimau Muda A adalah keutamaan saya, bukan pasukan-pasukan lain sekiranya jodoh saya dengan FC Ryukyu tidak berpanjangan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong memberi amaran agar tidak ada mana-mana pasukan tempatan 'mengganggu' Wan Zack.

"Kalau betul ada kelab tempatan yang cuba memancing Wan Zack daripada kelab Jepun itu sekarang, saya rasa ia sepatutnya tidak berlaku.

"Wan Zack hanya bermain dalam satu perlawanan sahaja dan kita juga masih belum tahu tahap kemampuan dia untuk bersaing dengan pemain-pemain terbaik di Liga Jepun.

"Jadi, kalau ada pihak yang mengganggu program dia, ini sudah pasti akan merugikan semua pihak, bukan sahaja Wan Zack atau jurulatih yang rugi tetapi seluruh negara akan rasa perkara yang sama," tegas Zolkples.

Dua tempat kosong jadi rebutan

Posted:

Dua tempat kosong jadi rebutan

Dua tempat kosong jadi rebutan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


AKSI skuad negara ketika menentang kelab China, Liaoning dalam siri perlawanan persahabatan di Stadium Hoki, Bukit Jalil bulan lalu.


KETUA jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington telah menyenaraikan 16 pemain bagi menggalas cabaran pada saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru yang akan bermula pada 29 Jun hingga 8 Julai depan.

Pada kejohanan tersebut, Revington perlu menyenaraikan 18 pemain bagi melengkapkan skuad yang akan beraksi dalam Kumpulan B bersama-sama Afrika Selatan, England serta Pakistan.

Kini, dua lagi tempat menjadi rebutan sebelum Revington melengkapkan senarai 18 pemain pada 21 Jun ini.

"Saya akui, sembilan pemain yang masih dalam senarai simpanan berpotensi untuk diserapkan dan dalam tempoh seminggu ini, saya akan menilai kesungguhan mereka dalam latihan," kata Revington pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Mengikut perancangan asal, skuad negara akan berlatih di Johor Bahru bermula 17 hingga 20 Jun ini, namun jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu bertindak membatalkan sesi latihan tersebut.

Revington berkata, anak-anak buahnya masih kepenatan selepas mengharungi siri perlawanan persahabatan yang terlalu padat sebelum ini.

"Saya sedar, pemain-pemain terlalu penat selepas mengharungi perlawanan persahabatan dengan Liaoning (China) serta Afrika Selatan baru-baru ini.

"Daripada kami berkejar ke Johor Bahru, lebih baik kami terus mengadakan latihan di Kuala Lumpur sahaja.

"Matlamat kami adalah untuk muncul juara.

"Bagaimanapun, saya lebih gemar untuk fokus kepada satu perlawanan kepada satu perlawanan sebelum menamatkan saingan di tangga teratas," kata Revington.

Kejohanan itu menjadi medan untuk semua lapan pasukan yang bertanding bagi memburu empat slot secara automatik ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Pada 25 dan 26 Jun ini, skuad negara akan menghadapi siri pemanas badan terakhir menentang Argentina dan Jerman.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat