Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Revington kembali turun padang Posted: Revington kembali turun padangOleh NOR AZIRAN YUNUS
SUASANA pada sesi latihan skuad negara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam kembali ceria. Ini kerana ketua jurulatih, Paul Revington sudah kembali membimbing anak-anak buahnya yang kini bersiap sedia menghadapi saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru bermula 29 Jun hingga 7 Julai depan. Pada Isnin dan Selasa lalu, sesi latihan skuad negara dikendalikan penolong jurulatih, Arul Selvaraj. Namun, semalam suasana kem latihan skuad negara kembali mendengar teriakan suara jurulatih kelahiran Afrika Selatan berusia 39 tahun itu dan para pemain juga dilihat begitu bersemangat menerima semula kehadiran Revington. Revington berkata, beliau amat gembira kerana segala kekusutan yang berlaku sepanjang minggu lalu telah dapat diselesaikan secara baik. "Kini, saya sangat gembira untuk kembali mengendalikan pasukan kebangsaan dan lebih manis apabila saya melihat pemain-pemain begitu bersemangat apabila melihat kehadiran saya hari ini (semalam). Saya sangat menyayangi pasukan ini. "Saya juga berharap tumpuan pemain-pemain tidak terganggu dengan situasi yang terjadi minggu lalu," kata Revington. Menurut Revington, beliau mahu memberi pujian kepada Arul serta staf kejurulatihan lain yang bekerja dengan baik sepanjang ketiadaannya dua hari lalu. "Saya anggap apa yang telah terjadi sebelum ini mampu memberi pengajaran yang sangat berguna kepada semua pihak terutama pihak pengurusan," jelasnya. Menyentuh mengenai pemilihan dua lagi pemain bagi melengkapkan senarai 18 pemain ke Johor, Revington berkata, beliau akan berbincang dengan Arul mengenai perkara itu sebelum keputusan dibuat esok. Pada Isnin lalu, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Revington telah membatalkan hasrat untuk meletakkan jawatan. Tindakan mengejut Revington untuk mengundur diri itu disebabkan beliau tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik ekoran campur tangan pihak lain. Difahamkan, antara individu yang mencampuri urusan Revington ialah jurulatih skuad remaja negara, Muhd. Dhaarma Raj Abdullah serta Pengarah Program Pembangunan 1MAS, Lim Chiow Chuan. Kelmarin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong turut mengadakan pertemuan dengan Revington, Dhaarma dan Chiow Chuan bagi menjernihkan semula keadaan. | |
Posted: KBS tanggung bebanOleh SHANIKA ABDULLATIB KHAIRY (enam dari kiri) bergambar bersama para penaja temasya Sukma 2013 di Putrajaya semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan (enam dari kanan) dan Ketua Pengarah MSN (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong (lima dari kanan). KOS penganjuran yang semakin meningkat menjadi bebanan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setiap kali menganjurkan sesuatu kejohanan, baik di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa. Situasi tersebut secara tidak langsung dilihat mampu memberi implikasi terhadap usaha untuk membida dan menganjurkan Sukan SEA 2017 di mana giliran Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kekurangan penajaan daripada sektor swasta dilihat menjadi faktor utama masalah tersebut berterusan. "Tidak kira Sukma (Sukan Malaysia) atau Sukan SEA, masalah kos penganjuran sentiasa berlaku. "Kos sebenar penganjuran Sukma tahun ini mencecah RM9juta dan 90 peratus daripadanya ditanggung oleh kementerian (KBS). "Keadaan itu menggambarkan tahap kesedaran sektor swasta dalam menyokong industri sukan masih rendah," kata Khairy kepada pemberita selepas majlis penyampaian tajaan Sukma 2013 di Putrajaya semalam. Edisi ke-16 Sukma 2013 yang bermula pada 28 Jun hingga 7 Julai nanti, melibatkan 4,934 peserta termasuk atlet, jurulatih dan pengurusan kontijen dengan 20 acara dipertandingkan. Melihat senario itu, Khairy percaya ia akan menyukarkan perkembangan sukan di negara ini kerana pihak KBS terpaksa menyalurkan dana untuk penganjuran temasya sukan di peringkat kebangsaan. "Dibandingkan dengan negara maju, kerajaan di negara terbabit hanya menumpukan kepada aspek pembangunan. "Jadi kos menganjurkan kejohanan tiada masalah dan program pembangunan dapat dilakukan dengan baik, sekali gus mampu melahirkan atlet terbaik," katanya. Sebagai rekod, Sukma 2013 hanya menerima tajaan RM1 juta dalam bentuk wang tunai. Khairy menjelaskan, faktor kos juga akan memberi impak kepada kemampuan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2017. "Walaupun ada yang mengatakan kos menganjurkan Sukan SEA adalah lebih rendah berbanding Sukma, perlu diingat objektif kedua-dua temasya itu adalah berbeza. "Sukma merupakan platform untuk melahirkan atlet kebangsaan manakala Sukan SEA pula sebagai pintu terbaik buat atlet negara bertanding di peringkat antarabangsa. "Kita mahu yang terbaik dan dalam masa yang sama, kos dan penganjuran harus seimbang. Sekiranya terdapat tajaan daripada sektor swasta, giliran kita untuk menjadi tuan rumah tidak akan terjejas. "Begitupun, saya akan berbincang dengan jemaah menteri mengenai kemampuan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2017 sebelum hujung tahun ini. "Bukan sahaja penganjuran itu penting daripada aspek diplomatik, kita tidak mahu terlepas giliran hanya disebabkan faktor kos," tegas Khairy. | |
ATM hidu peluang 'tekan' Lions XII Posted: ATM hidu peluang 'tekan' Lions XIIOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan menganggap hanya kemenangan ke atas Selangor malam esok mampu menghidupkan peluang skuad kendaliannya memburu kejuaraan Liga Super musim ini. Pada masa sama, Sathianathan berharap Johor Darul Takzim (Johor DT) dapat menewaskan pendahulu liga, Lions XII sehari selepas The Gladiators menentang Gergasi Merah di Stadium Shah Alam. Ini kerana Sathianathan percaya kemenangan ke atas Selangor dapat memberikan suntikan moral terbaik buat anak-anak buahnya dalam misi mereka mengutip 12 mata maksimum pada baki empat perlawanan terakhir liga. Ketika ini, Lions XII unggul di puncak liga dengan kelebihan lima mata di depan ATM yang berada di tangga kedua. "Aksi menentang Selangor memang sukar kerana mereka kembali bersemangat dengan kehadiran enam pemain yang baharu menjalani latihan bersama Harimau Malaya di Australia baru-baru ini. "Kehadiran keenam-enam pemain terbabit pasti mengubah rentak permainan untuk Selangor. Namun, kami tetap optimis untuk mendapatkan tiga mata bagi terus memberikan tekanan kepada Lions XII. "Bukan sahaja kemenangan ke atas Selangor, tetapi ATM wajib mengutip 12 mata untuk baki empat perlawanan terakhir sekiranya berhasrat untuk muncul sebagai juara Liga Super musim ini. "Selain itu, kami turut mengharapkan pasukan lawan dapat menyekat kemaraan wakil Singapura itu (Lions XII) pada baki perlawanan liga," kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam. Dalam perkembangan sama, Sathianathan turut mendedahkan khidmat kapten The Gladiators, Hairuddin Omar terpaksa dilupakan untuk aksi menentang Gergasi Merah. Ia gara-gara pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu ditimpa masalah kecederaan tulang kaki kanan. "Kami tidak dapat menurunkan Hairuddin kerana dia masih dilanda masalah kecederaan. "ATM harus berkerja lebih kuat kerana pertemuan menentang Selangor satu aksi yang sengit. "Namun, saya sentiasa percaya dan optimis dengan keupayaan anak-anak buah saya dalam usaha meraih tiga mata penuh di Shah Alam nanti," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |