{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


J1M 2013 masih ikut jadual asal

Posted:

J1M 2013 masih ikut jadual asal

J1M 2013 masih ikut jadual asal

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

JAMIL (tengah) menyerahkan replika Jersi Kuning J1M 2013 kepada Abu Samah sambil diperhatikan Naim di Putrajaya semalam.


LALUAN bagi lima peringkat perlumbaan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2013 yang dijadualkan bermula esok hingga 30 Jun ini mungkin akan diubah jika masalah jerebu yang melanda negara masih tidak berubah atau bertambah buruk.

Ketua Pegawai Operasi J1M 2013, Datuk Naim Mohamad menjelaskan, perubahan laluan tersebut adalah antara pilihan terbaik buat masa ini selepas pihaknya meneliti syarat dan peraturan insiden atau kemalangan yang digariskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Bagaimanapun, tegas Naim, keperluan untuk mengubah laluan itu haruslah mendapat 'lampu hijau' daripada panel komisar perlumbaan selain turut dipersetujui oleh semua pengurus pasukan yang bertanding.

"Satu mesyuarat pengurusan pasukan akan diadakan pada petang esok (hari ini) dan dalam mesyuarat itu nanti, kami akan kaji dan nilai semula keadaan cuaca di negara kita sekarang dan isu lain terutamanya melibatkan laluan J1M 2013.

"Terdapat lima peraturan atau syarat insiden perlumbaan yang telah digariskan oleh UCI sekiranya situasi kecemasan seperti ini dihadapi oleh mana-mana penganjur pertandingan.

"Salah satu daripadanya yang dilihat relevan ketika ini ialah mengubah laluan perlumbaan dan kami mungkin akan mematuhi peraturan ini bagi menghadapi cuaca berjerubu yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan para pelumba," jelas Naim.

Naim yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Jersi Kuning J1M 2013 daripada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh kepada Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abdul Wahab di Putrajaya semalam.

Selain mengubah laluan, peraturan UCI itu juga membenarkan penganjur meneutralkan sementara perlumbaan, menimbang pembatalan peringkat perlumbaan, membatalkan sebahagian keputusan atau mengadakan perlumbaan semula.

Begitupun, Naim masih berharap agar masalah jerebu akan berkurangan sambil mengakui bahawa laluan ke negeri wilayah Utara atau Timur menjadi alternatif baharu jika ia masih berlanjutan.

"Ada kemungkinan laluan akan diubah ke negeri sebelah Utara atau pun Timur. Kami kena bersedia dengan beberapa pilihan laluan di dua wilayah berkenaan menerusi kerjasama dengan sekretariat Le Tour de Langkawi (LTdL).

"Perlumbaan ini tidak boleh lagi ditunda atau dibatalkan kerana faktor masa adalah amat penting ketika ini, malah J1M 2013 telah pun diubah sebelum ini kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu.

"Jadi kami akan terus memantau rapi keadaan cuaca sepanjang perlumbaan menerusi kerjasama secara langsung dengan Jabatan Meteorologi.

"Apa pun, saya berdoa agar keadaan akan pulih dalam masa beberapa hari lagi dengan harapan hujan akan turun atau kebakaran di Indonesia dapat dipadamkan," tambahnya lagi.

J1M 2013 akan bermula dengan peringkat pertama dari Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ke Rembau, Negeri Sembilan sejauh 187.7 kilometer (km) diikuti Rembau-Batu Pahat, Johor (197.6km); Batu Pahat-Pontian (94.7km); Johor Bahru-Melaka (206.3km) dan Melaka-Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (177.1km).

PBNJ kemuka bukti

Posted:

PBNJ kemuka bukti

PBNJ kemuka bukti

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


REAKSI Aidil (kanan) apabila gagal menjaringkan gol pada perlawanan menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengemukakan bukti video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran kad merah yang diterima tonggak pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak ketika menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.

Perkara itu didedahkan oleh jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad yang mengesahkan bahawa PBNJ telah menghantar surat rayuan kepada FAM sebelum menyerahkan bukti rakaman video kepada badan induk itu hari ini.

"Kita telah menghantar surat rayuan hari ini (semalam) dan disusuli bukti video rakaman kepada pihak FAM esok (hari ini).

"Video menunjukkan bahawa Aidil sebenarnya lebih mencabar bola, bukan untuk mengasari pemain Lions XII.

"Khidmat Aidil amat ditagih oleh pasukan dan saya berharap FAM dapat mempertimbangkan kad merah bagi membenarkan dia beraksi pada final Piala FA nanti," kata Fandi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketika aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu, Aidil diarahkan keluar padang selepas mengasari pemain Lions XII, Irwan Shah.

Fandi berkata, beliau dapat membuktikan pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu tidak bersalah selepas menerima kad merah daripada pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin.

Dalam perkembangan lain, Fandi memberi bayangan awal bahawa beliau menurunkan skuad kedua Johor DT ketika melayan kunjungan Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Ini kerana pengendali kelahiran Singapura itu mahu merehatkan barisan pemain utama bagi memberikan tumpuan untuk aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Begitupun, Fandi tidak mahu memandang rendah terhadap cabaran Felda kerana beliau menyedari skuad Harimau Selatan telah kehilangan ramai tonggak untuk aksi tersebut.

"Kami terpaksa beraksi tanpa khidmat Safee Sali, Safiq Rahim, Andre Francisco dan Nazrin Ahmad yang digantung satu perlawanan.

"Ini merupakan satu situasi sukar buat kami kerana Felda sudah pasti mahu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata di Larkin.

"Mereka kini terdesak untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Super dan pasti akan berjuang habis-habisan nanti," kata Fandi.

Kelantan makin berselera besar

Posted:

Kelantan makin berselera besar

Kelantan makin berselera besar

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


HODAK (dua dari kanan) mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu baru-baru ini.


SELEPAS berjaya membelasah Terengganu 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Jumaat lalu, Kelantan semakin bersemangat meneruskan momentum kemenangan.

Kini The Red Warrios mahu menjadikan Pahang sebagai mangsa terbaharu apabila melayan kunjungan skuad Tok Gajah itu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Bagaimanapun, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui pertemuan menentang Pahang bukan tugas yang mudah, apatah lagi barisan kendalian Dollah Salleh itu pasti mahu bangkit selepas tewas mengejut 1-2 kepada Perak di Kuantan Sabtu lalu.

Hodak percaya Pahang sudah pasti mahu menebus kembali kekalahan itu ketika menentang Kelantan, sekali gus mengembalikan keyakinan penyokong Tok Gajah.

Menurutnya, Pahang memiliki kelebihan apabila mempunyai barisan pemain tengah yang cukup baik, seterusnya mampu memberi kesulitan kepada benteng pertahanan Kelantan.

"Pahang merupakan pasukan yang baik, pada saya mereka mempunyai barisan pemain tengah yang baik, mungkin yang terbaik di Malaysia.

"Penyerang mereka juga cukup baik dengan barisan pertahanan yang hampir sempurna. Saya melihat ini merupakan perlawanan yang agak sengit.

"Masalah besar saya adalah untuk memotivasikan para pemain supaya mental mereka fokus pada perlawanan ini kerana saya tahu sebahagian daripada mereka sedang menumpukan perhatian untuk persediaan perlawanan akhir Piala FA nanti," kata Hodak ketika ditemui semalam.

Tambahnya, kehadiran Damian Stewart di barisan pertahanan Pahang juga menyulitkan kerja jentera serangan Kelantan.

"Walaupun pergerakan dia (Stewart) agak perlahan tetapi dia mempunyai pengalaman yang luas serta memiliki kekuatan ketika perebutan bola di udara.

"Dia juga memiliki kelebihan dalam situasi set pieces selain cekap mengendalikan barisan pertahanan Pahang," kata Hodak.

Ketika ditanya sama ada akan mengekalkan kesebelasan utama ketika menentang Terengganu, Hodak tidak menolak kemungkinan bakal melakukan beberapa perubahan selepas kembalinya beberapa pemain daripada menjalani tempoh penggantungan dan masalah kecederaan.

"Saya perlu melihat keadaan beberapa pemain dan saya akan membuat keputusan. Kemungkinan Nik Shahrul Azim (Abdul Halim) dan Daudsu (Jamaluddin) akan kembali dalam pasukan selepas digantung.

"Farisham (Ismail) juga beraksi dengan baik, dia semakin cergas dan beraksi dengan baik.

"Saya akan mencari kesebelasan yang terbaik dan jika semua baik mungkin tidak perlu melakukan banyak perubahan," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat