{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Kelantan lancar perang psikologi

Posted:

Kelantan lancar perang psikologi

Kelantan lancar perang psikologi

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

HODAK (kiri) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Kota Bharu baru-baru ini menjelang aksi final menentang Johor DT Sabtu ini.


JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi final menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Secara terbuka, Hodak menganggap The Red Warriors lebih layak untuk diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kempen Piala FA kali ini.

"Banyak artikel yang disiarkan oleh pihak media menyebut Johor DT adalah pasukan pilihan yang akan menjuarai Piala FA musim ini.

"Mungkin benar jika mereka melihat kepada status pemain yang dimiliki pasukan itu, tetapi saya mahu beritahu bahawa Kelantan juga memiliki ramai pemain yang hebat.

"Sebahagian besar pemain Kelantan yang ada ketika ini mempunyai pengalaman bermain di pentas sebegitu besar, sama ada final Piala FA atau Piala Malaysia.

"Bagaimanapun, saya fikir ini bukan aksi final yang mudah untuk orang ramai membuat jangkaan mengenai keputusannya," kata Hodak ketika ditemui Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Pada masa sama, Hodak tidak menafikan bahawa Johor DT memiliki barisan pemain yang hampir sempurna terutama jentera tengah dan serangan yang dilihat cukup berbahaya dan mampu memberikan masalah kepada benteng pertahanan Kelantan.

Namun, beliau berkata, skuad Harimau Selatan itu mungkin melakukan kesilapan besar jika menilai Kelantan melalui dua keputusan saingan Liga Super sebelum ini yang menyaksikan The Red Warriors hanya mampu seri di Kota Bharu dan tewas di Larkin, Johor.

"Jika anda lihat ketika kami tewas di Johor sebelum ini, kami bertahan dengan baik, cuma mereka (Johor DT) menjaringkan gol pertama dari luar kotak penalti yang kebetulan bola melantun sehingga mengelirukan Apek (Khairul Fahmi Che Mat).

"Gol kedua mereka juga lebih kepada nasib kerana ada pemain saya yang tertampan bola sebelum ia menerjah ke dalam gawang.

"Menjelang aksi final nanti, saya tidak fikir untuk memberikan tugas khusus kepada pemain pertahanan untuk menjaga mana-mana pemain lawan.

"Bagi saya, kami sudah bersedia, pertahanan kami cukup baik dan kali ini kami tampil dengan jentera serangan yang berbeza berbanding ketika kami tewas kepada Johor DT tempoh hari.

"Kehadiran semula Dickson (Nwakaeme), Norfarhan (Mohamad), Faiz (Subri) selain percaturan yang lebih segar, pasti memberi memberi lebih kekuatan kepada kami nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Hodak mampu menarik nafas lega apabila kesemua pemainnya bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan.

"Saya perlu memilih pemain yang betul-betul fokus, mempunyai pengalaman dan paling penting pemain yang mempunyai lebih kualiti," jelasnya.

Bakar semangat Johor DT

Posted:

Bakar semangat Johor DT

Bakar semangat Johor DT

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AIDIL (tengah) tidak dapat beraksi menentang Kelantan Sabtu ini kerana menjalani penggantungan dua perlawanan.


"ALANG-ALANG menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan."

Itu mesej yang mahu disampaikan tonggak pertahanan Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Selepas sah tidak dapat beraksi Sabtu ini kerana menjalani penggantungan dua perlawanan, Aidil tampil membakar semangat Harimau Selatan biarpun dia sekadar berada di tempat duduk penonton nanti.

"Saya akui memang sangat sedih kerana tidak dapat beraksi di pentas final Piala FA tahun ini. Ikutkan hati, saya mahu beraksi tetapi apa nak buat, semua sudah terjadi. Saya akur dengan keputusan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

"Mana-mana pemain profesional pasti kecewa sekiranya tidak dapat beraksi pada saingan final, lebih-lebih lagi ia merupakan aksi final pertama saya bersama Johor DT.

"Bagaimanapun, saya tetap yakin rakan-rakan sepasukan mampu mempamerkan persembahan terbaik, seterusnya menjuarai Piala FA musim ini," kata Aidil ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kelmarin, Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan Aidil bersalah ekoran kad merah yang diterimanya ketika menentang Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.

Akibat kad merah yang diterimanya itu, pemain berusia 26 tahun itu secara automatik dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan.

"Suasana perlawanan akhir amat berbeza dengan perlawanan-perlawanan biasa. Kita tahu bahawa bukan semua pemain Johor DT mempunyai pengalaman seperti itu.

"Saya pernah merasainya ketika bersama Negeri Sembilan sebelum ini.

"Kelantan memang sebuah pasukan yang tidak asing lagi di pentas final dan ia sudah pasti memberikan sedikit kelebihan kepada gergasi Pantai Timur itu.

"Namun, nasihat saya kepada rakan-rakan sepasukan, mereka harus sentiasa mengikut arahan taktikal daripada jurulatih (Fandi Ahmad).

"Jangan terlalu yakin dan jangan terlalu takut. Biarpun kami memiliki rekod yang baik ketika menentang Kelantan dalam saingan Liga Super, ia tidak boleh dijadikan ukuran kerana suasana final adalah berbeza," katanya.

Johor DT belum ada bayangan

Posted:

Johor DT belum ada bayangan

Johor DT belum ada bayangan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my


FANDI (tengah) berkata sesuatu kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan skuad Johor DT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.


PENGENDALI Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad mengakui, beliau sedikit tertekan apabila tonggak pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak tidak dapat beraksi pada final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

"Tekanan itu sudah pasti kita dapat rasainya, namun saya harap para pemain lain seperti Andrea Francisco, Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya akan kembali menyengat.

"Jika tidak, memang masalah," kata Fandi ketika ditemui selepas sesi latihan Johor DT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru semalam.

Bagaimanapun, ujar beliau, skuad Harimau Selatan tidak mahu cepat mengalah tanpa kelibat Aidil, sebaliknya akan berusaha bagi memastikan Piala FA menjadi milik mereka.

"Saya yakin walaupun ada sedikit tempang, kita akan teruskan perjuangan dan ditambah dengan sokongan para penyokong, kita mampu melakukannya," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah memiliki kesebelasan utama, Fandi menjawab: "Setakat ini kita tiada sebarang bayangan lagi kerana semasa latihan hari ini (semalam) kita nampak empat hingga lima pemain seperti Andrea, Nurul Azwan dan Safiq tidak berada di padang, cuma lapan pemain yang turun berlatih, mungkin esok (hari ini) kita akan dapat bayangan."

Dalam keghairahan memburu kejayaan, Fandi berkata, beliau sama sekali tidak memandang rendah kemampuan The Red Warriors.

"Kita boleh dikatakan sebagai pasukan underdog, namun apa yang boleh saya cakap, kita akan berjuang habis-habisan," katanya.

Dalam pada itu, Fandi kurang berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang Felda United pada aksi Liga Super di Larkin malam kelmarin.

"Mereka (para pemain ) tidak ada keinginan dan semangat untuk menang dan saya sangat kecewa dengan keputusan tersebut.

"Mungkin ia bukan hari kita, kita sudah mencuba dan itu yang termampu dilakukan para pemain saya.

"Saya lihat, mungkin ada juga pemain yang takut mendapat kad kuning, jadi mereka nampak berhati-hati," katanya.

Pada pertemuan itu, skuad Harimau Selatan memperoleh jaringan pada minit ke-64 menerusi pemain gantian, Muhd. Haidin Azman.

Bagaimanapun, hajat Johor DT meraih tiga mata berharga berkecai apabila pemain gantian Felda United, Rudie Ramli menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat