Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Kepenatan jejaskan terjunan Pandelela Posted: Kepenatan jejaskan terjunan PandelelaOleh SHANIKA ABDULLATIB
DI SEBALIK prestasinya yang menjunam dalam acara 10 meter platform individu, tiada siapa yang menyedari betapa padatnya jadual kejohanan yang perlu dihadapi oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong. Selepas Kejohanan Terjun Siri Dunia (DWS) menambah dua lagi sirkit kejohanan menjadi enam pusingan musim ini, sudah tentu keletihan dan tumpuan Pandelela sedikit terjejas. Laluan DWS musim ini yang bermula di Beijing pada Mac, diteruskan di Dubai pada minggu berikutnya sebelum menjengah Edinburgh. Bulan April menyaksikan atlet kelahiran Sarawak itu mengerah tenaga di Moscow, Rusia sebelum meneruskan saingan di Guadalajara di mana dua sirkit DWS dilangsungkan di bandar raya Mexico itu. Apa yang menarik, daripada 14 penerjun wanita yang menyertai acara 10m platform individu, Pandelela membuktikan kredibilitinya dengan menjadi antara dua penerjun sahaja yang menamatkan keenam-enam sirkit itu. "Secara jujur, ia amat meletihkan kerana buat pertama kali tahun ini, saya menyertai paling banyak kejohanan. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak," kata penerjun berusia 20 tahun itu. "Saya akui, persembahan saya agak terjejas tetapi demi negara, saya perlu mengharunginya dengan apa yang termampu. Lebih banyak kamu menyertai kejohanan, lebih banyak yang akan kamu belajar. "Saya akui, sepanjang enam sirkit yang disertai, walaupun saya agak letih, saya banyak belajar dan mendapat pendedahan. Jadi, pengorbanan saya berbaloi," tambah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London itu. Malahan, jurulatih, Yang Zhuliang (gambar kecil) langsung tidak bimbang dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak didiknya itu. Walaupun gagal menyai- ngi rekod pencapaian yang dilakar sewaktu menyertai Sukan Olimpik 2012 lalu serta meraih satu gangsa di DWS Beijing, Zhuliang yakin Pandelela akan bangkit. "Saya langsung tidak bimbang walaupun menyedari Pandelela terpaksa melalui jadual yang begitu padat sejak beberapa bulan lalu," jelas Zhuliang. "Dia bukan sahaja melengkapkan sirkit kejohanan tetapi turut menyertai Grand Prix di Amerika Syarikat. Ini menjadikan tujuh kejohanan yang dilalui Pandelela sejak Mac hingga Mei tahun ini. "Jangan lupa juga, dia juga bersaing dalam dua acara pada setiap kejohanan DWS. Jadi, jangan salahkan dia kalau prestasi tidak seperti yang diharapkan," ulas jurulatih dari China itu. Mengakui anak didiknya itu berada dalam keletihan, Zhuliang tetap memuji komitmen yang ditunjukkan Pandelela sepanjang kejohanan tersebut. "Kurang daripada sebulan, kami akan berdepan Kejohanan Dunia di Barcelona pada Julai nanti. Hanya selepas itu, kami tiada kejohanan lain dan saya akan pastikan Pandelela mendapat rehat yang secukupnya. "Walau apa pun keadaan Pandelela, saya mempunyai keyakinan yang amat tinggi terhadapnya. Dia akan bangkit selepas ini," tegas Zhuliang. | |
Posted: Jazimin tarik balik samanOleh WAZIHA WAHID BEKAS pekerja grafik yang buta mata kanan akibat terkena mercun semasa menyaksikan perlawanan bola sepak dua tahun lalu, menarik balik saman berjumlah RM776,000 yang difailkan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bekas Ketua Polis Selangor dan dua yang lain. Ahmad Jazimin Mohd. Jalaludin, 31, selaku plaintif, memfailkan saman tersebut pada 24 Julai 2012 selepas mendakwa defendan cuai dalam aspek keselamatan sehingga berlaku insiden yang menyebabkan dia mengalami kecacatan kekal. Plaintif menamakan FAM sebagai defendan pertama manakala bekas Ketua Polis Selangor (kini Ketua Polis Negara) dan bekas Ketua Polis Negara, masing-masing defendan kedua dan ketiga serta kerajaan Malaysia sebagai defendan keempat. Peguam, Nik Mohamad Anuar Badiruddeen yang mewakili plaintif berkata, anak guamnya telah menarik balik saman selepas persetujuan bersama dicapai dengan FAM. "Selepas persetujuan dicapai, kedua-dua pihak menarik balik saman, tanpa kebebasan untuk failkan semula tanpa kos," katanya kepada media selepas Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan plaintif di kamarnya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam. Bagaimanapun, beliau tidak boleh memaklumkan butir-butir persetujuan tersebut. Peguam William Lin Wee Cheong dan Johnson Lim Foong Tat hadir bagi pihak FAM. Dalam kejadian tersebut, plaintif mendakwa berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi menonton perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 membabitkan Malaysia dengan Singapura yang berkesudahan kedua- dua pasukan seri 2-2. Pada pukul 8.45 malam hari kejadian, satu mercun yang dibakar oleh penyokong lain di stadium berkenaan telah meletup dan terkena pada mata kanan Ahmad Jazimin yang ketika itu berada di bangku penonton, sekali gus mengakibatkan kecacatan kekal pada mata kanannya. Menurut plaintif, saman yang dikemukakan adalah sebagai tuntutan terhadap kehilangan punca pendapatan dan hilang upaya kekal yang ditanggungnya. Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am (kesakitan dan kesengsaraan) bagi kecacatan mata kekal berjumlah RM100,000, ganti rugi khas (hilang upaya pendapatan) RM576,000, ganti rugi khas lain sebanyak RM100,000 dan faedah-faedah ganti rugi lain sehingga tarikh penghakiman Bagaimanapun, pernyataan pembelaan defendan kedua dan ketiga yang dipinda pada 14 Februari 2013 mendakwa, keselamatan semasa perlawanan bola terutama dalam stadium tertakluk kepada FAM sebagai penganjur. Ddefendan kedua, ketiga dan keempat pula mendakwa yang mereka hanya bertugas untuk membantu FAM bagi kelancaran perlawanan bola sepak. | |
Rajagobal enggan mengaku kalah Posted: Rajagobal enggan mengaku kalahOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE SKUAD Harimau Malaya berangkat ke Australia semalam untuk memulakan latihan pendedahan di negara kanggaru itu. PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan 'mengibarkan bendera putih', malah optimis anak-anak buahnya masih mampu menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti. Ketika ini, skuad negara menduduki tempat ketiga Kumpulan D selepas tumpas 0-2 kepada Qatar (6 Februari) sebelum kembali bangkit menumpaskan Yemen 2-1 di laman sendiri pada 22 Mac lalu. "Atas kertas, skuad negara merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara (dalam kempen kelayakan Piala Asia) setakat ini apabila berjaya mengutip tiga mata. "Sebab itu saya mahu berdepan pasukan yang kuat di Australia sebagai persiapan skuad kebangsaan. "Jadi, saya ada masa membentuk pasukan sebelum berdepan Bahrain pada Oktober depan," kata Rajagobal baru-baru ini. Malam tadi, skuad negara telah berlepas ke Australia sebagai persiapan awal mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia dan hanya kembali ke tanah air pada 15 Jun ini. Terdapat enam muka baharu yang turut 'terbang' ke bumi kanggaru kali ini termasuk arkitek muda negara, Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS), Nurul Azwan Roya (Johor Darul Takzim), Faiz Subri (Kelantan), Nazrin Nawi (Negeri Sembilan), Saiful Nizam Miswan (Pahang) dan Nizad Ayub (Selangor PKNS). Namun, empat pemain iaitu kapten Kelantan, Badhri Radzi, Bunyamin Omar (Selangor), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah) dan Farid Ramli (Johor Darul Takzim) terpaksa digugurkan kerana kecederaan. Sepanjang di Australia nanti, skuad negara juga bakal menguji Pilihan Canberra (6 Jun), Marconi FC (11 Jun) dan Sydney United pada 13 Jun. Bagi baki saingan kempen kelayakan Piala Asia pula, Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) di Stadium Nasional, Bukit Jalil selain sekali lagi berdepan Bahrain (15 November) dan Yemen (5 Mac 2014) di tempat lawan. Sebelum itu, skuad kebangsaan terlebih dahulu bakal berdepan dua pasukan terkemuka, Chelsea dan Barcelona dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 21 Julai dan 10 Ogos depan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |