{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Mana RM15,000 satu perlawanan?

Posted:

Mana RM15,000 satu perlawanan?

Mana RM15,000 satu perlawanan?

TUNKU ISMAIL melahirkan rasa kecewa terhadap FAM menerusi satu kenyataan rasmi semalam.


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) melahirkan rasa hairan apabila mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masih belum menerima dana RM15,000 satu perlawanan bagi hak penyiaran.

Tuntutan Tunku Ismail itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meng- umumkan akan memberikan imbuhan tersebut kepada tuan rumah yang diberikan hak siaran langsung perlawanan.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Tunku Ismail bertitah, baginda kesal kerana sehingga kini dana tersebut masih belum diterima oleh PBNJ.

"Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pendapatan daripada siaran langsung perlawanan bola sepak oleh Astro.

"Saya dimaklumkan bahawa untuk setiap perlawanan yang ditayangkan secara langsung di televisyen, persatuan bola sepak tuan rumah akan menerima RM15,000.

"Sehingga kini, saya masih belum melihat satu sen pun daripada hasil tersebut," titah baginda dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah bersetuju untuk memberikan dana kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menjadi tuan rumah untuk liputan siaran langsung, April lalu.

FAM mengumumkan insentif itu menerusi Mesyuarat Exco FAM, dana bernilai RM15,000 akan diberikan kepada tuan rumah manakala RM5,000 akan diserahkan kepada pasukan pelawat.

Untuk rekod, Tunku Ismail pernah digantung enam bulan dan didenda RM18,000 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 Status FAM kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan yang disifatkannya tidak mencapai standard yang diharapkan, Mac lalu.

Baginda antara lain menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisien.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut menyuarakan tentang mutu pengadilan perlawanan bola sepak tempatan.

"Pada masa kini, pengadil perlawanan bola sepak liga tempatan adalah berstatus semi-profesional dan dengan itu, boleh dikatakan berada pada tahap amatur.

"Oleh kerana menyuarakan berkenaan isu tersebut, saya telah didenda dan digantung.

"Ramai sebelum saya juga telah menerima nasib yang sama, semua kerana memberikan pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak negara ini," ujar beliau lagi.

Tunku Ismail turut mempersoalkan tentang FAM tidak membenarkan persatuan-persatuan dan individu menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan.

"Jadi, bagaimana saya hendak memberi pandangan dan berkongsi pendapat berkenaan hal- hal penting berkaitan bolasepak, jika FAM seolah-olah keberatan untuk bekerjasama?

"Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan mutu pengadilan di negara ini, namun tidak mendapat maklum balas.

"Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar.

"Bola sepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan rakyat," titah baginda.

FAM nafi naikkan harga tiket

Posted:

FAM nafi naikkan harga tiket

FAM nafi naikkan harga tiket

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ORANG ramai dinasihatkan agar tidak percaya dengan khabar angin daripada laman sosial dan blog mengenai harga tiket aksi final Piala FA dinaikkan. - Gambar hiasan


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan bahawa harga tiket bagi aksi final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dinaikkan seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak melalui laman sosial dan blog.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar kecil) menjelaskan, tiket bagi aksi final tersebut kekal pada harga RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Katanya, pihaknya tidak pernah membuat sebarang persetujuan untuk menaikkan harga tiket tersebut, sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan tiket untuk aksi final itu akan dijual pada harga RM45.

Azzuddin memberitahu, harga tiket final Piala FA tersebut telah ditetapkan selepas perbincangan bersama pada awal musim 2012.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini (harga tiket final Piala FA berharga RM45).

"Dakwaan tersebut tidak benar kerana FAM tidak pernah membuat sebarang kenaikan harga.

"Sejak dari awal musim 2012, kami telah memutuskan bahawa harga tiket untuk aksi final Piala FA adalah sebanyak RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak- kanak.

"Saya berharap, peminat- peminat tidak tertipu dengan sebarang laporan tidak rasmi ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kelmarin, peminat-peminat bola sepak tempatan terkejut dengan laporan menerusi beberapa laman sosial dan blog bahawa tiket bagi aksi final Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini ditetapkan pada harga RM45.

Laporan tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej FAM yang dikatakan mahu mengaut keuntungan.

Mengulas lanjut, Azzud- din berharap peminat-peminat bola sepak tempatan tidak terburu-buru membuat sebarang spekulasi tanpa pengumuman rasmi daripada FAM.

"Perkara seperti ini akan menjejaskan kredibiliti FAM. Pihak kami akan mengambil tindakan serius terhadap laporan tersebut.

"Penyokong-penyokong bola sepak dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang laporan tanpa pengumuman rasmi daripada pihak FAM.

22 pasukan sahkan penyertaan

Posted:

22 pasukan sahkan penyertaan

22 pasukan sahkan penyertaan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


KHAIRY (kanan) dan Naim menunjukkan isyarat bagus ketika melancarkan gimik pelancaran laluan JM 2013 di Putrajaya semalam.


SEBANYAK 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan lumba basi- kal Jelajah Malaysia (JM) 2013 pada 26 hingga 30 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jama- luddin Abu Bakar berkata, JM 2013 akan berlangsung sebanyak lima peringkat yang meliputi laluan sejauh 856 kilometer.

"Meskipun JM 2013 terpaksa di tunda kerana memberi laluan kepada proses Pili- han Raya Umum ke-13 lalu sebelum laluan- nya pula terpaksa dipendekkan tetapi saya berani memberi jaminan bahawa ia tetap akan menjadi salah satu program yang mampu menarik perhatian ramai.

"Perlumbaan tahun ini melibatkan lima peringkat dan penganjur telah memilih destinasi ke selatan yang bermula dari Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil melalui Negeri Sembilan, Johor, Melaka sebelum berakhir di Putrajaya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laluan perlum- baan JM 2013 di Putrajaya semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

Dalam pada itu, Khairy turut berterima kasih kepada penaja-penaja utama siri Jelajah Malaysia seperti Resorts World Genting, Milo dan 100Plus yang sudi tampil bersama-sama bagi memeriahkan perlumbaan yang berprestij dalam kalangan benua Asia dan antarabangsa itu.

Katanya, hasil kajian sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet mendedahkan bahawa kadar tidak aktif dalam kalangan orang dewasa di Malaysia adalah pada tahap 61 peratus.

"Hasil tinjauan Kementerian Kesihatan pula mendapati hanya 25 peratus rakyat Malaysia yang bersenam," ujarnya.

Sementara itu, Naim berkata, JM 2013 mampu menjadi tarikan tersendiri walaupun terdapat beberapa perkara telah diubah.

"Sudah tentu pada perlumbaan kali ini kami akan memberi tekanan kepada aspek keselamatan terutama kepada pelumba-pelumba.

"Kami turut mendapat kerjasama dari- pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak keselamatan lain untuk bersama-sama memastikan kelancaran perlumbaan ini," kata Naim.

JM merupakan acara jelajah lumba basikal tertua di negara ini sejak 1963 serta telah diiktiraf sebagai perlumbaan berstatus 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antara- bangsa (UCI).

Naim berkata, pelbagai acara sampingan telah dirancang di setiap destinasi penamat seperti persembahan kesenian, karnival, konsert serta pameran-pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Ia bertujuan untuk menyuntik semangat dalam kalangan peminat sukan lumba basi- kal di Malaysia.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat