Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Menulis untuk kepuasan diriOleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
SEBAGAI anak kepada guru Matematik, kecenderungan Muhammad Hamimi Hapipudin terhadap subjek tersebut begitu menyerlah. Sebaliknya, bagi subjek Bahasa Melayu (BM) dia agak lemah kerana kurang berminat untuk menguasainya. Bagaimanapun, pada usia 12 tahun, dia terjebak dengan hobi membaca novel gara-gara melihat ibunya sering meluangkan masa berbuat demikian. Novel pertama yang dibaca berjudul Untaian Rindu karya Fatinilam Sari berjaya menyuntik minat Muhammad Hamimi untuk meneruskan hobi tersebut. "Rentetan itu, penguasaan BM saya menjadi bertambah baik. Sejak itu, saya mendapat markah yang baik untuk subjek karangan BM dalam setiap peperiksaan. "Akhirnya, selepas beberapa tahun membaca puluhan novel pelbagai genre, saya terdorong untuk menghasilkan novel sendiri. Tambahan pula, adik saya, Hariz banyak memberi sokongan terutamanya ketika hasil penulisan saya dikritik. "Pada masa yang sama, dia turut memberi idea dan pandangan bernas bagi menghasilkan penulisan yang baik," ujar pemilik nama pena Hafimi Huzin itu. Graduan Diploma Penulisan Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor itu memberitahu, novel pertamanya yang bertajuk Satu-Satunya Cinta mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. "Untuk manuskrip pertama ini, saya mula selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, tidak lama selepas itu saya berpeluang melanjutkan pengajian di UiTM. "Kehidupan sebagai mahasiswa yang agak sibuk membuatkan saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel ini. Apa pun, saya bersyukur kerana cita-cita untuk bergelar penulis novel berjaya dicapai," terang Muhammad Hamimi, 23, yang kini bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Kebangsaan Sri Rampai, Kuala Lumpur. Tambahnya, dia turut berdepan situasi yang mencabar diri iaitu apabila pemacu pena yang menyimpan manuskrip novel tersebut diserang virus dan kesemuanya hilang. Lebih sedih, dia tidak membuat salinan manuskrip itu. "Akibatnya, saya terpaksa menaip semula bab yang hilang perlahan-lahan. Selain itu, rasa bimbang dan tidak yakin pada diri juga sedikit sebanyak mengganggu kelancaran penulisan novel ini. "Namun, sebaik melihat muka depan novel ini terpampang di fanpage laman sosial Facebook penerbit, saya terus menangis kerana sebak memikirkan pengorbanan yang telah dilakukan untuk menyiapkannya," luah anak muda yang menjadikan penulis terkenal, Khadijah Hashim, Zuraidah Othman, E-man Sufi, Siti Rosmizah dan Nasz sebagai idolanya untuk berjaya dalam bidang itu. Genre cinta Menurut Muhammad Hamimi lagi, dia cenderung memilih genre cinta kerana sudah terbiasa dengannya. Namun ujarnya, jika dilihat genre cinta bukan sahaja memfokuskan cinta antara kekasih bahkan lebih besar lagi. "Bagi saya skop cinta itu terlalu luas dan saya lebih menekankan hubungan |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |