{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Dua pemenang Peri-fy Your Art

Posted:

Dua pemenang Peri-fy Your Art

Dua pemenang Peri-fy Your Art

Oleh HAFIZ AHMAD

NIK MOHD. SHAZMIE (kiri) dan Izzat pulang dengan wang tunai RM3,000 dan baucar Nando's selepas diumumkan pemenang pertandingan Peri-fy Your Art.


INSPIRASI pemandangan daripada ruang tingkap bilik membawa tuah kepada pelajar Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Perak, Nik Mohd. Shazmie Nik Shairozi, 22, apabila lukisannya diangkat sebagai salah satu daripada dua pemenang utama pertandingan Peri-fy Your Art kali keenam.

Seorang lagi pemenang ialah Izzat Aziz, 24, pelajar jurusan Seni Halus, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Pertandingan itu disertai oleh 208 peserta daripada 29 kolej dan universiti seluruh negara. Sebagai pemenang, mereka memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan baucar Nando's setiap seorang serta berpeluang membuat pameran solo.

"Saya mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan lukisan ini yang merupakan hasil pengamatan keadaan sekeliling dari tingkap bilik saya. Abang saya turut memberikan pandangan dan pendapat ketika proses menyiapkan lukisan ini.

"Tidak sangka penyertaan kali pertama ini, saya berjaya menarik perhatian para juri sekali gus diumumkan sebagai salah seorang pemenang utama," ujar Nik Mohd. Shazmie ketika ditemui usai acara penyampaian hadiah yang diadakan di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, lukisan Izzat pula menggambarkan suasana berbilang kaum dalam kelasnya.

"Saya menggambarkan suasana ayam dalam reban yang sentiasa bising. Begitulah juga suasana dalam kelas saya apabila kami menggunakan dialek masing-masing ketika bercakap," ujarnya yang turut mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan lukisan itu.

Pertandingan tersebut merupakan salah satu inisiatif Nando's dalam mencari bakat-bakat muda dalam bidang artistik. Setiap peserta perlu melukis atas kanvas putih berdasarkan tema

Kepelbagaian.


KARYA lukisan Nik Mohd. Shazmie dizahirkan melalui pengamatan keadaan sekeliling dari biliknya.


"Kami menerima banyak penyertaan yang menghantar lukisan berkualiti tinggi pada tahun ini. Interpretasi mereka terhadap tema yang diberikan amat menakjubkan," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Chickenland (Malaysia) Sdn. Bhd., Mac Chung Lynn kepada media.

Beliau menambah, pada tahun ini, Nando's akan mempamerkan 10 lukisan terbaik di dua restoran iaitu Publika dan Mid Valley.

"Selepas Publika, lukisan itu akan diletakkan di restoran Nando's di Mid Valley selama setahun bagi memberi peluang orang ramai melihat karya pelajar-pelajar tersebut," jelas Chung Lynn.

Pemenang diadili berdasarkan kefahaman tema, kreativiti, kandungan, komposisi dan penerangan mengenai lukisan tersebut. Antara juri ialah Low Ngai Yuen, Nora Murat, Nani Kahar, Syed Nabil Syed Nahar dan Chung Lynn.

Harmoni meraikan ibu

Posted:

Harmoni meraikan ibu

Harmoni meraikan ibu

Oleh ALIF ABU BAKAR


NOORAINEE (empat dari kanan) memecahkan bongkah ais sebagai gimik perasmian majalah baharu Ibu & Anak.


RAMAH pekerti, kaya peribadi! Demikian karakter terbaik bagi menggambarkan personaliti bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail. Ringkas dalam berpenampilan, namun bijak setiap kali membutir bicara, Zaleha ternyata pilihan tepat majalah Harmoni bagi menyandang gelaran Tokoh Ibu Harmoni.

Pada zaman penerajuan beliau selaku Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Zaleha dilihat sebagai ikon wanita yang penuh iltizam dan tegas dalam menjalankan tugas.

Begitupun, kesibukan beliau dalam arena politik pada masa dahulu tidak menghalang ibu kepada tiga anak itu untuk meluangkan masa bersama keluarga. Sejak anak-anaknya kecil, Zaleha memastikan proses jalinan kekeluargaan itu disemai dan dibaja dengan sempurna.

"Sebab itu dahulu setiap kali musim cuti sekolah, anak-anak saya tak pernah bising hendak balik kampung. Mereka lebih seronok meluangkan masa dengan ibu bapa mereka.

"Jadual harian saya memang padat. Sepanjang tempoh bekerja, anak-anak saya dijaga adik sepupu tetapi menjelang malam saya pastikan mereka bersama saya. Walau penat macam mana pun, saya mesti memperuntukkan masa untuk arwah suami dan anak-anak.

"Alhamdulillah, kemesraan itu terbentuk dengan mudah. Saya percaya jika kita bijak mengurus masa, perihal keluarga tidak akan terabai malah kerjaya juga dapat berjalan lancar," kongsi Zaleha ketika ditemui pemberita selepas majlis minum petang Ibu Ratu Hatiku di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah Tokoh Ibu Harmoni yang diterima Zaleha disampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.


KETUA Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd., Badrul Azhar Abdul Rahman (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Maznah (tiga dari kanan) hasil nukilan esei anaknya.


Esei buat ibu

Selain Zaleha, seorang lagi ibu, Maznah @ Hasnah Hashim, 75, turut diberi penghargaan pada majlis anjuran majalah Harmoni dengan kerjasama penaja utama Jamu Mak Dara itu.

Hasil penulisan anak perempuan Maznah, Seri Windawaty Mohd. Ibrahim, mereka berdua dipilih sebagai pemenang bagi peraduan menulis esei Ibu Ratu Hatiku yang dibuka kepada pembaca majalah keluaran Utusan Karya itu.

Kisah Maznah membesarkan anak-anaknya berjaya mengetepikan lebih 400 esei yang diterima majalah Harmoni.

Hasil kemenangan itu membolehkan mereka berdua membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, trofi kristal tajaan D'or Rue, rantai mutiara tajaan Rafflesia, pakej percutian ke Jakarta tajaan Boman Travel & Tours Sdn. Bhd., kain eksklusif tajaan Jakel, beg tangan tajaan Alfio Raldo, hamper kecantikan tajaan Avon dan jambangan bunga tajaan @Bloom.com.my.

Pada majlis itu juga, Utusan Karya turut melancarkan majalah baharu berjudul Ibu & Anak. Majalah tersebut ditujukan khusus kepada golongan wanita yang ingin mendapatkan informasi berkenaan kehamilan dan penjagaan anak daripada bayi sehingga usia empat tahun.

Dilhamkan daripada ruangan ibu dan anak majalah Wanita, Ibu & Anak mengandungi empat segmen utama yang terdiri daripada ruangan menunggu kehadiran zuriat, dunia baharu bayi dan ibu, anak yang semakin membesar serta komitmen kasih.

Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa kanak-kanak autisme, Umar Hasfizal. Datuk Sheila Majid juga hadir memberikan persembahan mantap yang memukau hadirin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuaib.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat