{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Lari masuk panggung

Posted:

Lari masuk panggung

Lari masuk panggung

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM
hiburan@kosmo.com.my

LARI


LAYAR perak pada minggu ini menyaksikan sebuah filem arahan Ahmad Idham yang penuh aksi. Mengangkat isu pemerdagangan manusia, Lari dibarisi pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi.

Sementara itu, bagi anda yang gemarkan filem komedi seram, jangan lupa menonton filem Thailand, Pee Mak.

Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya dalam sebuah peperangan.

Pee Mak menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Mario Maurer, Davika Hoorne, Nattapong Chadpong, Wiwat Kongrasri, Kantapat Seeda dan Pongsatorn Jongwilak.

Sebuah lagi filem pecah panggung minggu ini ialah After Earth arahan M. Night Shyamalan.

Kolaborasi Will Smith dan anaknya Jaden Smith sudah tentunya dinantikan ramai.

Ikuti pengembaraan After Earth yang menceritakan mengenai kehidupan dua beranak yang terkandas di Bumi yang sebelum ini ditinggalkan manusia.


AARON sekali lagi mendapat perhatian sebagai hero yang menghiasi layar perak minggu ini.


Lari

Tarikh tayangan:

6 Jun 2013

Genre: Aksi

Durasi: 1 jam 22 minit

Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek dan Hazama Azmi

Sinopsis: Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda bernama Khalif lakonan Aaron Aziz yang mengharungi liku-liku kehidupan selepas kematian bapanya. Dia juga mempunyai seorang adik perempuan yang terpisah sejak tujuh tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Khalif juga bercinta dengan Maya lakonan Dira Abu Zahar. Namun, dia terpaksa melupakan hasrat untuk menyunting gadis itu akibat tentangan daripada keluarga Maya.

Adik Khalif rupa-rupanya hilang akibat menjadi mangsa sindiket perdagangan wanita. Mampukah Khalif membebaskan adik dan juga menyatukan cinta hatinya dengan Maya? Lari ada jawapannya.


MAK tidak dapat menerima kematian isteri dan anaknya.


Pee Mak

Tarikh tayangan: 6 Jun 2013

Genre: Komedi dan seram

Durasi: 1 jam 51 minit

Pengarah: Banjong Pisanthanakun

Pelakon: Mario Maurer, Davika Hoorne, Nattapong Chadpong, Wiwat Kongrasri, Kantapat Seeda dan Pongsatorn Jongwilak.

Sinopsis: Filem Pee Mak berkisar tentang seorang lelaki, Mak, yang terpaksa meninggalkan isterinya kerana perlu pergi berperang.

Mak turut ditemani empat rakannya dalam peperangan itu.

Tidak lama selepas pemergian Mak, isterinya meninggal dunia ketika mahu melahirkan anak sulung mereka. Anak tersebut juga meninggal dunia.

Mak pulang ke kampung dengan teruja apabila tamatnya perang untuk bertemu dengan isteri kesayangan.

Namun, kepulangan Mak disambut berita duka. Bukan sahaja Mak kematian isteri dan anaknya, bahkan kedua-duanya dikatakan menjadi hantu.

After Earth

Tarikh tayangan: 6 Jun 2013

Genre: Sains fiksyen

Durasi: 1 jam 35 minit

Pengarah: M. Night Shyamalan

Pelakon: Jaden Smith, Will Smith, Isabelle Fuhrman, Sophie Okonedo dan Zoe Kravitz.

Sinopsis: After Earth mengisahkan mengenai Kitai Raige (Jaden Smith) dan ayahnya, Cypher (Will Smith) yang terkandas di Bumi 1,000 tahun selepas bencana di planet itu.

Kapal angkasa mereka terhempas ke Bumi sehingga mengorbankan penumpang lain. Kitai mencari bantuan dengan mengembara merentasi kawasan yang belum diterokai akibat kecederaan parah Cypher.

Namun, Kitai tidak mengetahui selepas 1,000 tahun manusia meninggalkan Bumi, planet itu kini dihuni pelbagai spesies flora dan fauna berbahaya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat