{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Sebahagian lorong Jalan Semantan ditutup seminggu

Posted:

Sebahagian lorong Jalan Semantan ditutup seminggu

Sebahagian lorong Jalan Semantan ditutup seminggu

10/06/2013 9:49pm

KUALA LUMPUR - Lorong paling kiri di Lebuhraya SPRINT/Jalan Semantan (haluan ke KL) akan ditutup secara percubaan selama seminggu dari 13 Jun hingga 20 Jun antara 10 pagi hingga 4 petang dan 9 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Amir Mahmood Razak berkata, penutupan lorong sepanjang 200 meter bermula di jalan akses dari Jalan Beringin, depan Menara HP, hingga persimpangan Jalan Dungun, depan Menara United Nations

"Penutupan percubaan bertujuan membolehkan MRT Corp dan kontraktornya mengkaji impak penutupan aliran trafik di Lebuhraya SPRINT/Jalan Semantan.

"Penutupan itu bagi memudahkan pengalihan kerja-kerja utiliti, sebagai persediaan bagi pembinaan stesen Semantan MRT di masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Amir berkata, jika penutupan itu didapati memberi impak minimum kepada trafik di Lebuhraya SPRINT/Jalan Semantan, penutupan jalan secara kekal akan dilaksanakan selama enam bulan, bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai lencongan trafik, orang ramai oleh melayari laman web MRT www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my, twitter @MRTMalaysia atau twitter @MyMRT Underground atau hubungi hotline di 1800-82-868. - Bernama

Polis berkas dua lelaki ketika cuba larikan kereta

Posted:

Polis berkas dua lelaki ketika cuba larikan kereta

Polis berkas dua lelaki ketika cuba larikan kereta

10/06/2013 9:22pm

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan kereta seorang wanita selepas menyamun wanita dan adiknya itu di persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Indah di sini Sabtu lepas apabila kedua-duanya berjaya diberkas beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.15 pagi ketika kereta yang dipandu mangsa berumur 39 tahun bersama adiknya 33 tahun dari arah Taman Shamelin Perkasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Katanya, lelaki berusia 17 dan 20 tahun itu secara tiba-tiba datang dan membuka pintu kereta sebelum merampas beg tangan milik mangsa.

"Salah seorang daripada lelaki tersebut telah menumbuk perut mangsa sebelum menariknya keluar dan terus melarikan kereta dan juga adik mangsa," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, mangsa terus meminta bantuan orang awam untuk menghubungi polis dan kereta peronda polis berjaya mengesan dan mengekori kereta itu.

Kedua-dua suspek ditahan selepas kereta peronda polis berjaya memintas dan menghalang kereta itu di Jalan Perdana 5/1, Pandan Perdana, di sini, katanya.

"Adik mangsa telah ditemui di dalam kereta berkenaan dalam keadaan selamat dan beliau turut membuat laporan polis kerana mendakwa telah dicabul serta cuba dirogol oleh dua suspek berkenaan," katanya.

Katanya kedua-dua suspek kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan. - Bernama

39 orang mati akibat jangkitan H7N9 di China

Posted:

39 orang mati akibat jangkitan H7N9 di China

39 orang mati akibat jangkitan H7N9 di China

10/06/2013 8:20pm

BEIJING - Setakat ini China melaporkan 39 kematian berkaitan dengan selesema burung H7N9, demikian menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancang Keluarga.

Sejumlah 131 kes H7N9 disahkan di tanah besar China sejak wabak itu dikesan akhir Mac 2013, kata pihak berkuasa kesihatan pada Ahad.

Daripada jumlah itu 14 pesakit masih menerima rawatan di hospital-hospital manakala 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang, lapor agensi berita Xinhua.

Ia memetik suruhanjaya itu sebagai berkata kesemua kes virus H7N9 yang disahkan telah diasingkan dan tidak terdapat tanda jangkitan manusia kepada manusia.

Suruhanjaya itu berkata tujuh kawasan wilayah termasuk Jiangsu, Zhejiang dan Anhui telah menamatkan respons kecemasan kepada H7N9. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat