Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Perlu sokong kebebasan Palestin jika cintakan keadikan - penulis Israel
- Mayat lelaki reput ditemui di Sungai Rajang
- Enam kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Perlu sokong kebebasan Palestin jika cintakan keadikan - penulis Israel Posted: Perlu sokong kebebasan Palestin jika cintakan keadikan - penulis Israel16/06/2013 10:21pm KUALA LUMPUR - Mereka yang cintakan keadilan dan kemanusiaan perlu menyokong perjuangan membebaskan Palestin, kata penulis Israel Miko Peled di sini hari ini. Peled kelahiran Jerusalem yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin berkata, demokrasi di Palestin boleh wujud jika setiap orang menyatakan pendidiran moral terhadap isu itu. Pengarang buku "The General's Son, The Journey of an Israeli in Palestine" (Anak Jeneral, Perjalanan seorang Israel di Palestin) menyatakan bagaimana pendekatan 'rakyat bersatu' boleh mengubah senario dunia, sambil menyebut sebagai contoh keruntuhan dasar aparthied di Afrika Selatan. "Jika lebih banyak negara turut serta dan bergabung di sebalik perjuangan ini, ia boleh berlaku. "Apartheid di Afrika Selatan telah berakhir, tetapi negara itu kekal wujud dan rakyat bebas dan kini mengamalkan demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah "Beyond Zionism - Hope For Peace in Palestine" (Di Luar Zionisme - Harapan untuk Keamanan di Palestin" anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM). - Bernama |
Mayat lelaki reput ditemui di Sungai Rajang Posted: Mayat lelaki reput ditemui di Sungai Rajang16/06/2013 9:39pm BELAGA - Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput teruk ditemui terapung di Sungai Rajang, berdekatan rumah panjang Rh. Lat, di Punan Sama, di sini, hari ini. Tempat penemuan mayat itu adalah lebih sejam perjalanan bot dari Giam Bungan di mana bot ekspres 'Kawan Mas' terbalik dan karam pada 28 Mei lepas. Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan P Bakar Sebau berkata, mangsa lemas itu memakai seluar jeans dengan tali pinggang kulit dan seluar dalam berwarna merah. Beliau berkata, penumpang sebuah bot ekspres yang melalui tempat itu melihat mayat mangsa pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada penduduk rumah panjang di situ. Bakar berkata, penduduk rumah panjang berkenaan kemudian memaklumkan penemuan itu kepada sebuah pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi harian di kawasan itu. - Bernama |
Enam kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Posted: Enam kawasan catat bacaan IPU tidak sihat16/06/2013 8:39pm KUALA LUMPUR - Enam kawasan, termasuk dua di Melaka mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini. Sehingga pukul 11 pagi, bacaan IPU paling tinggi dicatat di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (129) dan Bukit Rambai (120) diikuti Port Dickson (117), Muar (110), Pelabuhan Klang (104) dan Kemaman (101). Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya menyebut negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula Jun ini yang dijangka berterusan hingga September. "Angin monsun yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia telah membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung," kata kenyataan itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |