Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Jambatan Pulau Pinang sesak angkara lori terbalik
- Jabatan Kesihatan Selangor rampas Produk kecantikan bernilai RM55,750
- Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA
Jambatan Pulau Pinang sesak angkara lori terbalik Posted: Jambatan Pulau Pinang sesak angkara lori terbalik27/06/2013 9:42pm PERAI - Beribu-ribu pengguna jalan raya yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah masuk dan keluar dari bahagian pulau terperangkap dalam kezesakan jalanraya selepas berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan kedua-dua laluan berkenaan. Kemalangan pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang di Kilometer 1 arah pulau ke Perai apabila sebuah lori terbalik selepas melanggar pembahagi jalan. Kemalangan itu menyebabkan hanya satu lorong boleh dilalui kenderaan lain dan seterusnya menyebabkan berlaku kesesakan jalanraya sejauh lebih 10 kilometer (km) sehingga ke Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas di Batu Maung dan sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu hingga ke Pengkalan Weld di George Town. Manakala kemalangan kedua pula dipercayai berlaku selang beberapa minit selepas itu di KM 1.6 arah pulau apabila sebuah lori lain mengalami kerosakan enjin. Kejadian itu juga menyebabkab berlaku kesesakan melebihi 10km sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth dan hingga ke Plaza Tol Juru di Bukit Mertajam. Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. ketika dihubungi memberitahu sehingga pukul 8.45 malam tadi kedua-dua kenderaan tersebut masih belum dialihkan. Namun katanya usaha untuk mengalihkan kenderaan terbabit sedang giat dijalankan bagi membolehkan lalulintas kembali bergedak seperti biasa. - KOSMO |
Jabatan Kesihatan Selangor rampas Produk kecantikan bernilai RM55,750 Posted: Jabatan Kesihatan Selangor rampas Produk kecantikan bernilai RM55,75027/06/2013 9:35pm SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Selangor menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan merampas produk kecantikan bernilai RM55,750 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Cheras hari ini. Ketua Seksyen Pencegahan dan Kesedaran Pengguna Cawangan Penguatkuasa Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Halimi Mat Piah berkata, premis itu diserbu pukul 10 pagi tadi susulan aduan ada penjualan produk suntikan Vitamin C yang dipercayai tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. "Pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dijumpai termasuk suntikan Vitamin C dan suntikan-suntikan lain bagi tujuan kecantikan yang dijual pada harga RM200 hingga RM350 sekotak," katanya pada sidang media, di sini. Menurutnya produk terbabit hanya dijual dalam talian menerusi laman sosial seperti Facebook dan blog bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Beliau berkata, pengambilan suntikan Vitamin C kini menjadi satu budaya dalam kalangan mereka yang ingin mencerahkan kulit kerana kesannya lebih cepat berbanding pengambilan tablet. Bagaimanapun menurutnya, pengambilan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada pengguna seperti cirit-birit, gastrik, batu karang dan kegagalan fungsi buah pinggang jika diambil untuk jangka masa panjang. Kes hari ini disiasat mengikut Peraturan 7(1)(A) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM25,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi individu, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000. - Bernama |
Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA Posted: Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA27/06/2013 9:28pm JOHOR BAHRU - Dua pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7, kata presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya Johor DT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini. "Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Bagi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail menyeru penyokong pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium itu. "Elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas. "Saya berharap penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya. Justeru, menurut beliau satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokongJohor DT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |