{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Pusat janji terus beri kerjasama kepada Kelantan

Posted: 16 Jun 2013 02:08 AM PDT

KOTA BHARU 16 Jun - Kerajaan Pusat berjanji akan terus memberi kerjasama kepada kepemimpinan baharu kerajaan Pas Kelantan dalam usaha memajukan negeri ini terutama keperluan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak telah terjalin sebelum ini, namun kehendak rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mahukan hubungan itu dipertingkatkan lagi.

"Insya-Allah, ini merupakan kehendak akar umbi. Saya setelah berjumpa beberapa pihak, saya sendiri berhasrat supaya ditingkatkan kerjasama itu.

"Sebelum ini ada kerjasama bukan tiada, ia sudah ada cuma hasrat akar umbi supaya ditingkatkan lagi, insya Allah saya akan tunaikan hasrat yang datang daripada akar umbi, titah tuanku sendiri mengenai kerjasama maka jelas kita perlu bekerjasama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan Ke-13 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sultan saran kerajaan Kelantan, Pusat bekerjasama

Posted: 16 Jun 2013 02:05 AM PDT

KOTA BHARU 16 Jun - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyarankan supaya Kerajaan Pas Kelantan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat.

Titah baginda, antara kemudahan itu ialah pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dan kemudahan bekalan air bersih yang sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang lain diteruskan sebagaimana yang telah dirancang," titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

6 kawasan catat IPU tidak sihat, Melaka tertinggi

Posted: 16 Jun 2013 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Jun - Enam kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat dengan bacaan melebihi 100.

Sehingga pukul 3 petang ini, Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 129, Bukit Rambai (120), Port Dickson (117), Muar (110), Pelabuhan Klang (104) dan Kemaman (101). - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat