{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Jerebu bertambah buruk, topeng mula digunakan

Posted: 19 Jun 2013 02:50 AM PDT

PELAJAR sebuah sekolah menengah terpaksa memakai topeng penutup mulut dan hidung ketika berjalan ke sekolahnya kira-kira pukul 7 pagi ini selepas keadaan jerebu di bandar itu semakin buruk. - UTUSAN

JOHOR BAHRU 19 Jun - Ruang udara di beberapa kawasan di negeri ini mengalami jerebu yang lebih teruk hari ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menyaksikan peningkatan berbanding semalam.

Menurut maklumat dari bilik kawalan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, setakat pukul 2 petang, Muar yang mencatatkan IPU setinggi 162 berbanding 68 pada petang semalam, bacaan tertinggi di seluruh negara.

Lokasi lain yang mencatatkan peningkatan IPU adalah Pasir Gudang dengan bacaan 161 berbanding 148 semalam, Kota Tinggi (146 daripada 126) dan Larkin Lama (141 daripada 122).

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Tinjauan Utusan Online di sekitar bandar raya ini mendapati jarak penglihatan semakin berkurangan dan ramai penduduk mula memakai topeng penutup hidung ketika berada di luar rumah dan bangunan.

Beberapa negeri di seluruh negara dilanda jerebu sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia. - UTUSAN ONLINE

Kedah tubuh makmal transformasi ke arah negeri maju

Posted: 19 Jun 2013 01:45 AM PDT

ALOR SETAR 19 Jun - Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah makmal bagi merangka satu hala tuju dan pelan tindakan jangka masa panjang untuk mentransformasikan Kedah sebagai sebuah negeri maju dan makmur.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan idea dan cadangan pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri bagi menjayakan Makmal Transformasi Kedah tersebut.

Katanya, makmal yang dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu bakal beroperasi dalam satu tempoh tertentu bermula bulan depan.

''Saya yakin pendekatan ini dapat membnatu kita memikirkan satu strategi yang lebih menyeluruh mengenai kaedah terbaik untuk mengeksploitasi kelebihan sedia wujud di Kedah dan mengatasi kelemahan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Skuad Pengguna kakitangan awam pantau harga barang

Posted: 19 Jun 2013 01:36 AM PDT

PULAU PINANG 19 Jun - Kira-kira 35,000 ahli Skuad Pengguna yang terdiri daripada penjawat awam di seluruh negara akan memantau harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikannya tidak naik berikutan kenaikan gred gaji mereka mulai 1 Julai ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, tiada sebab dan adalah tidak adil untuk peniaga atau pengusaha perkhidmatan menaikkan harga produk masing-masing disebabkan kenaikan gaji kakitangan awam.

Menurutnya, golongan tersebut seharusnya bersyukur kerana kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan kuasa beli seterusnya menambah keuntungan mereka.

"Mulai hari ini, Skuad Pengguna yang ada kad keahlian boleh melapor terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau CUEPACS mengenai nama syarikat yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang terutama barangan terkawal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan CUEPACS Pulau Pinang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat