{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan negeri sediakan penempatan sementara

Posted: 20 Jun 2013 02:44 AM PDT

SIBU 20 Jun - Kerajaan negeri akan menyediakan penempatan sementara selain bantuan keperluan lain kepada kesemua mangsa kebakaran Kampung Datu Lama, di sini semalam.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata setakat ini terdapat dua kawasan perumahan pilihan dikenal pasti iaitu Bandar Baru Sibu Jaya dan Rantau Panjang.

Bercakap kepada pemberita selepas taklimat mengenai kebakaran itu di sini hari ini, beliau berkata pemilihan kawasan perumahan yang difikirkan sesuai bagi menempatkan mangsa kebakaran itu akan ditentukan dalam tempoh terdekat.

Katanya mangsa yang merupakan pemilik rumah dan lot akan ditempatkan di penempatan sementara dalam tempoh dua tahun sehingga usaha membina rumah baharu di kawasan penempatan baharu selesai.

Abang Johari berkata sebenarnya pada beberapa tahun lepas, kerajaan telahpun mempunyai perancangan untuk membangunkan semula kawasan kampung tradisional (termasuk Kampung Datu Lama) yang terletak di sepanjang Sungai Igan.

Kebakaran kira-kira 4 petang semalam itu memusnahkan lebih 100 buah rumah yang terletak di sebuah daripada perkampungan Melayu tertua di negeri ini. - BERNAMA

KL dibuka Sultan Abdul Samad - Arkib Negara

Posted: 20 Jun 2013 02:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU 20 Jun - Arkib Negara setakat ini mengesan sebanyak 85 tajuk atau peristiwa bersejarah yang ketepatan faktanya diragui sehingga mencetuskan polemik termasuk peristiwa pembukaan Kuala Lumpur yang dikatakan diasaskan oleh Yap Ah Loy.

Ketua Pengarahnya, Daresah Ismail berkata, hasil pengkajian dan penemuan fakta sejarah Malaysia yang baharu oleh para ilmuwan sejarah mendapati Kuala Lumpur sebenarnya mula dibuka oleh orang tempatan iaitu Sultan Abdul Samad.

Jelasnya, manakala Ah Loy yang selama ini diwar-warkan sebagai pengasas Kuala Lumpur adalah tidak tepat sebaliknya saudagar itu disifatkan seorang pendatang dari China yang kemudiannya bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan industri perlombongan negara ketika itu.

Penemuan fakta sejarah baharu itu yang juga terhasil daripada program Polemik Sejarah anjuran Arkib Negara turut mendapati 84 lagi tajuk atau peristiwa sejarah yang faktanya tidak tepat.

Setakat ini, jelas beliau, sebanyak 29 sesi Polemik Sejarah telah dianjurkan Arkib Negara sejak tahun 1994 sehingga sekarang.

Menurutnya, selain sejarah berkaitan Ah Loy yang menjadi polemik sejarah, lain-lain fakta sejarah yang diragui ketepatannya antaranya ialah Sejarah Awal Kesultanan Johor-Riau, Sejarah Awal Kesultanan Melaka dan Sejarah Petempatan Awal Kedah.

Begitu juga peristiwa Petempatan dan Kerajaan Awal Sarawak Sebelum 1400M, Petempatan Awal Semenanjung Malaysia Sebelum 1400M serta Petempatan Awal Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE

15 pemandu teksi dikesan lakukan kesalahan

Posted: 20 Jun 2013 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Jun - Tindakan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan mengenakan bayaran sehingga lima kali ganda akhirnya terbongkar dalam operasi bersepadu di ibu negara oleh beberapa agensi penguat kuasa malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, selain pihaknya, operasi bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pelanggan berhubung pemandu teksi yang enggan menggunakan meter selain mengenakan tambang berganda.

Bagaimanapun, kegiatan mereka ini tumpas selepas sebanyak 15 pemandu teksi berusia 30 hingga 50 tahun di sekitar ibu negara ditahan atas kesalahan tidak menggunakan meter dan tiada permit.

"Kejayaan itu berhasil selepas semua anggota dipecahkan kepada 20 kumpulan untuk menyamar sebagai penumpang.

"Hasil pemeriksaan terhadap kesemua pemandu teksi berkenaan mendapati kenderaan tersebut adalah kereta yang dipajak dan mereka menjadi pemandu teksi sepenuh masa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur di Jalan Bandar malam tadi.

Tambah Che Hasni, salah seorang daripada mereka pernah ditahan beberapa bulan lalu atas kesalahan sama, namun masih tidak serik semata-mata mahu mendapat pulangan lumayan.

"Kesemua teksi yang digunakan itu disita untuk sementara waktu dan kita akan memanggil pemilik sebenar teksi berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya lagi.

Beliau berkata, terdapat salah seorang pemandu teksi yang enggan menggunakan meter sanggup mengenakan bayaran lima kali ganda terhadap penumpang yang perjalanannya hanya jarak dua kilometer semata-mata mahu mengaut keuntungan lumayan.

"Pemandu teksi berkenaan mengambil penumpang di pusat beli-belah Pavilion Bukit Bintang untuk dihantar ke Pasar Seni yang jarak perjalanan hanya mengambil masa enam minit dikenakan bayaran RM30 yang sepatutnya anggaran bayaran RM6 sekiranya menggunakan meter.

"Bagaimanapun pemandu teksi berusia 40-an itu mendakwa tidak boleh menggunakan meter berikutan kebarangkalian jalan sesak dan perjalanan pulang semula tidak mempunyai penumpang menyebabkan penumpang terpaksa dikenakan bayaran berkali ganda," jelasnya.

Che Hasni berkata, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana tidak menggunakan meter yang boleh dikenakan kompaun atau denda sehingga RM500,000. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat