{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Pahang bercadang wujudkan jawatankuasa khas ibu tunggal

Posted: 20 Jun 2013 02:56 AM PDT

KUANTAN: Pahang akan menubuhkan satu jawatankuasa khas ibu tunggal bagi membela golongan itu dengan bantuan yang lebih berfokus.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain, berkata langkah itu diambil memandangkan terdapat ramai golongan belia wanita yang bergelar ibu tunggal pada usia muda.

"Menerusi maklumat yang saya terima, terdapat kawasan mencecah bilangan ibu tunggal 1,300 orang disebabkan pelbagai masalah, jadi jawatankuasa ini akan membantu mereka mewujudkan pelbagai peluang selain menangani masalah yang dihadapi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Persidangan Belia Negeri Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan memberi pendekatan berlainan mengikut empat kategori peringkat umur iaitu 18 hingga 25 tahun, 26 hingga 35, 36 hingga 45 dan 46 tahun ke atas.

Dalam pada itu, beliau berkata, golongan belia juga akan diberi peluang untuk menganggotai mesyuarat bersama kerajaan negeri bagi mendengar suara dan pandangan mereka.

"Cadangan itu akan dibawa kepada kerajaan negeri supaya memberi ruang golongan itu dimasukkan ke dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat daerah," katanya.

Katanya, melalui Jawatankuasa Majlis Belia, sebarang cadangan yang diterima di peringkat daerah akan dibawa terus kepada pengetahuan kerajaan negeri untuk diambil tindakan. - BERNAMA

Semua ahli Parlimen pembangkang akan hadir sesi angkat sumpah: Anwar

Posted: 20 Jun 2013 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa kesemua 89 ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen, Isnin ini.

Ketua Pembangkang itu berkata, bahawa kesemua mereka sudah menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis itu antara lain sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau menafikan ura-ura bahawa mereka akan memboikot upacara tersebut.

Keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah itu diumumkan oleh Anwar pada sidang media selepas beliau menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, terdapat ura-ura kononnya ahli Parlimen pembangkang terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memboikot majlis tersebut atas dakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat sebulat suara menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon bagi Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen penggal ke-13.

Katanya, pencalonan itu sudah dihantar kepada pihak Parlimen pada 10 Jun lalu.
"Alasannya kewibawaan dan rekod kerjaya Datuk Kadir selama ini, yang kita pasti akan jadikan Parlimen lebih bebas. Ini juga gambaran mahu memulihkan organisasi Parlimen supaya ia tak jadi gelanggang yang hanya memihak kepada satu pihak, sebab itu beliau dipilih walaupun dia bukan ahli mana-mana parti Pakatan Rakyat," dakwanya.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat juga bersetuju mencalonkan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dari PAS sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau turut mencadangkan dua jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen penggal ini diisi oleh wakil Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat setiap satu, selain mahu undian bagi kedua-dua jawatan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dilakukan secara undi sulit.

Jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat sekarang disandang Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala dua jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum ini dipegang Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee.

Jawatan Pandikar akan tamat tempoh Ahad ini dan undian pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga Timbalan Yang Dipertua akan dibuat sebelum upacara angkat sumpah ahli Dewan Rakyat pada hari sama.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa konsensus Pakatan Rakyat bersetuju mengekalkan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sesi Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Selasa ini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat