Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Jun 2013 10:44 AM PDT Kuala Lumpur: Kejadian samun membabitkan kedai serbaneka 24 jam di daerah Brickfields dikesan dilakukan kumpulan remaja bersenjatakan parang. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Az Lee Abdullah berkata, berdasarkan siasatan dan beberapa siri tangkapan mendapati suspek menyamun kedai serbaneka pada tengah malam atau awal pagi yang ditahan adalah remaja lelaki berusia 19 tahun ke bawah.
"Jenayah berlaku apabila ada peluang. Kebiasaannya suspek yang mahu melakukan jenayah seperti pecah masuk, ragut dan samun menyasarkan orang awam yang berjalan seorang diri di kawasan gelap," katanya selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah di stesen minyak Shell Kuchai Entrepreneurs Park, di sini, semalam.
NSTPMUHAMMAD Az menampal pelekat 'Bersama Cegah Jenayah'. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |