{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Isu Air: Kerajaan Kedah akan hantar surat rasmi

Posted: 21 Jun 2013 02:10 AM PDT

JERLUN 21 Jun - Kerajaan negeri Kedah akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung soal penjualan air mentah dari negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata surat yang akan dihantar dalam tempoh terdekat itu adalah proses permulaan bagi membincangkan isu tersebut sebelum rundingan dibuat antara kedua-dua kerajaan negeri .

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pimpinan PAS telah menghantar surat sama kepada Pulau Pinang tetapi ia hanya melibatkan Exco kerajaan negeri sahaja dan tidak sampai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Saya akan lihat balik (mengenai permohonan terdahulu) dan kita akan lanjutkan perkara itu. Saya tak mahu politikkan isu air ini.

"Saya akan pastikan permohonan isu penjualan air kepada Pulau Pinang mengikut lunas-lunas perundangan dan akan berbincang perkara tersebut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)dan Penasihat Undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di sini hari ini.

Mukhriz berkata beliau turut berterima kasih kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyokong tindakannya untuk meneruskan tuntutan pembayaran air mentah.

Kenyataan Phahrolrazi dalam sebuah akhbar menyifatkan penjualan air mentah kepada Pulau Pinang bukan bersifat politik tetapi berdasarkan hak dan kawajaran negeri ini mendapat bayaran menerusi penjagaan sumber air mentahnya.

Mukhriz berkata pihaknya juga mahu mendengar jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membolehkan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Sebelum ini seorang Exco Pulau Pinang yang mewakili DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri telah mengemukakan isu tersebut dan mahu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan jawapan dari kementerian terlibat.

"Saya menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian tersebut," katanya. - BERNAMA

Jerebu: Kawasan terlibat catat peningkatan IPU

Posted: 20 Jun 2013 11:43 PM PDT

SEORANG ibu bersama anak-anaknya memakai topeng penutup mulut dan hidung ketika berada di bandar Muar yang masih diselubungi jerebu di Muar, Johor hari ini. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD

PEMANDANGAN Menara Aqabah yang kabur akibat jerebu yang teruk melanda beberapa kawasan di Johor dengan IPU lebih 300, yang dirakamkan pada pukul 10 pagi ini, di Pasir Gudang hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kawasan-kawasan yang terlibat dengan jerebu di Johor dan Melaka terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tengah hari ini dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 11 pagi ini, Pasir Gudang masih mencatat bacaan melebihi paras berbahaya, iaitu 323 berbanding 310 pagi tadi manakala Kota Tinggi meningkat ke 314 berbanding 313 pagi tadi.

Muar turut mencatat peningkatan bacaan IPU 193 berbanding 183 pagi tadi.

Di Melaka, bacaan IPU yang dicatat di Bandaraya Melaka kini mencecah paras "sangat tidak sihat" (205) berbanding paras "tidak sihat" (192) pagi tadi.

Satu lagi kawasan iaitu Bukit Rambai turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU iaitu 191 berbanding 164 pagi tadi.

Kawasan lain yang masih mencatat bacaan tinggi melebihi paras "tidak sihat" dengan bacaan IPU 100 sehingga 200, ialah Larkin Lama, Johor (197), Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan IPU 187 dan 109 serta Banting, Selangor (143).

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini akan berterusan sehingga Rabu berikutan ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya.

Timbalan Ketua Pengarahnya Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata ribut itu menjadikan tiupan angin lebih kencang dan cuaca kering, selain membawa jerebu dari arah Sumatera ke sempadan negara.

"Pada awalnya kami menjangkakan cuaca akan kembali kepada keadaan asal pada 23 Jun (Ahad), namun kejadian ribut tropika baharu ini akan memanjangkan keadaan jerebu ini," katanya semasa ditemu bual pada Buletin Awani, Astro Awani, hari ini. - BERNAMA

Jerebu: Kota Tinggi paras bahaya, Muar lebih baik

Posted: 20 Jun 2013 09:06 PM PDT

MURID-MURID Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka mula memakai topeng semasa hadir ke sekolah berikutan jerebu yang melanda Melaka, Johor dan Selangor, di Melaka hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kualiti udara di Kota Tinggi kini pada paras berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat pagi ini ialah 313 berbanding 291 semalam.

Catatan sehingga pukul 7 pagi ini juga menunjukkan udara di Pasir Gudang kekal pada paras berbahaya, walaupun bacaan IPU di kawasan itu turun dari 333 kepada 310, kata laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Satu lagi kawasan iaitu Muar yang mencatat bacaan IPU berbahaya semalam telah keluar daripada paras berbahaya hari ini setelah mencatat IPU 183 berbanding 383 semalam.

Selain Muar, beberapa kawasan lain masih mencatat bacaan tinggi melebihi paras tidak sihat (bacaan IPU 100 hingga 200) iaitu Larkin Lama, Johor (190); Bandaraya Melaka (192); Bukit Rambai, Melaka (164); Port Dickson (157); Seremban (105); dan Banting, Selangor (137).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A Ghani dalam program "Malaysia Hari Ini" TV3 pagi ini memaklumkan bahawa 589 sekolah di Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Pontian diarah tutup sehingga makluman lanjut diberitahu.

Sekolah di Muar dan Batu Pahat ditutup sejak semalam. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat