{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Jerebu: ISN tegah atlit jalani latihan jika bacaan IPU lepasi paras 100

Posted: 21 Jun 2013 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlit tidak dibenarkan menjalani latihan di kawasan terbuka apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan melepasi tahap 100 iaitu kategori kualiti udara tidak sihat.

Menurut Institut Sukan Negara (ISN) hari ini, atlit juga ditegah menjalani latihan sekiranya terhadap tanda-tanda seperti sesak nafas dan rasa mengantuk.

Atlit dan jurulatih diminta untuk mengelakkan daripada mengadakan latihan berintensiti tinggi terutama pada waktu tengah hari atau petang apabila tahap pencemaran adalah paling tinggi.

Perkara tersebut adalah antara beberapa panduan yang digariskan oleh ISN untuk atlet dan jurulatih terutamanya mereka yang akan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Lembah Klang pada 28 Jun hingga 7 Julai ini, menurut kenyataan ISN.

Panduan lain ialah menjalankan latihan di kawasan tertutup yang mana ia merupakan langkah yang paling efektif untuk meneruskan aktiviti sukan ataupun variasikan rutin latihan suaian fizikal.

Bagi jenis sukan yang memerlukan latihan luar seperti bola sepak dan hoki, pasukan itu boleh mempertimbangkan untuk menjalani latihan buat sementara waktu di luar negara yang bebas daripada masalah jerebu.

Mereka juga dinasihatkan supaya minum lebih banyak air bagi membantu mengelakkan sebarang kebarangkalian jangkitan paru-paru.
ISN mengesyorkan persatuan sukan kebangsaan atau penganjur kejohanan untuk menunda aktiviti fizikal luar bagi memastikan keselamatan dan tahap kesihatan atlet dan penonton terjamin.

ISN akan memantau dari semasa ke semasa situasi jerebu yang melanda negara ini dan akan memberikan khidmat nasihat terbaik kepada atlet dan jurulatih.

Keadaan jerebu yang semakin teruk dilaporkan di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari lalu terutamanya di Kota Tinggi, Johor kini berada pada paras berbahaya dengan bacaan IPU yang dicatat pagi tadi ialah 313 berbanding 291 semalam. - BERNAMA

ADUN Selangor angkat sumpah jawatan

Posted: 21 Jun 2013 02:27 AM PDT

SHAH ALAM: Semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor mengangkat sumpah jawatan pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendahului upacara angkat sumpah itu, diikuti 43 anggota dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan 11 wakil rakyat Barisan Nasional.

Terdahulu, Hannah Yeoh mengangkat sumpah sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor manakala Nik Nazmi Nik Ahmad mengangkat sumpah sebagai timbalan speaker. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat