{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Jerebu: Perokok berisiko tinggi dijangkiti penyakit

Posted: 25 Jun 2013 03:12 AM PDT

PUTRAJAYA 25 Jun - Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.

Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, golongan tersebut berisiko menghadapi jangkitan di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan jerebu.

Katanya, kedua-dua asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru-paru hingga boleh merebak dan memberi kesan yang serius.

"Golongan ini berisiko menyedut asap rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli dan terus memberi jangkitan seperti sesak nafas, kerengsaan dan alergi," katanya kepada pemberita selepas mengedar topeng muka kepada orang ramai di pusat beli-belah Alamanda di sini hari ini.

Menurut Dr Zainal Ariffin, risiko jangkitan tersebut bukan sahaja menyerang perokok tegar malah turut memberi kesan kepada perokok pasif. - UTUSAN ONLINE

Kebakaran ladang PPNJ berjaya dipadamkan - Bomba

Posted: 25 Jun 2013 02:58 AM PDT

MUAR 25 Jun - Kira-kira 73 hektar ladang nanas dan kelapa sawit milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13, Air Hitam dekat sini yang terbakar sejak seminggu lalu berjaya dipadamkan hari ini.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Johar Tumin berkata, bagaimanapun kerja-kerja memadam bara tunggul kayu, rumput dan tanah gambut masih diteruskan untuk tiga hingga empat hari lagi.

"Api secara keseluruhannya sudah berjaya dipadamkan cuma tinggal bara-bara kecil yang perlu kita kawal supaya tidak merebak menjadi api semula. Pihak kami menjangkakan kebakaran ini akan dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi.

Ladang itu terbakar sejak Selasa lalu dan pihak bomba memulakan kerja-kerja memadam api sehari kemudian secara berperingkat-peringkat melibatkan 70 anggota dari Balai Tangkak, Bukit Gambir, Labis, Kluang serta Pontian.

Johar berkata, anggota yang terlibat ditugaskan hampir lapan atau sembilan jam sehari bergantung kepada keadaan. - UTUSAN ONLINE

Teknologi biometrik, poligraf dicadang diguna di sekolah

Posted: 25 Jun 2013 02:38 AM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 25 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan penggunaan teknologi biometrik dan poligraf di semua sekolah di seluruh negara bagi membendung kegiatan jenayah dan perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sebagai permulaan sebanyak 230 buah sekolah menengah dan rendah di negeri ini telah mengguna pakai sistem dikenali sebagai Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP) itu.

Beliau berkata, SPPTP dibangunkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat