{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Pilihan

Posted: 13 Jun 2013 11:49 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR dan ZHAFRI SUHARDI

Rekaan-rekaan peplum yang menarik untuk digayakan peminat fesyen tanah air.

WALAUPUN baju potongan mula peplum muncul pada awal tahun lalu, fesyen ini masih terus diminati ramai pada sehingga ke hari ini.

Baju potongan kembang payung di bahagian pinggang ini, sebenarnya menjadi fesyen kegemaran ramai pada tahun 60-an lagi.

Ini dapat dilihat pada baju-baju yang digayakan oleh seniwati-seniwati veteran seperti Allahyarham Puan Sri Saloma, Mariani, Allahyarham Latifah Omar, Allahyarham Roseyatimah dan ramai lagi.

Sebenarnya, fesyen juga seperti roda berputar di mana yang lama akan muncul kembali. Begitu juga dengan fesyen peplum ini.

Potongan peplum yang sedang diminati pada masa kini membuatkan Butik Arca turut memilih rekaan tersebut untuk para peminat fesyen.

Dibuat sepasang, iaitu baju dan kain potongan duyung, Butik Arca memilih jenis fabrik renda Curati, iaitu sejenis fabrik renda yang memeri dan selesa dipakai. Keistimewaan lain fabrik ini ialah tidak perlu dilapik lagi kerana fabrik ini memang siap berlapik semasa dibeli.

Diilhamkan daripada fesyen lama, baju yang dibuat panjang di bahagian belakang atau dipanggil potongan ekor ikan, turut digabungkan bersama fabrik syifon Curati yang berkualiti.

Pada bahagian perut, dijahit piping dan manik bagi menambah keindahan baju ini. Piping ini juga berperanan menutupi sedikit bahagian perut dan memberikan keselesaan pada si pemakai.

Kebiasaannya wanita yang bertubuh gempal berpendapat mereka tidak sesuai memakai baju potongan peplum kerana bimbang nampak badan lebih besar. namun dengan rekaan peplum Butik Arca ini, mereka pasti akan berasa selesa dan nampak ramping.

Sama ada anda bertubuh kecil, tinggi lampai, rendah atau gempal, Butik Arca menyediakan saiz daripada XS hingga XL bagi yang teringin menggayakan fesyen ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat