{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Pelengkap gaya model

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

PENGGUNAAN tali pinggang sering kali dikaitkan dengan seluar dan lelaki, namun perkembangan fesyen semasa menyaksikan gaya tersebut kini menjadi pelengkap kepada fesyen wanita.

Penggunaan tali pinggang dilihat mampu memberikan sedikit kelainan kepada si pemakai iaitu lebih cantik dan moden apabila dipandang.

Penggunaan baju potongan labuh mahupun dres longgar akan tampak menarik apabila ia dipadankan dengan tali pinggang.

Pelbagai rekaan tali pinggang boleh diperolehi di pasaran tetapi yang penting adalah pemilihan betul bagi mengelak ia nampak janggal apabila digayakan.

Ada rekaan yang tebal dengan kepala tali pinggang besar dan ada juga jenis halus dan runcing.

Bukan itu sahaja, ada juga tali pinggang yang dibuat daripada kulit dan besi serta plastik dengan pelbagai corak rekaan menarik serta pelbagai warna.

Justeru, pemilihan tali pinggang yang sesuai perlu ditekankan dalam memilih aksesori ini agar tidak menjadikan kamu mangsa fesyen.

Trend minggu ini memberikan idea tentang corak dan rekaan tali pinggang yang sesuai digaya gadis moden, tidak kira bertudung ataupun tidak.

- AMIRUL

Krim untuk kulit sensitif

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

AKIBAT pendedahan yang berterusan kepada cahaya matahari, penghawa dingin dan pencemaran menyebabkan kulit menjadi cepat kering dan rosak.

Ditambah dengan tahap tekanan yang tinggi, kekerapan mandi menggunakan sabun yang boleh merengsakan kulit, menyebabkan kulit lebih sensitif.

Menggunakan formula tidak melekit, Rosken Skin Repair Sensitive Cream membantu melindungi dan memperbaiki kulit yang sensitif dan kering.

Diperkaya dengan minyak kacang soya, minyak zaitun dan minyak jojoba yang mengandungi anti-oksidan asli, Rosken Skin Repair Sensitive Skin membantu kulit yang kekeringan dan bertindak sebagai benteng untuk memelihara kulit daripada mencegah kehilangan lembapan yang banyak.

Memang telah menjadi satu trend secara global, bahawa para pengguna memerlukan produk yang bebas daripada bahan-bahan tiruan dan kimia.

Justeru, Rosken Skin Repair Sensitive Skin Cream ini telah diformula untuk digunakan ke atas kulit sensitif dan bebas daripada semua bahan yang merengsakan kulit.

Dipercayai ramai pengguna di seluruh Asia Pasifik, krim ini ditawarkan dalam tiga saiz dan boleh didapati di semua farmasi ternama seperti Guardian dan Watsons.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat