{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Corak sulaman eksklusif

Posted: 20 Jun 2013 09:58 PM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

KEWUJUDAN tudung yang pelbagai jenis daripada yang mudah dipakai sehinggalah selendang, menjadi pilihan muslimah yang meminati fesyen hijab hari ini.

Jika sebelum ini tudung bawal sering menjadi pilihan kerana mudah dipakai dan senang digayakan dalam sebarang majlis, hari ini ramai muslimah lebih gemar memilih tudung siap pakai.

Tetapi itu tidak bermakna tudung bawal sudah dilupakan kerana ia tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Dalam usaha menandingi pelbagai rekaan serta fesyen terkini yang ditampilkan tudung-tudung baharu, tudung bawal juga tidak ketinggalan.

Terbaharu, setanding dengan gaya serta trend terkini, Bawal Exclusive tampil dengan corak terkini dalam pasaran, sulaman goyang.

Menurut Pengurusnya, Haliza Maysuri, 36, sulaman goyang diperkenalkan kembali kerana permintaan terhadap corak tersebut semakin meningkat.

Katanya, disebabkan ramai yang mula tercari-cari akan corak tersebut, pihaknya mengambil inisiatif mengembalikannya untuk memenuhi permintaan pasaran.

"Jika dilihat corak sulaman goyang ini, ia adalah satu seni sulaman lama yang diwarisi turun temurun.

"Lazimnya corak ini menjadi pilihan wanita berusia 40 tahun dan ke atas kerana dianggap antik.

"Justeru, untuk mengembalikan zaman kegemilangannya, kami mengambil keputusan memperkenalkan kembali sulaman ini di pasaran," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di No. 205, Tingkat 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tambah Haliza, bagi mengekalkan identiti Bawal Exclusive, penggunaan batu kristal swarovski masih digunakan.

Jelas Haliza, batu kristal swarovski akan diletakkan di atas sulaman goyang dan akan menambah seri tudung bawal itu.

Haliza turut memberitahu, untuk koleksi terbaharu Bawal Exclusive kali ini, warna-warna blok digunakan.

Ini sejajar dengan trend terkini di mana warna-warna blok menjadi pilihan tidak kira orang muda mahupun yang berusia.

Mengulas lanjut mengenai sulam goyang yang ditampilkan kini, Haliza berkata, sulam tersebut adalah buatan tangan.

Tiada langsung penggunaan mesin dalam penghasilannya. Ini secara tidak langsung menjadikannya setiap satu sulaman itu begitu eksklusif.

Untuk itu, setiap satu tudung yang dihasilkan akan mengambil masa antara tiga hingga lima hari mengikut jenis serta corak sulaman.

Bagi setiap pemilihan corak sulaman goyang yang dihasilkan oleh Bawal Exclusive, ia adalah rekaan serta idea eksklusif Haliza sendiri.

Dalam usaha memberikan yang terbaik buat para pelanggan Bawal Exclusive, Haliza berkata pihaknya sedia menerima tempahan daripada mana-mana individu dan tidak ketinggalan butik-butik.

"Kami di Bawal Exclusive sedia menerima tempahan daripada mana-mana individu untuk menghasilkan corak yang mereka minati.

"Tidak ketinggalan bagi butik-butik yang ingin mendapatkan tudung Bawal Exclusive mereka dialu-alukan cuma untuk mereka (butik) perlulah ditempah dalam kuantiti yang banyak.

"Insya-Allah kami pastinya memberikan yang terbaik buat para pelanggan kami," ulas Haliza.

Untuk melihat sendiri koleksi Bawal Exclusive, anda boleh layari www.bawal.com.my atau di media sosial BawalExclusive.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat