{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Selesa, ringkas sesuai dipakai

Posted: 25 Jun 2013 11:38 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF

Baju kurung nampak eksklusif dengan sulam kerawang pada hujung lengan, kaki baju dan kain.

BAJU kurung, kebaya dan dres labuh merupakan antara rekaan fesyen yang popular di kalangan wanita Melayu di Malaysia.

Walau masa berganti masa dan fesyen silih berganti, baju kurung, kebaya dan dres labuh sentiasa diminati dan menjadi pilihan ramai wanita.

Keselesaan, berpotongan ringkas dan sesuai dipakai di mana sahaja menjadi antara sebab mengapa rekaan sebegini menjadi pilihan.

Selain digayakan ke pejabat, baju kurung, kebaya dan dres labuh turut menjadi pilihan untuk digayakan sempena kedatangan hari raya tidak lama lagi.

Cuma jenis fabrik dan perincian dibuat berbeza supaya fesyen untuk hari lebaran nampak eksklusif dan istimewa.

Butik Maya SS dan Butik Suraya sudah mula menyemarakkan kedatangan hari raya dengan koleksi fesyen terbaru yang terdiri daripada baju kurung, kebaya dan dres labuh.

Rekaan fesyen yang menjadi pilihan wanita kini dan tidak lekang dek panas ini diperindahkan dengan pilihan fabrik polos dan bercorak yang lebih cantik dan menarik.

Di antara jenis fabrik yang dipilih ialah sutera Thai, kapas sutera, renda dan kain kapas bercorak kekotak dengan banyak pilihan warna.

Bagi menambah keindahan rekaan, perincian seperti renda yang dijahit manik mutiara ditampal pada baju kurung polos. Sementara sulaman tebuk pula dijahit pada baju kurung bercorak flora potongan Pahang.

Setiap rekaan tampil dengan beberapa warna yang boleh dipilih mengikut keinginan anda sendiri.

Berharga di antara RM100 hingga RM300 sepasang, setiap koleksi tidak rugi dimiliki.

Selain fesyen untuk dewasa, kedua-dua butik ini turut menampilkan fesyen baju kurung untuk kanak-kanak.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat