Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 07 Jun 2013 01:39 AM PDT Gambar FAHMI MUHAZIR Barisan selebriti tempatan yang tampil bergaya dengan busana koleksi AzuraAzwa. Oleh NOOR FAZRINA KAMAL TIADA apa yang mustahil bagi dua beradik Azura Liyana Azmi, 33, dan Azwa Elena, 30, untuk merealisasikan impian mereka dengan berkongsi minat dan kerjasama sebagai satu pasukan. Azwa menuntut dalam bidang Sistem Informasi Perniagaan di Middlesex University, London. kakaknya, Azura pula graduan Jurusan Rekaan Dalaman, Nottingham Trent University, sebelum mengambil kursus jangka pendek di Central St. Martins, University of the Arts London bagi mendalami industri fesyen secara formal. Kerana komitmen itu jugalah mereka terlibat dengan pertunjukkan fesyen eksklusif pertama di The Weld, Kuala Lumpur. Pada petang penuh glamor itu mereka mempertaruhkan label AzuraAzwa dengan tema Amazing Red menerusi baju kurung, kebaya dan hiasan kepala khususnya turban. "Untuk pertunjukkan fesyen Amazing Red ini kami mengambil inspirasi daripada hidupan laut marin yang diterjemahkan dalam setiap sentuhan busana kami. "Sebagai contoh bentuk turban untuk persembahan kali ini juga umpama lumut laut yang kehijauan dan lembut. "Kami berani katakan bahawa koleksi ini memang sesuai bagi wanita profesional berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun "Kami sebetulnya amat teruja dengan maklum balas yang diterima. Koleksi kami ini telah mendapat tempahan dari pasaran Eropah dan Amerika terutamanya bagi koleksi turban moden. "Tapi dengan pengenalan pertama kami kepada rakyat Malaysia ini kami berharap bahawa rakyat Malaysia akan menyukai produk keluaran AzuraAzwa kata," ujar Azura yang ditemui sebelum majlis pertunjukkan fesyen berlangsung. Inspirasi Wanita kelahiran Terengganu ini menjelaskan, gaya turban tercetus apabila dia mula berjinak-jinak untuk tampil lebih Muslimah. Tercari-cari imej yang lebih urban dan bergaya, turban dengan padanan busana moden dipilih bagi menampilkan pesona diri. "Ternyata, fesyen turban mula mendapat perhatian ramai sehingga boleh digayakan untuk pelbagai acara dan busana. Ia kini menjadi trend baharu kepada golongan remaja urban. "Tidak terhad kepada penggayaan wanita dengan imej muslimah, turban AzuraAzwa juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana bentuk yang versatil dan boleh diolah pelbagai gaya. "Setiap busana tersebut menggambarkan gaya peribadi ibu kami yang sentiasa tampil anggun dengan gaya yang mempesona," ujar Azwa pula. Penggemar boleh menjangka rekaan yang lebih sederhana dengan menumpukan kepada ciptaan busana muslimah. "Dalam koleksi kali ini Dynas Mokhtar dan finalis pencarian gadis M2 akan menggayakan produk AzuraAzwa turban," jelas Azwa. Tambah Azwa lagi koleksi kali ini, banyak menggunakan fabrik seperti sutera Itali, Swiss Zurich dan Shantung. Turut diperagakan dalam pertunjukan fesyen ini ialah koleksi dua pereka terkenal Rizalman dan Jovian Mandagie. Beroperasi di 29A Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, koleksi AzuraAzwa juga boleh dilihat melalui laman web www.azuraazwa.com. |
Posted: 07 Jun 2013 01:39 AM PDT Oleh Siti Aishah Yusoff Sabun Madu Propolis Glutathione Collagen, keluaran terbaru D'Herbs yang bertindak mengatasi masalah jerawat, jeragat dan kulit kering. BUKAN mudah bagi seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan untuk terjun ke dalam kelompok tersebut seterusnya mencapai kejayaan dalam masa singkat. Itu yang berjaya dibuktikan oleh pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25. Beliau mengakui apa yang dimiliki hari ini bagai mimpi yang datang dalam sekelip mata. Masih tidak jemu mendalami selok-belok dunia perniagaan yang diceburi hampir tiga tahun itu, Aliff berkata, cabaran dan dugaan yang dihadapi telah mematangkan dirinya untuk bergelar usahawan muda berjaya. Baginya, tidak mustahil seseorang itu mendapat kejayaan dan mencapai impian dalam hidup jika sentiasa berusaha dan mempunyai minat mendalam dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. "Bagi saya, setiap yang dilakukan tidak kira dalam bidang apa sekalipun, minat adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan. "Sebagai ahli perniagaan yang masih muda dalam bidang ini, saya sentiasa menjadikan setiap hari yang dilalui adalah hari untuk saya mempelajari sesuatu yang baharu," kata Aliff. Ujar bapa muda yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu, membangunkan syarikat bukan kerja mudah, apatah lagi pada usianya yang terlalu muda dan berada dalam industri yang didominasi oleh golongan wanita. "Ramai yang salah tanggapan mengatakan saya mengusahakan perniagaan daripada duit yang disalurkan oleh ibu bapa atau mewarisi syarikat keluarga. "Hakikatnya, saya mengusahakannya sendiri. Menggunakan duit hasil titik peluh sendiri. "Saya bermula daripada berniaga jamu di pasar-pasar malam ketika berusia 16 tahun sehinggalah saya mampu mencapai ke tahap ini," ujarnya ketika ditemui di kediaman mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Ditanya pandangan beliau tentang produk kecantikan dan kesihatan yang dihasilkan, Aliff berpendapat lelaki adalah penilai terbaik bagi wanita. "Setiap produk yang dihasilkan berdasarkan penilaian dan penelitian saya sebagai seorang lelaki terhadap diri wanita. "Walaupun saya seorang lelaki, tetapi saya sangat mementingkan keperluan dan kehendak yang diingini oleh wanita. Penjagaan dalaman dan luaran adalah penting untuk menyerlahkan kecantikan dan keayuan mereka," ceritanya yang juga Setiausaha Persatuan Industri Kosmetik Bumiputera Malaysia. Tambah Aliff, ketika ini syarikatnya turut mempunyai produk keluaran terbaru iaitu Sabun Madu Propolis Glutathione Collagen (D'herbs) yang telah dilancarkan sejak dua bulan lalu. Sedia maklum, madu mempunyai kelebihan yang mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit. Justeru penghasilan sabun ini, melalui gabungan madu, kolagen dan glutathione untuk mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan kaya dengan vitamin E dan C dengan harga RM19.90. "Sabun ini juga baik untuk mencuci dengan lembut dan membantu menyegar, melembap, menghalus, melicin dan menggebukan kulit. Ia juga bertindak mengatasi masalah jerawat, jeragat dan kulit kering, seawal tiga hari. "Sabun ini juga sesuai digunakan oleh semua peringkat umur untuk lelaki dan wanita," katanya. Aliff berkata, pada Jun ini D'Herbs juga akan mengeluarkan produk terbaru khusus untuk wanita yang mementingkan penjagaan dalaman agar kekal cantik dan menawan. "Produk tuala wanita D'Herbs dihasilkan menggunakan bahan-bahan herba dan semula jadi seperti aloe vera dan teh hijau yang membantu merawat masalah keputihan. "Tuala wanita yang memberi perasaan gembira kepada wanita yang memakainya mula berada di pasaran Jun ini. Ia dijual pada harga RM9.90 dengan kuantiti 20 helai satu pek," kata Aliff. Selain itu, ujar bapa kepada tiga orang cahaya mata ini, bagi mempromosikan lagi produk keluaran D'Herbs, syarikatnya telah mengadakan iklan besar-besaran di stesen televisyen. "Iklan tersebut akan disiarkan selama setahun setiap hari tanpa henti bagi mempromosikan produk keluaran D'Herbs kepada orang ramai. "Dalam pada itu, kami juga mengalu-alukan kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pengedar D'Herbs di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. "Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi 03-61562035 atau 012-3995446," katanya. Tambah Aliff lagi, orang ramai yang berminat dengan produk tersebut boleh mendapatkan terus di enam stokis berhampiran yang terletak di Selangor dan Kuala Lumpur. Produk D'Herbs boleh didapati di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk kedai-kedai runcit, pasar malam dan pasar tani, farmasi bebas, kedai jamu dan salon serta pusat jualan D'Herbs sendiri. Produk-produk ini dihasilkan di kilang Aliff Herbs Manufacturing yang terletak di Selangor. Beliau juga menyarankan kepada orang ramai supaya berhati-hati memilih produknya kerana terdapat banyak peniruan yang dijual hampir sama dengan produk keluaran D'Herbs. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.dherb.com.my |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |