Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Polis Terengganu tubuh unit khas pantau hasutan menerusi media sosial Posted: 02 Jun 2013 10:36 PM PDT KUALA TERENGGANU 3 Jun - Polis Terengganu menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran maklumat berbaur hasutan dan fitnah menerusi media sosial di negeri itu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati berbuat demikian. Setakat ini kegiatan itu tidak dikesan di negeri ini, namun pihak polis tetap melakukan pemantauan secara berterusan, katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kegiatan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Red Bean Army", yang menggunakan medium siber untuk menyebarkan mesej berbaur hasutan dan fitnah terutama terhadap kerajaan Barisan Nasional. - BERNAMA |
22 PATI diberkas cuba menyusup secara haram Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT Pendatang asing tanpa izin warga Indonesia yang dicekup oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi,Johor, kelmarin. JOHOR BAHRU 2 Jun - Cubaan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk menyusup masuk ke negara ini secara haram gagal selepas diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi dekat sini semalam. Turut ditahan dalam kejadian pukul 10.55 malam itu ialah seorang tekong dan dua pembantunya. Menurut Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Mustapa Kamal Abas, kesemua mereka yang menaiki sebuah bot gentian kaca dikesan memasuki perairan negara oleh empat anggota Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan. Katanya, sebaik sahaja dihampiri, bot itu memecut laju ke arah pantai Kampung Teluk Ramunia, Kota Tinggi tetapi berjaya dipintas. "Hasil pemeriksaan, kita menemukan 24 lelaki termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurut beliau, kesemua mereka yang dipercayai dari Batam ditahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). "Mereka dihantar ke Jeti Marina, Tanjung Pengelih sebelum dibawa ke Daerah Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan dan tindakan lanjut. Maritim Malaysia turut merampas sebuah bot gentian kaca serta sebuah enjin Yamaha 200 kuasa kuda," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |