{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Penduduk akan diberi hak milik

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin berucap di hadapan sebahagian ahli koperasi dalam majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Senibong Johor Bahru Bhd., di Kampung Senibong, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 9 Jun - Kerajaan negeri komited menyelesaikan isu pemberian hak milik tanah melibatkan beberapa kampung setinggan di negeri ini dengan meletakkan perkara itu sebagai keutamaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu juga bagi menunaikan janji dibuat bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman untuk memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sudah mengeluarkan surat jaminan kepada penduduk kampung terlibat dan kini sedang dalam proses bagi menyelesaikan permohonan yang dikemukakan mereka sejak sekian lama.

"Jadi, saya berharap supaya syarikat yang terlibat memahami janji yang dibuat kerajaan dengan penduduk kampung terlibat dan tidak hanya mahu mementingkan keuntungan semata-mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Kampung Senibong Johor Bahru Bhd., Kali Kedua di Kampung Senibong di sini.

Kampung terlibat ialah Kampung Senibong, Kampung Rumah 10, Kampung Plentong Baru, Kampung Plentong dan Kampung Sri Bahagia.

Beliau berkata, bagi menyelesaikan isu tanah Kampung Senibong, kerajaan negeri menerusi syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta.

Tambahnya, usaha itu bagi pengambilan balik tanah seluas 14 hektar daripada syarikat Tebrau Teguh Bhd. untuk diberikan kepada penduduk kampung tersebut seperti janji kerajaan negeri sebelum ini.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled berharap tiada sebarang transaksi dibuat melibatkan tanah yang dijanjikan kerajaan dan jika mahu membuat sebarang pembangunan kerajaan negeri tiada halangan tetapi diharap dapat dibuat di kawasan yang tiada penempatan setinggan.

Sementara itu, mengulas mengenai kegiatan koperasi, belia turut mengalu-alukan cadangan koperasi kampung tersebut yang mahu membangunkan aktiviti inap desa di kawasan itu sejajar usaha menjana pendapatan.

"Usaha itu amat dialu-alukan dan sangat baik kerana bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri menggalakkan sektor pelancongan. Perkara itu juga merupakan idea kreatif dalam memupuk budaya keusahawanan," katanya.

Johor mahu galak pelancongan daerah

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

JOHOR BAHRU 9 Jun - Usaha menggerakkan Jawatankuasa Pelancongan Daerah akan dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana setiap daerah di negeri ini mempunyai keunikan tersendiri yang berpotensi untuk menarik kedatangan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, jawatankuasa tersebut perlu digerakkan kerana galakan pelancongan dapat menjana limpahan ekonomi kepada penduduk selain mempercepat penyaluran maklumat untuk membangunkan industri tersebut di peringkat daerah.

"Saya ada sekurang- kurangnya setengah tahun untuk kumpul maklumat dan selaraskan supaya pelancong ada banyak pilihan. Saya bercadang memperuntukkan satu hari khas setiap minggu untuk lawat setiap daerah untuk mempromosi pelancongan daerah.

"Mereka (jawatankuasa pelancongan daerah) sudah ada maklumat yang diperlukan tetapi kita mahu meningkatkan promosi menerusi internet dan bahan publisiti lain. Produk pelancongan berbeza bagi setiap daerah contohnya Pontian terkenal dengan makanan laut yang segar, kraf tangan songkok dan Taman Negara Tanjung Piai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penghargaaan dan Ramah Mesra Bersama NGO dan Media Negeri Johor di Pusat Penerangan Pelancongan Johor (Jotic) di sini baru-baru ini. Yang turut hadir ialah Datuk Hoo Seong Chang yang sebelum ini memegang portfolio yang kini dijawat Siew Kiong.

Hadir sama ialah Pengarah Pelancongan Johor yang baharu, Mohd. Haffiz Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Johor yang baharu, Mohd. Za'nal Misran, masing-masing bertukar portfolio.

Menurut Siew Kiong, beliau mahu pengusaha-pengusaha pelancongan setiap daerah bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang baik untuk pelancong melalui perkhidmatan yang baik dan kemesraan dalam memberikan layanan.

"Saya juga difahamkan telah ada usaha menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 iaitu program Explore Johor telah dicetuskan oleh Datuk Hoo Seong Chang dan saya akan meneruskan dengan merangka program bersama agensi berkaitan untuk menjayakannya," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat