{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Proses pemutihan pastikan penghuni layak duduki PPR

Posted: 15 Jun 2013 11:48 AM PDT

ABD. Latiff Bandi (kiri) bersama Shahrir Abdul Samad (tiga dari kiri) dan Ismail Karim (dua dari kiri) membuat tinjauan di kawasan PPR Sri Stulang, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 15 Jun - Kerajaan negeri akan melakukan proses pemutihan terhadap Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini bagi memastikan hanya mereka berkelayakan mendiami kediaman tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, langkah itu diambil kerana terdapat penyewa yang menjadikan kediaman tersebut sebagai rumah kedua atau menyewakan rumah tersebut kepada orang lain.

Menurutnya, proses pemutihan itu juga bertujuan memastikan penyewa yang sudah berkemampuan memberi peluang kepada pemohon lain yang lebih memerlukan kediaman tersebut.

''Proses pemutihan ini dilakukan memandangkan kita dapati terdapat penyewa yang mengaut keuntungan dengan menyewakan kediaman tersebut kepada orang ketiga.

''Selain itu, berdasarkan jumlah dan jenis kereta yang dimiliki, segelintir penyewa sudah boleh dikatakan berkemampuan, justeru, kita mahu memberi ruang dan peluang kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di PPR Sri Stulang, di sini kelmarin.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim.

Menurut Abd. Latiff, selepas saringan awal dilakukan, pihaknya mendapati 80 peratus penyewa merupakan individu terdiri daripada golongan miskin bandar yang layak menyewa manakala selebihnya merupakan mereka yang perlu dihentikan kontrak sewaan.

''Ketua penduduk bersama ahli Parlimen akan bekerjasama dan membuat siasatan mengenai hal ini, sebab itu kita akan keluarkan notis-notis berdasarkan undang-undang yang termaktub.

''Selepas proses pemutihan dibuat, jika penyewa yang terlibat enggan meninggalkan rumah tersebut apabila notis dikeluarkan, kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya. Kita bukan mahu bertindak kejam, tetapi mahu membantu pemohon yang benar-benar layak menerima bantuan PPR ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat