{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Kurangkan import daging - MB

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin (tengah) melepaskan lembu-lembu ke dalam kandang di Ladang Satelit Bukit Kruing, Kota Tinggi, Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI 16 Jun - Kerajaan negeri menyasarkan peningkatan 46 peratus atau 1,200 tan metrik hasil pengeluaran daging lembu dalam masa setahun menerusi empat pusat ternakan lembu fidlot yang mula beroperasi bagi menampung keperluan bahan mentah berkenaan di Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor berjaya mengeluarkan sebanyak 28 peratus iaitu hanya 1,915 tan metrik daging lembu setahun berbanding 10,000 tan metrik keperluan daging lembu bagi negeri ini.

Menurutnya, penglibatan Johor Corporation (JCorp) dalam projek yang dijayakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan disokong Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) itu dijangka mengurangkan kebergantungan negeri kepada daging import.

"Sebagai permulaan, sebanyak 10 usahawan dan penternak dipilih membabitkan empat kawasan fidlot di Ladang Satelit Bukit Kruing di Kota Tinggi dan Peta Temalik, Labis, manakala di Muar masing-masing di Lubuk Bakul dan Ulu Bakri.

"Setiap peserta yang terlibat dalam projek ini dibekalkan 300 ekor lembu di kawasan ladang seluas 20 hektar yang membabitkan jumlah keseluruhan RM7 juta dan dibekalkan makanan lembu dan keperluan untuk menternak haiwan berkenaan melalui kaedah fidlot, selain pemberian elaun penjagaan RM1,200," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi JCorp berkata demikian kepada para pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu kepada Penternak Kontrak Ladang Satelit Bukit Kruing, Sedili di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed; Presiden merangkap Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Kamruddin Md. Isa dan Pengarah Kanan Teraju, Abdul Mushir Che Chik.

Mohamed Khaled berkata, JCorp berperanan membekalkan lembu serta memberikan bimbingan termasuk ilmu dan kemahiran.

"Matlamat projek ini untuk menjayakan usahawan ternakan lembu dan memberikan peluang penglibatan masyarakat terhadap sektor pertanian, sekali gus menjamin keselamatan makanan dalam negara kita. Ini juga satu pendekatan menarik minat orang ramai dan mewujudkan kesedaran dalam bidang pertanian dan ternakan.

"Kaedah ini memberikan peluang kepada masyarakat menjana pendapatan dan pada masa sama menguntungkan mereka apabila JCorp mengambil hasilnya termasuk daging lembu yang disembelih selepas tempoh empat bulan," katanya.

UEM Sunrise rai 85 pelajar cemerlang

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

SEBAHAGIAN daripada 85 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu diraikan oleh UEM Sunrise Bhd. di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 16 Jun - Seramai 85 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu diraikan dalam satu majlis anjuran UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise), di sini baru-baru ini.

Kesemua pelajar dari 17 buah sekolah di sekitar Gelang Patah yang terlibat dalam projek Pintar UEM menerima hadiah wang tunai yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar sambil disaksikan Pengurus Besar Kanan Nusajaya UEM Sunrise, Mohd. Nadzari Bachek.

Mohd. Nadzari berkata, program Kecemerlangan Akademik UEM yang ditubuhkan sejak 2009 bertujuan untuk menghargai usaha, semangat dan ketekunan pelajar memberikan hasil dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.

Menurutnya, keputusan keseluruhan pelajar sekolah Pintar UEM mencatatkan peningkatan memberangsangkan berbanding pada 2011.

"Keputusan UPSR menunjukkan peningkatan sebanyak 5.27 peratus, manakala PMR pula seramai 39 pelajar mendapat keputusan 8A berbanding hanya 17 pada 2011. Dalam SPM pula tiga pelajar mendapat 11A dan 10A.

"Ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk meraikan kejayaan mereka kerana komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan dalam memburu kecemerlangan, sekali gus menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nadzari berkata, pihaknya sentiasa beriltizam untuk meningkatkan usaha, memantau secara berterusan serta memperbaiki program Pintar sedia ada bagi mencapai objektif dalam membantu perkembangan komuniti setempat selaras dengan pembangunan di Nusajaya.

Beliau berkata, majlis tersebut juga dilaksanakan untuk menghargai peranan guru-guru dan warga pendidik yang lain serta ibu bapa atas usaha gigih mereka dalam membantu pelajar menyerlahkan potensi dan keupayaan mereka berjuang secara sihat dan berdaya saing.

"Kami amat berterima kasih kepada semua pihak khususnya Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama serta sokongan memastikan usaha menjayakan program ini berjalan lancar," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat