{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Petani jangan jual tanah - MB

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin diiringi Saipolbahari Suib bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra BN Bersama Menteri Besar di Muar, Johor, semalam.

MUAR 8 Jun - Golongan petani di negeri ini dilihat cenderung untuk menjual tanah pertanian milik mereka kepada pihak lain terutama dari Singapura kerana tidak berminat untuk mengusahakan sektor pertanian.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin berkata, pihaknya menerima banyak permohonan pemindahan hak milik tanah pertanian kerana pemilik tidak berminat, tidak ada komitmen serta masa untuk mengusahakannya.

"Mereka menjual tanah kepada pemilik yang berasal dari bandar malah negara jiran, Singapura yang dapat melihat sektor pertanian sebagai sesuatu yang berpotensi. Jika berterusan orang lain yang dapat, mereka lihat ia sebagai sesuatu yang berpotensi (untuk dimajukan).

"Kenapa kita tak mahu teruskan? Kerana itu kita perlu cari jalan penyelesaian," katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Barisan Nasional (BN) Bersama Menteri Besar serta merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negei (ADUN) Bukit Naning yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Johor, Datuk Saipolbahari Suib.

Mohamed Khaled berharap, pertubuhan peladang dapat mewujudkan bank sendiri sama seperti dilakukan Bank Rakyat yang beroperasi sebagai sebuah koperasi untuk membeli tanah-tanah yang mahu dijual seterusnya memajukannya.

"Saya cabar pertubuhan peladang beli semua tanah pertanian (yang mahu dijual), saya yakin jika berjaya ia akan dapat menyelamatkan banyak tanah pertanian. Mereka boleh hubungi pemilik tanah ini dan menjual tanah sepatutnya menjadi pilihan terakhir kepada penjual dan pertubuhan peladang boleh jadi penyelamat.

"Ia cabaran besar yang bukan mudah dan saya harap pertubuhan peladang dapat fikir dan selamatkan keadaan dan kerajaan negeri boleh menjadi rakan kerjasama," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Khaled berkata, hubungan antara pertubuhan peladang negeri yang mempunyai lebih 96,000 ahli akan dapat dimantapkan supaya pertanian dapat dimajukan seterusnya memainkan peranan penting dalam memodenkan sektor tersebut.

Menurut beliau, Johor adalah pengeluar makanan terbesar di negara ini apabila mengeluarkan lebih 164,000 metrik tan sayur-sayuran, lima juta liter susu segar serta 0.5 juta tan buah-buahan serta daging dalam setahun.

Justeru, katanya, petani dan penternak perlu menggunakan kekuatan yang ada itu selain menggalakkan penyertaan golongan muda bagi meneruskan kesinambungan berkenaan.

MDS saman pemilik kereta terbiar di tepi jalan

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Seorang anggota penguat kuasa MDS meletakkan notis pada sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan di Segamat, kelmarin.

SEGAMAT 8 Jun - Majlis Daerah Segamat (MDS) mengambil tindakan tegas ke atas pemilik kenderaan lama dan rosak yang dibiarkan begitu sahaja di tepi jalan hingga mencemarkan pemandangan di sekitar daerah ini.

Pembantu Penguat Kuasa Unit Operasi MDS, Jaini Kardi berkata, pihaknya terlebih dahulu akan mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan supaya mengalihkan kenderaan masing-masing.

"Kita akan tinggalkan notis itu di kenderaan tersebut dan sekiranya dalam tempoh seminggu kenderaan itu tidak diambil semula oleh pemiliknya, kita akan tunda ke depot kenderaan MDS.

"Pemilik kenderaan akan dikenakan denda sebanyak RM250 bagi setiap kenderaan yang ditunda di bawah Akta Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MDS 1982 selain harus menanggung kos penyimpanan sepanjang kenderaan tersebut disimpan di depot berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Menurut Jaini, sehingga kini sebanyak 25 kenderaan lama dan terbiar telah ditunda pihaknya dan ia akan dilelong sekiranya tidak dituntut oleh pemiliknya.

"Tindakan yang kami lakukan ini bukan bertujuan menyusahkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan di Segamat agar tidak membiarkan kenderaan mereka yang rosak.

"Sekiranya perkara ini dibiarkan begitu sahaja ia akan menyebabkan lebih banyak kenderaan yang rosak dibiarkan oleh pemilik sesuka hati dan menjejaskan keindahan daerah ini dan menganggu keselesaan orang ramai," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat