{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Busana umrah & haji

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

Jubah seluar yang bercorak tetapi masih mengekalkan kesopanan ketika menunaikan umrah.

RAMAI yang memilih jubah yang dipakai wanita Arab berwarna hitam, labuh, berlapis dan terlalu panjang untuk mengerjakan umrah atau haji.

Menyedari gaya hidup baru rakyat Islam Malaysia untuk mengerjakan ibadat umrah atau haji semakin meningkat, Mona Din mengasaskan butik UmraHajj.

Jenama ini merupakan jenama khas untuk mereka yang mencari busana menunaikan haji atau umrah akan dilancar pada tahun hadapan.

Butik tersebut memudahkan Muslimah yang selama ini bergantung kepada busana dari negara jiran seperti Indonesia mencari pakaian ibadat.

Dengan moto 'qudus bertamu', UmraHajj menjelaskan konsep 'qudus' ialah suci dan mengikut tuntutan syarie manakala bertamu membawa maksud menjadi tetamu Allah di tanah suci.

Antara busana yang menarik perhatian termasuk jubah paras buku lali dipakai dengan seluar panjang kerana sesuai untuk orang Asia. Seluar panjang getah bercerut di kaki lebih praktikal kerana boleh dipakai ketika mengerjakan solat tanpa mengenakan telekung.

Sementara itu, ramai yang memilih untuk berjubah seluar (jubah paras lutut) tetapi ia masih menampakkan bentuk kaki. Terbaik, pilihlah jubah labuh yang longgar.

Selain sesuai dipakai ketika solat, pakaian ini sesuai dipakai ketika berziarah.

Kini, jemaah umrah dan haji tidak perlu meniru imej Arab tetapi menampilkan cita rasa Malaysia ketika cuaca panas. Fabrik seperti satin dan likra mudah diurus kerana tidak perlu digosok dan selesa dipakai. Selain itu, fabrik polister turut diguna kerana ia tidak memerlukan penjagaan rapi.

Fabrik kapas pula selesa dipakai dan menyerap peluh.

Koleksi busana UmraHajj ini boleh didapati di Lot 15, Tingkat 1, Plaza Shah Alam, Selangor atau menghubungi Mona di talian 019-2116606.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat