Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT Kelibat dua lembaga menyerupai pontianak dapat dirakamkan oleh WPT semasa kajian aktiviti paranormal di sebuah bangunan runtuh di Kuala Lumpur. AKTIVITI paranormal atau mistik sering mendapat perhatian masyarakat tidak kira sama ia disampaikan melalui penceritaan, pengalaman mahupun kisah-kisah seram di layar perak. Namun sejak 10 tahun kebelakangan ini perkara itu menjadi aktiviti sekumpulan individu yang cuba merungkai aktiviti ini dengan pendekatan moden dan saintifik. Penggunaan gajet-gajet seperti kamera infra merah, tolok suhu, kamera video dan sebagainya adalah senjata bagi merungkai sesuatu misteri. Lokasi seperti rumah lama, rumah tinggal, bangunan-bangunan kosong menjadi medan kegiatan mereka termasuk hutan dan taman rekreasi. Sudah pasti mereka yang benar-benar berani sahaja mampu melakukan aktiviti sebegini yang bukan sahaja mencabar kekuatan fizikal bahkan mental. Bermain dengan perasaan takut, seram, berdebar-debar adalah perkara biasa. Bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Persediaan psikologi dan kerohanian juga penting jika bermain dengan alam ghaib. Gangguan makhluk halus seperti pontianak dan pocong sememangnya dicari oleh mereka yang melakukan aktiviti ini bagi mendapatkan kepuasan. Minggu ini .com bersama dua kumpulan aktiviti paranormal iaitu Wujud Paranormal Team dan Lenza Paranormal berkongsi pengalaman di sebuah banglo tinggal di ibu kota. Dua orang sukarelawan turut digunakan bagi merakamkan aksi-aksi cemas dan menyeramkan oleh dua kumpulan tersebut. - AZRIN/GHAZALI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |