Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM IDZHAM (kanan) dan Idzmir begitu obses dengan slot car. PERTAMA kali melihat kehebatan perlumbaan permainan slot car yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah pada tahun 2006 Muhammad Idzham Fahmy Mohd. Hisham, 25, sudah mula berasa kagum. Kereta mainan yang dipandu melalui trek berupa alur khas dengan bantuan kuasa magnet di bawah kereta tersebut amat mengujakan juruterbang muda ini. Ujarnya, ia amat berbeza dengan kereta mainan seangkatan dengannya. Slot car yang berasal dari United Kingdom (UK) itu mempunyai trek khas dan kelajuannya dapat dikawal oleh pemain. Kemahiran pelumba slot car ditentukan dari kawalan kelajuan kenderaan masing-masing terutamanya apabila mahu mengambil lekuk dan melepasi halangan yang lain secepat mungkin tanpa menyebabkan kereta terbabas keluar dari trek. Teruja dengan mekanisme permainan tersebut, Idzham nekad untuk mengumpulnya tetapi tidak serancak sekarang kerana ketika itu dia masih bergelar pelajar. Mula sahaja bekerja, Idzham terus memburu permainan tersebut dan kini lebih 130 buah slot car serta sebuah binaan trek lengkap dengan panorama yang amat mengagumkan! Hobi ini kemudian saya berkongsi dengan adik saya, Muhammad Idzmir Fahmy dan kami berdua masih lagi aktif berlumba dan mengumpul slot car dari pelbagai jenama dan rupa. Kebanyakan koleksi kami datang dari luar negara terutama UK melalui rakan atau saudara yang tinggal di sana kerana ia lebih murah berbanding yang dijual di sini. Ada juga yang dibeli menerusi Internet terutama edisi terhad," ujarnya yang turut mengubah-suai sendiri enjin serta rangka kereta untuk menambah kelajuan dan kestabilan kereta di atas trek. Cerita Idzham, asalnya dia dan Idzmir membina trek di sepanjang ruang tamu tingkat atas rumah mereka tetapi kemudian dialihkan ke sebuah bilik khas kerana ia menyukarkan pergerakan mereka. Adik-beradik itu terpaksa mereka kembali trek tersebut menjadi dua tingkat kerana ruang yang agak kecil dan kemudian menambah sendiri landskap lengkap dengan bukit yang dilihat seperti dibina oleh profesional. Ujar Idzham, jika dahulu, sebuah kereta sahaja yang dapat berlumba di setiap laluan, kini dengan teknologi digital, kereta-kereta ini mampu berkongsi dan menukar lorong dan sehingga enam buah kereta dapat berlumba dalam satu masa dengan dua lorong sahaja. Kami berharap dapat membentuk komuniti bermain slot car di Malaysia kerana ia amat unik dan amat diminati di luar negara," ujarnya yang sering bermain slot car bersama ahli keluarga lain serta rakan-rakan yang datang ke rumah mereka. |
Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT RAMAI mengadu hubungan seks suami isteri menjadi semakin hambar apabila usia masing-masing semakin meningkat. Hilang unsur liar dalam keintiman walau pun salah seorang masih mempunyai keinginan memuncak. Ada pandangan nakal cuba mengaitkan hubungan dingin tersebut berlaku kerana ia dilakukan hanya dengan pasangan yang sama dan tidak jika usia pasangan mereka jauh lebih muda. Hakikatnya, ramai tidak mengerti yang hubungan tersebut juga sebenarnya perlu berubah mengikut usia. Mungkin mereka tidak perasan yang keliaran hubungan tersebut bukan lagi menjadi fokus utama, bahkan telah diganti dengan perasaan kasih sayang, keselamatan dan keselesaan walaupun hanya sekadar melibatkan sentuhan mesra antara kedua belah pihak. Salah faham ini merbahaya kerana akan menyebabkan kerisauan keterlaluan tidak mampu memberi prestasi baik sebaik waktu mereka muda dahulu. Kerisauan ini dipanggil performance anxiety. Contohnya, sekiranya mereka tetap cuba untuk bertahan lama atau mencapai orgasma berkali-kali. Masa dan usia tidak menipu. Percubaan ini akhirnya pasti akan membawa kepada perasaan kecewa, malu dan tidak puas hati. Hubungan intim tersebut kemudiannya tidak lagi menjadi sesuatu yang menyeronokkan, malahan akan menjadi sesuatu yang perlu dielakkan pula. Ada pelbagai jenis penyakit berkaitan dengan masalah hubungan seks sebegini, tetapi apa yang akan dibincangkan adalah mengenai hypoactive sexual desire disorder (HSDD). Merujuk kepada DSM-IV, seseorang itu dikatakan mengalami penyakit ini jika mereka tidak lagi mempunyai sebarang ingatan, kehendak atau nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan sehingga menyebabkan kehidupan dan rumah tangga mereka menjadi tidak harmoni atau huru-hara. Masalah HSDD ini lebih banyak berlaku kepada kaum wanita. Ini kerana kaum lelaki lebih popular dengan masalah mengekalkan ereksi atau mati pucuk berbanding masalah ketiadaan nafsu. Walaupun sebenarnya masalah ini boleh berlaku kepada kaum lelaki juga. Punca HSDD Bagi lelaki, perselisihan faham dan performance anxiety menjadi penyebab utama. Dalam setiap perselisihan faham antara pasangan, lelaki biasanya akan memberi tindak balas marah dan wanita pula akan merajuk. Perasaan marah ini akan membantutkan nafsu si lelaki dan jika berpanjangan akan menyebabkan HSDD. Sebab lain adalah kerana kekurangan hormon testosteron akibat keadaan andropause dan komplikasi saraf seperti penyakit kencing manis dan sebagainya. Agak kontroversi untuk diperkatakan tetapi pernah berlaku, kecurangan biasanya akan menyebabkan perasaan bersalah sama ada terhadap Tuhan atau pasangan. Kerap si lelaki akan memberi alasan mengalami masalah mati pucuk sedangkan mereka sebenarnya tidak mempunyai nafsu sama-sekali terhadap pasangan sendiri. Bahkan, agak menggelikan hati bila ada yang menyalahkan ia akibat buatan orang atau ilmu hitam walhal yang salah ialah diri sendiri. Punca utama HSDD di kalangan kaum wanita pula adalah kerisauan juga, tetapi mereka biasanya memberi alasan letih atau penat. Sebenarnya, otak amat mempengaruhi kehendak dan minat mereka terhadap seks. Peningkatan usia akan disertai dengan peningkatan tanggung-jawab. Kerana itu, sudah tentu apa sahaja perkara yang banyak bermain difikiran seperti masalah kewangan, konflik keluarga dan tekanan kerja pasti memberi kesan ke atas keinginan seks mereka juga. Bagi pasangan yang mempunyai ramai anak perasaan takut terlajak atau termengandung juga boleh menyebabkan masalah ini. Bagi yang baru melahirkan anak pula, kesibukan menguruskan bayi dan tidak cukup tidur menjadi faktor utama. Penggunaan kaedah perancang kehamilan dan pengambilan rehat secukupnya boleh membantu tetapi biasanya gangguan dari anak-anak kecil pula akan menghantui fikiran dan ini mengambil masa untuk diselesaikan. Wanita amat sensitif dengan perubahan hormon di dalam badan. Keadaan seperti pre-menstrual syndrome (PMS), menopause dan pembedahan ginekologi misalnya, juga boleh menyebabkan HSDD. Selain itu, peningkatan usia juga menyebabkan ada wanita yang merasakan diri mereka tidak lagi menarik dan secantik dahulu. Sedangkan perkara ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana pasangan mereka juga berubah mengikut usia. Bergantung kepada punca permasalahan, sama ada perubatan, psikologi atau hormon, kesemuanya mempunyai kaedah dan cara perawatan tertentu. Jangan putus asa dan dapatkan bantuan segera. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |