Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 22 Jun 2013 05:42 AM PDT SAKIT tekak boleh menyerang semua peringkat usia sama ada kanak-kanak, golongan remaja mahupun orang dewasa. Kesemuanya akan mengalami simptom yang sama, antaranya rasa perit di kawasan tekak akibat batuk yang berterusan. Rasa perit itu memang sukar untuk digambarkan, malah ada yang menyamakan situasi tersebut ibarat menelan serpihan kaca masuk ke dalam saluran pernafasan kamu. Ada juga yang mengalami kesukaran tidur kerana kerap berasa terganggu setiap kali menelan air liur. Lebih memburukkan keadaan apabila rutin harian kamu turut menerima tempiasnya. Kebiasaannya, rasa sakit ini akan mula timbul apabila kamu mengalami demam. Membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil di sekitar mulut akan membentuk bengkak yang kemudiannya menyumbang kepada rasa sakit. Dalam keluaran sebelum ini, .com pernah menyiarkan informasi tentang bahaya batuk. Justeru, untuk minggu ini pula, ruangan Kesihatan akan menampilkan tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan keperitan yang ditanggung akibat sakit tekak. - LAILISUHANA |
Posted: 22 Jun 2013 05:42 AM PDT PENGGUNAAN susu dalam bidang kecantikan sebenarnya sudah mula diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Buktinya, Ratu Mesir, Cleopatra telah memilih susu sebagai salah satu resipi rahsia kecantikannya. Tidak hanya boleh didapati dalam bentuk cecair, susu kini telah diinovasikan bentuknya menerusi teknologi moden dan hasilnya, susu juga boleh dimiliki sama ada dalam bentuk pepejal mahupun serbuk. Susu menjadi pilihan untuk tampil cantik kerana mengandungi pelbagai khasiat yang mampu memberikan keserian pada wajah seperti kandungan gizi (protein, kasium, zat besi, potasium dan banyak lagi.) Kulit juga akan bertambah mulus kerana susu mampu memudarkan noda hitam pada wajah. Kali ini ruangan Kecantikan ingin berkongsi beberapa langkah mudah yang boleh diikuti supaya kulit kamu bertambah cerah dan berseri dengan resipi cantik menggunakan susu. Ya, susu! - LAILISUHANA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |