Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
- Pusat refleksologi tawar urut B2B
- Pecah rumah semakin menjadi-jadi di Kepong
- Pasar Raja Bot siap Okt. 2017
Pusat refleksologi tawar urut B2B Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN Seorang pelanggan cuba menawar harga semasa tinjauan di dalam pusat mengurut yang pemiliknya mengakui menawarkan urutan badan ke badan. KUALA LUMPUR 3 Jun - Di sebalik tulisan di papan tanda yang menawarkan urutan badan, sebuah pusat refleksologi di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves dekat sini didakwa turut menyediakan pakej tambahan iaitu urutan badan ke badan (B2B). Seorang pengadu, yang meminta namanya dirahsiakan, memberitahu premis-premis urut di situ turut menawarkan perkhidmatan seks selain tukang urut berpakaian menjolok mata. Bertindak atas aduan tersebut Utusan Malaysia membuat tinjauan ke lokasi terbabit hari ini. Boleh disahkan sebuah premis menawarkan urutan B2B tetapi tiada perkhidmatan seks ditawarkan. Di saat penulis melangkah masuk ke premis terbabit, pemilik premis itu menerangkan pakej-pakej urutan yang disediakan antaranya urutan badan dan B2B. "Untuk urutan badan dikenakan caj RM80 untuk tempoh sejam tidak termasuk urutan batin berharga RM50. B2B pula berharga RM138 bagi tempoh sejam," kata taukenya kepada penulis. Menurut pemilik premis berketurunan Cina itu, tukang urut yang disediakan adalah terdiri daripada wanita warga asing yang berasal dari Kemboja, China, Thailand dan lain-lain. Ketika itu, hanya kelihatan seorang wanita warga Kemboja yang bekerja dan tidak kelihatan kelibat wanita-wanita lain. "Ok. Saya mahu pergi makan dahulu, selepas itu saya datang ke sini semula," kata penulis kepada pemilik tersebut bagi mengelak terperangkap dengan tawaran itu. Siasatan di rumah urut yang lain di kawasan itu pula mendapati mereka 'bersih'. Bagaimanapun, apakah ia benar-benar bersih tidak dapat disahkan kerana jika mengikut pengadu yang memberi maklumat kepada kami kebanyakan rumah urut di Sri Gombak turut menawarkan 'khidmat istimewa'. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Sehubungan itu pihak berkuasa tempatan berkenaan iaitu Majlis Perbandaran Selayang diminta memantau secara berterusan dan bertindak tegas dalam usaha menangani isu tersebut yang boleh mencetuskan masalah sosial dan lain-lain. Jika keadaan ini berterusan, maka ia akan memburukkan imej pusat refleksologi yang benar-benar menawarkan perkhidmatan urutan mengikut saluran betul. |
Pecah rumah semakin menjadi-jadi di Kepong Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Jun - Penduduk Kepong dilanda kebimbangan berikutan kegiatan jenayah yang semakin menjadi-jadi di kawasan itu. Secara purata, penduduk mendakwa sebanyak enam kejadian pecah rumah berlaku di kawasan itu setiap hari. Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kejadian ragut turut meningkat sehingga menakutkan penduduk. "Kes pecah rumah dan ragut adalah yang paling banyak berlaku di sini. Biarpun anggota polis membuat rondaan setiap hari namun jumlah kejadian ini semakin tinggi. "Ini kerana penjenayah semakin bijak, mereka pecah masuk pada waktu siang menyebabkan jiran tetangga tidak sedar bahawa rumah dipecah masuk," katanya dalam sidang akhbar mengenai kes pecah rumah yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Api-api Kiri 1, Kepong di sini. Sementara itu, mangsa pecah rumah, Lue Gim Gee, 43, berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu. "Ketika itu saya dan suami ke pejabat kami yang terletak tidak jauh dari rumah. Kira-kira pukul 4 petang apabila pulang ke rumah kami mendapati pintu pagar terbuka dan rumah berselerak. "Setelah pasti bahawa rumah dipecah masuk, kami bergegas ke balai polis Kepong untuk membuat laporan," ujarnya. Suaminya, Lee Kon Thai, 50 berkata, kerugian yang dialami bernilai kira-kira RM25 ribu. "Antara barangan yang dicuri ialah televisyen, telefon bimbit, komputer, radio, wang tunai dan kad kredit. "Malah, habis semua dokumen penting seperti pasport, sijil kelahiran dan sijil simpanan premium diambil oleh mereka," katanya. Dalam pada itu, wakil Balai Polis Sentul yang turut menghadiri sidang akhbar itu menyeru penduduk yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat laporan kepada polis dan jangan hanya berdiam diri. "Jika mangsa tidak membuat laporan, pihak polis sukar untuk menjejaki penjenayah kerana mereka sangat licik menjalankan aktiviti mereka pada waktu siang. "Orang ramai juga diingatkan agar mengunci pintu pagar serta rumah mereka menggunakan kunci yang berkualiti tinggi bagi mengelakkan rumah dimasuki pencuri," katanya. |
Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN KAKITANGAN Perbadanan Pembangunan Kampung Baru tertarik melihat model Pasar Raja Bot sambil mendengar penerangan oleh Naharudin Abdullah (kiri). Chow Kit Road! Chow Kit Road! Chow Kit Road! Chow Kit Road! Chow Kit Road! Chow Kit Road! Chow Kit Road! Chow Kit Road!" Di tengah bandar raya, Yang miskin dan yang kaya, Bagai satu keluarga bersama gembira, Ramai orang berniaga, menjual apa saja, Semuanya murah-murah ha ha ha ha ha ha!" Sekitar 1980-an, Allahyarham telah mengadakan konsert gergasi secara percuma di Jalan Chow Kit yang dianggarkan dihadiri hampir 100,000 warga kota, sekali gus menempa nama di dalam Malaysian Book of Records. Benar seperti yang dinyanyikan Sudirman. Ketika itu kawasan Chow Kit sungguh popular untuk semua golongan kerana menawarkan pelbagai barangan. Bagaimanapun, yang paling terkenal ialah sebuah pasar yang tertua di ibu kota iaitu Pasar Raja Bot yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan keperluan harian sama ada barangan basah atau kering. Pada 28 Mei lalu, Pasar Jalan Raja Bot yang turut dikenali sebagai Pasar Chow Kit menyambut ulang tahunnya dan premis berusia 58 itu bakal dibangunkan semula, sekali gus akan mengangkat taraf para peniaga di situ dan sekitar kawasan Jalan Chow Kit. Apa yang diharapkan, bangunan pasar baharu itu nanti setanding dengan pasar-pasar di luar negara yang jauh lebih moden dan selesa sekali gus menjadi tarikan pelancong. Pasar bersejarah yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sir Hisamuddin Alam Shah itu dikhabarkan akan kelihatan seperti Pasar Queen Victoria di Melbourne, Australia kelak. Idea projek pembangunan semula itu dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan ke pasar itu pada 17 Julai 2011. Ketika itu, beliau melihat pasar tersebut amat usang yang tidak sesuai lagi untuk para peniaga dan penjaja menjalankan perniagaan mereka di situ. Pada 22 Julai 2011, satu perbincangan diadakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama persatuan penjaja yang mengesyorkan satu kaedah pembinaan secara berfasa supaya aktiviti penjaja boleh berjalan serentak dengan pembinaan pasar baru. Kaedah ini diambil kira oleh DBKL dengan memindah penjaja ke gerai sementara dan akan masuk ke bangunan pasar baharu secara berperingkat-peringkat sejurus fasa-fasa tertentu siap. Pada Mac lalu, Muhyiddin ketika melancarkan projek pembangunan semula Pasar Raja Bot menyifatkan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Kampung Baru yang merupakan satu lagi bukti bagaimana kerajaan sentiasa melaksanakan janjinya. Beliau berkata, dengan kos pembinaan sebanyak RM200 juta, pasar serba moden itu akan memberi manfaat kepada 1,527 penjaja dan peniaga sedia ada serta generasi muda yang berminat dalam bidang perniagaan. "Sesungguhnya pasar ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan semula Kampung Baru. Dengan kemudahan infrastruktur yang cekap dan selesa serta adanya laluan dan perkhidmatan stesen transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) kawasan ini akan setanding dengan kawasan segi tiga emas yang terletak bersebelahan. "Nilai hartanah akan turut meningkat sejajar dengan kemajuan pembangunan di kawasan ini yang tentunya akan memberi manfaat kepada para penduduk di sini," katanya. Kini, bangunan di hadapan Plaza Safuan di Jalan Raja Alang telah dirobohkan menandakan bermulanya projek pembangunan semula Pasar Raja Bot demi keselesaan, kawalan harga barang terbaik dan menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi. Perobohan bangunan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pasar sementara yang dijangka siap akhir bulan depan bagi menempatkan kira-kira 85 peniaga yang dikenali sebagai Zon 1A di situ. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |