{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Luar Negara


Bantah kenaikan harga minyak

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

Penduduk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen bagi menentang rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak di Jakarta, semalam. - AGENSI

JAKARTA 17 Jun - Beribu-ribu rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di seluruh negara hari ini, bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ketika beratus-ratus penunjuk perasaan cuba menyerbu bangunan kerajaan tempatan di Jambi.

Demonstrasi bantahan tersebut diadakan di ibu negara dan beberapa bandar lain ketika ahli-ahli Parlimen Indonesia bersidang bagi meluluskan perubahan bajet yang akan membolehkan kerajaan mengumumkan peningkatan harga minyak pertama sejak 2008.

Di Jakarta, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Parlimen ketika hujan, untuk membantah kenaikan harga minyak.

Mereka membakar tayar dan mengibarkan kain rentang yang tertera ''Tolak kenaikan harga minyak' dan 'Gantung SBY' (Presiden Susilo Bambang Yudhoyono).

Polis berkata, kira-kira 19,000 anggota polis dan askar dikerahkan di seluruh Jakarta bagi mengawal keadaan.

Jurucakap polis wilayah Jambi, Almansyah berkata, polis terpaksa mengambil tindakan tersebut apabila beratus-ratus penunjuk perasaan cuba merempuh pintu masuk ke bangunan kerajaan tempatan.

''Situasi menjadi sangat huru-hara dan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

''Keadaan terkawal dan tiada siapa berjaya memasuki bangunan tersebut,'' katanya.

Walaupun hanya sejumlah kecil rakyat Indonesia memiliki kereta, rancangan peningkatan harga petrol sehingga 44 peratus dijangka meningkatkan kos keperluan harian.

Penggubalan bajet negara itu yang akan turut menyediakan bantuan kewangan kepada isi rumah miskin, membolehkan Susilo mengumumkan peningkatan harga minyak tersebut.

Persidangan Parlimen bagi membincangkan bajet itu akan berlarutan selama beberapa jam, namun jika diluluskan, Susilo dijangka mengumumkan peningkatan harga minyak malam ini. - AFP

Singapura turut dilanda jerebu

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

Bandar raya Singapura diselubungi jerebu akibat pencemaran daripada kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia. - AFP

SINGAPURA 17 Jun - Singapura diselubungi jerebu hari ini akibat pencemaran daripada kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata, bandar raya Singapura mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 80 pada petang hari ini iaitu tahap tinggi di peringkat sederhana.

Sebarang bacaan 100 ke atas dianggap sebagai tidak sihat.

Jerebu menyelubungi jalan raya di pusat perniagaan Singapura, tetapi setakat ini masih tidak menjejaskan perniagaan atau pengangkutan udara.

Namun, mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, warga emas berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak, dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar rumah, meskipun pencemaran udara berada ditahap sederhana.

"Jerebu dijangka akan berterusan untuk tempoh beberapa hari lagi," kata NEA dalam laman web mereka hari ini.

Malaysia turut dilanda jerebu dengan bacaan IPU mencatat tahap tidak sihat akibat pembakaran hutan hutan di Sumatera, Indonesia.

Masalah jerebu di Asia Tenggara pernah mencatat rekod terburuk pada 1997 hingga 1998 menyebabkan masalah kesihatan serta merugikan berbilion-bilion dolar akibat gangguan kepada aktiviti perniagaan dan pengangkutan. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat