Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Ambulans rosak, Mandela terpaksa dipindahkan Posted: 22 Jun 2013 09:13 AM PDT JOHANNESBURG 23 Jun - Ambulan yang membawa Nelson Mandela mengalami kerosakan di tengah jalan memaksa bekas Presiden Afrika Selatan itu dipindahkan ke ambulans lain. Jurucakap bekas presiden itu mengesahkan kenderaan berkenaan mempunyai masalah enjin dan bekas pemimpin yang berusia 94 tahun itu terpaksa menunggu hampir 40 minit dalam kesejukan sementara menanti ketibaan ambulans lain. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dihadapi Mandela kerana beliau sentiasa diawasi oleh jururawat yang bertanggungjawab menjaganya. - Agensi |
20 maut militan serang pusat pemeriksaan polis Posted: 22 Jun 2013 09:09 AM PDT KUNDUZ, Afghanistan 23 Jun - Seramai 18 militan Taliban dan dua anggota polis terbunuh apabila pemberontak melancarkan serangan di pusat pemeriksaan polis di utara Afghanistan, semalam. Menurut jurucakap polis wilayah Kunduz, Sayed Sarwar Hosseini, militan Taliban itu menyerang polis di pusat pemeriksaan di daerah Qala-e-Zal kira-kira jam 12.30 tetapi berdepan dengan rintangan di mana 18 penyerang terbunuh dan 11 lagi cedera. Katanya lagi, serangan itu menyebabkan dua anggota polis tempatan, tiga komander Taliban dan seorang polis asing terbunuh. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |