{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Luar Negara


Mahkamah AS benarkan perkahwinan pasangan sejenis di California

Posted: 26 Jun 2013 10:41 AM PDT

WASHINGTON 27 Jun - Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan perkahwinan sejenis di California selepas mendapati undang-undang larangan perkahwinan gay di negeri itu tidak termaktub dalam Perlembagaan.

Mahkamah memperoleh keputusan undian 5-4 yang memihak kepada penyokong perkahwinan sejenis.

Kenyataan mahkamah menyebut, tiada peraturan sah larangan perkahwinan gay di California dan negeri-negeri lain. - REUTERS

Pusat logistik tentera AS di Kyrgyzstan bakal ditutup

Posted: 26 Jun 2013 10:40 AM PDT

MOSCOW 27 Jun - Amerika Syarikat (AS) bakal kehilangan sebuah pusat logistik tentera terpenting di Asia Tengah pada tahun depan, selepas Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev, semalam membatalkan perjanjian pajakan pangkalan tentera tersebut.

Almazbek menandatangani peraturan yang menolak perjanjian pajakan 2009, berkuatkuasa Julai tahun depan selepas Parlimen Kyrgyzstan meluluskan undang-undang berkenaan pada minggu lalu.

Pangkalan Udara Manas yang dilabel sebagai Pusat Transit, merupakan pusat logistik tentera AS bagi operasi mereka di Afghanistan sejak 2001.

Pada 2009, AS menandatangani perjanjian pajakan tahunan bernilai AS$60 juta (RM191.6 juta).

Perjanjian tersebut tamat tempoh pada tahun depan dan Kyrgyzstan berhak menolak untuk membaharui perjanjian itu. - DPA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat