Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Mandela masih di tahan di hospital akibat jangkitan paru-paru Posted: 09 Jun 2013 10:44 AM PDT JOHANNESBURG 10 Jun - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela terpaksa bermalam di hospital untuk malam kedua hari ini bagi merawat jangkitan paru-parunya. Kerajaan berkata bekas pemimpin yang berusia 94 tahun itu dimasukkan ke Hospital Pretoria selepas keadaannya yang semakin kritikal kira-kira pukul 1.30 pagi semalam. Bagaimanapun tiada maklumat terkini tentang keadaan dirinya tetapi digambarkan dengan serius tetapi stabil. Pemimpin anti-apartheid itu telah masukkan empat kali hospital sejak Disember lalu dengan kali terakhir pada 6 April lalu selepas doktor mengesahkan terdapat cecair pada paru-paru beliau. - AGENSI |
Penunjuk perasaan terbunuh di luar kedutaan Iran Posted: 09 Jun 2013 10:42 AM PDT BEIRUT 10 Jun - Seorang penunjuk perasaan Lebanon terbunuh di luar pejabat kedutaan Iran di sini kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata daripada kumpulan Syiah Hezbollah melepaskan tembakan ke arahnya. Tentera Lebanon telah menggunakan kereta kebal dan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh Beirut berikutan kejadian tembak menembak. Seorang wartawan Reuters yang berada di luar bangunan kedutaan Iran menyaksikan kejadian tersebut di mana seorang lelaki yang berpakaian hitam dan kuning di bahagian lengan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan yang sedang yang berada di dalam bas. Seorang saksi berkata ahli kumpulan syiah itu telah dibunuh dan menyebabkan beberapa yang lain cedera, kesemua mereka tidak mempunyai senjata. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |