{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pemotoran


Penurunan harga kereta bantu golongan muda

Posted: 22 Jun 2013 05:42 AM PDT

PENGUNJUNG melihat kereta Proton Saga SV yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN

MINGGU lalu menyaksikan beberapa model kereta di negara ini mengalami penurunan harga di antara 0.7 dan 11 peratus. Apa yang menariknya, penurunan itu melibatkan model kereta keluaran Proton, Honda, Peugeot dan juga Volkswagen.

Pengurangan harga itu juga sejajar dengan akujanji yang telah dibuat oleh kerajaan untuk rakyat menerusi manifestonya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada awal bulan Mei yang lalu.

Sebagai golongan remaja, saya fikir ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan sebuah kereta mampu milik memandangkan remaja kini sudah bijak berdikari dan mencari peluang pendapatan mereka sendiri.

Serentak dengan penurunan itu juga, Proton telah melancarkan model mampu milik iaitu Saga SV yang berharga di antara RM33,438 dan RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 jauh lebih rendah berbanding model sebelumnya.

Selain itu, Perodua pula telah menjadikan tiga model kereta milik keluarannya iaitu Viva, Myvi dan Alza sebagai antara model yang turut mengalami penurunan harga.

Varian bagi ketiga-tiga model itu akan menjadi lebih murah dalam sekitar RM2,000 berbanding harga terdahulu tetapi masih lagi menawarkan ciri-ciri yang lebih baik daripada varian asas sedia ada.

Golongan remaja masa ini juga dilihat mampu untuk merebut peluang yang diberikan kerajaan atau mungkin boleh menganggap ini sebagai satu cabaran supaya peluang yang tersedia ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

Apa yang dikehendaki dahulu sudah terhidang di hadapan mata, jadi ambil inisiatif melalui saluran yang betul bagi menjadikan apa yang diidamkan berada dalam genggaman.

Namun begitu, golongan muda dinasihatkan usah terlalu ghairah dalam menuju ke arah itu jika diri sendiri masih lagi berasa ragu. Sebaik-baiknya, ukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

MUHAMMAD HAMDAN,

Kuala Lumpur

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat