Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Buku kanak-kanak harumkan negara Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK ASIAH Abu Samah (berdiri, lima dari kanan) bersama penerbit, penulis serta ilustrator yang menyertai Festival Kandungan Buku Kanak-kanak Asia (AFCC) di Singapura, baru-baru ini. PENGGIAT buku kanak-kanak yang terdiri daripada penerbit, penulis serta ilustrator berjaya mencuri perhatian peserta Festival Kandungan Buku Kanak-kanak Asia (AFCC) di Perpustakaan Negara Singapura, baru-baru ini. Dalam festival itu, sembilan penggiat profesional membuktikan keupayaan karyawan Malaysia yang menampilkan buku dan ilustrator kanak-kanak setaraf antarabangsa. Antara mereka yang terlibat sepanjang AFCC termasuklah ilustrator, Emila Yusuf; Mohd Yusuf Ismail (Yusuf Gajah); Nur Azmi Mokhtar (Mie Mambo); Nadia Mohamad Basirun; Mazni Md Ramli dan penulis buku pula ialah Ain Maisarah; Teoh Chon Ean; Tutu Dutta serta Azree Hanafiah. Lebih istimewa, Pengerusi Perbadanan Kota Buku, Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah yang turut hadir bersama dengan delegasi Malaysia diberi penghargaan menjadi negara tumpuan sepanjang AFCC berlangsung. Pengiktirafan berprestij itu diberikan berdasarkan pada sumbangan Malaysia terhadap pelbagai bidang penerbitan buku kanak-kanak seperti pendidikan, penyelidikan, dan hubungan antarabangsa. Mengulas mengenainya, Asiah berkata, pengiktirafan itu mempunyai nilai yang tinggi dalam mengangkat martabat kandungan sastera kanak-kanak di pentas antarabangsa. Katanya, pengiktirafan itu membuktikan hasrat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memajukan industri buku kanak-kanak menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kota Buku Malaysia dan Lembaga Pembangunan Buku Kebangsaan Singapura yang diadakan pada 2 Oktober tahun lalu berjaya direalisasikan. "Saya berharap penggiat buku kanak-kanak menjadi medium terbaik untuk mereka menyumbangkan pelbagai idea dalam menjadikan Perbadanan Kota Buku sebagai badan penyelidikan berdaya saing di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama Malaysia. "Mereka yang menyertai AFCC memperoleh inspirasi dan semangat untuk menulis serta menggambarkan kisah-kisah hebat dari tanah air masing-masing. "Kami menanti-nantikan untuk mengambil bahagian setiap tahun dan melihatnya berkembang ke tahap lebih tinggi," katanya. Dalam pada itu, Asiah berkata, bahan bacaan yang mengandungi budaya warisan bangsa sesuatu negara dapat ditonjolkan di peringkat dunia menerusi AFCC selain peningkatan kandungan bahan bacaan dalam pelbagai genre kanak-kanak. Sebanyak 11 kertas kerja telah dipilih dari Malaysia untuk pembentangan secara lisan, selain menerusi pembentangan poster dan pameran semasa AFCC. Festival tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan penggiat buku kanak-kanak Malaysia dalam program antarabangsa di samping meningkatkan nilai perkongsian ilmu dan jaringan kerjasama di antara kedua-dua negara itu serta negara lain. Penganjuran festival tersebut oleh Lembaga Pembangunan Buku Kebangsaan Singapura mendapat kerjasama daripada Perbadanan Kota Buku Malaysia. |
Pil tablet pintar bantu tingkat prestasi akademik Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT SUATU ketika dulu, pencapaian akademik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Endau dan SK Teluk Lipat daerah Mersing, Johor boleh dikategorikan dalam kumpulan biasa-biasa sahaja berbanding sekolah lain yang jauh lebih cemerlang. Namun, senario itu mula berubah apabila syarikat makanan tambahan herba dikenali Dimensi 108 milik penuh bumiputera, Glomind Enterprise Sdn. Bhd., mengambil inisiatif membekalkan bahan tersebut secara percuma kepada sekolah berkenaan sebagai projek rintis. Menurut Pengurus Besarnya, Amran Othman, SK Bandar Endau yang satu ketika dulu agak ketinggalan pencapaian akademiknya telah berubah menjadi sekolah cemerlang dalam prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dua tahun berturut-turut. "Pencapaian sekolah itu menunjukkan kemajuan apabila kita mula membekalkan tablet Dimensi 108 secara percuma kepada murid sekolah berkenaan setiap bulan sejak 2011 hingga sekarang. "Hal ini kerana kita mahukan buktikan tablet Dimensi 108 adalah makan tambahan yang telah dirumus khas untuk mengubah minda serta perangai anak-anak menjadi lebih positif, lebih baik dan cemerlang dalam pelajaran," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. Antara kejayaan yang dirangkul sekolah tersebut selepas menggunakan pil Dimensi 108 termasuklah menduduki tempat pertama pencapaian UPSR negeri Johor, Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Peratus Menguasai Tertinggi 2012, Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Peratus Cemerlang Tertinggi 2012, Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Gred Purata Daerah Terbaik 2012 dan Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang Anjakan Saujana 2012. Makanan tambahan Dimensi 108, dirumus khas menggunakan bahan asli dan buah-buahan digemari golongan kanak-kanak serta tidak sedikit pun mengandungi bahan kimia. "Tablet ini berfungsi apabila dimakan, kuasa hidrogen dan nitrogen yang dikandungnya akan masuk ke dalam darah lalu membentuk rantaian molekul yang bertindak sebagai 'peluru' untuk menghancurkan molekul negatif serta menjana kuasa positif. "Kuasa ini juga bertindak sebagai pertahanan menentang kuman atau virus yang menyebabkan penyakit dalam badan,'' jelasnya. Maklumat produk yang mula diperkenalkan di Johor sejak tiga tahun lalu itu boleh dirujuk di laman http://dimensi108.blogspot.com atau www.facebook.com/GlomindEnterprise. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |