{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Resolusi MCA tak terima jawatan makan diri - Tiong Lai

Posted: 01 Jun 2013 10:09 PM PDT

Oleh ALI MAHMOOD

BENTONG 2 Jun - Langkah MCA yang tidak akan menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri jika tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu telah memakan diri parti tersebut.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, resolusi itu sebenarnya bertujuan memberi motivasi kepada para pemimpin dan ahli parti berkenaan supaya bekerja keras memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum tersebut.

"Tujuan kita buat resolusi itu untuk memberi motivasi kepada pemimpin dan ahli parti supaya bekerja keras memenangi lebih banyak kerusi tetapi tidak sangka keputusan pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.

"Jadi kita tunggu apa keputusan parti selepas mengadakan mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Bagi pihak parti, saya amat menghargai Perdana Menteri kerana masih memberikan tempat untuk MCA menyertai Kabinet apabila portfolio dikhaskan untuk parti itu kini dipangku buat sementara waktu,'' katanya di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Terima keputusan rakyat

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

Harun Taib

KUALA TERENGGANU 1 Jun - Pas hari ini meminta semua pihak menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, langkah itu penting bagi menjamin keamanan dan kestabilan yang berkekalan sekali gus menolak insiden tidak diingini berlaku sehingga boleh mencetuskan huru-hara.

Beliau berharap mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum lalu, bersikap lebih rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan termasuk melakukan kekerasan.

"Seperti yang saya telah kata, keputusan PRU-13 sudah pun keluar dan diumumkan, jadi kita harap semua pihak termasuk seluruh rakyat di negara ini dapat terima hakikat keputusan pilihan raya umum itu sama ada menang atau kalah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun diminta mengulas pendirian parti berkenaan berikutan gesaan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Seri Paduka bertitah, sebarang perubahan politik di negara ini perlu dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Titah Tuanku Abdul Halim, tindakan menanam kesangsian terhadap institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini adalah perbuatan yang amat berbahaya.

Harun bagaimanapun mengakui memang wujud pihak-pihak tertentu yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.

"Memang ada pihak tak puas hati dengan keputusan PRU-13 lalu, itu hak mereka sama ada hendak nyatakan bantahan mereka dengan cara berceramah dan sebagainya, kita tak boleh halang mereka," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat