{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Sokong jawatan tertinggi UMNO tidak dipertanding

Posted: 03 Jun 2013 10:41 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyokong cadangan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akan datang.

Beliau menyokong kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ada kini terus dikekalkan. - UTUSAN ONLINE

Hanya propaganda jahat pembangkang

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

A.K.M. Atiqur Rahman ketika mengadakan sidang akhbar mengenai isu pengundi hantu warga Bangladesh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 3 Jun - Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan kemasukan kira-kira 40,000 rakyat negara itu sebagai pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu sebagai tidak masuk akal dan jelas merupakan propaganda jahat parti pembangkang.

Jelasnya, adalah amat mustahil untuk membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam tempoh yang singkat seperti yang didakwa pembangkang termasuk di laman media sosial.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat ada warganegara mereka yang didapati telah mengundi pada hari pengundian.

"Saya yakin tuduhan itu direka oleh mereka yang berkepentingan dengan memberi gambaran serta maklumat yang salah.

"Diharapkan, semua pihak dapat berhenti daripada terus menyebar khabar angin itu sama ada dalam media cetak, elektronik mahupun di media sosial serta tidak perlu lagi mengaitkan Bangladesh dalam isu domestik Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas berhubung tuduhan rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu dalam PRU-13 di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum PRU-13 lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya lebih 40,000 pengundi hantu telah dibawa dari Bangladesh menaiki pesawat komersial untuk mengundi.

Malah, media sosial propembangkang terus menggunakan dakwaan jahat itu sehingga ramai warganegara Malaysia sendiri telah menjadi mangsa fitnah apabila dituduh sebagai pengundi hantu kerana wajah mereka memiliki mirip seperti orang Bangladesh.

Namun, sehingga kini, Anwar dan pembangkang belum membuat sebarang laporan polis berhubung dakwaan itu sebaliknya hanya membuat laporan berhubung isu dakwat kekal.

Dalam pada itu, Atiqur Rahman memberitahu, pihaknya bersedia untuk menerima sebarang bukti jika ada warga Bangladesh yang menjadi pengundi.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan, dakwaan jahat tersebut juga telah meningkatkan ancaman kepada warga mereka yang tidak bersalah selain memberi imej negatif kepada negara Bangladesh secara tidak adil.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat