{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


COD4 jaguh video game

Posted: 06 Jun 2013 02:00 AM PDT

kumpulan cod4 bersama pemenang-pemenang lain pada Mega Online Games Challenge di Putrajaya.

PERMAINAN video atau video game memang sudah menjadi kegilaan di negara ini. Yang gilakan permainan ini pula datang dari pelbagai peringkat.

Daripada kanak-kanak yang baru mengenal dunia, hingga kepada golongan dewasa. Cuma jenis permainan yang diminati itu yang berbeza-beza.

Tambahan pula dengan perkembangan teknologi terkini menjadikan watak dalam permainan video itu seperti benar-benar wujud.

Malah si pemain itu pula merasakan dirinya yang menjadi hero dalam permainan itu. Sebab itu ada yang sanggup berhempas pulas. Ada yang ekstrem sampai rela menghabiskan masa pada hari cuti dengan bermain video game sahaja.

Tetapi, apa guna kemahiran bermain permainan komputer itu jika tidak diuji?

Jadi, sempena Karnival Belia Putrajaya baru-baru ini, kaki-kaki permainan itu diberi peluang menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam Mega Online Game Challenge.

Pertandingan sempena Fiesta 75 Tahun Utusan itu menjadi medan untuk para penggemar permainan video menguji keupayaan diri sendiri melalui bersaing dengan peserta-peserta lain.

Pada pertandingan yang dijalankan secara berperingkat sepanjang karnival itu menjadi medan menguji keupayaan masing-masing.

Jika selama ini bakat itu hanya dipendam dengan bermain game sendirian dalam bilik atau bersama teman-teman, melalui pertandingan itu mereka dapat menguji sejauh mana kebolehan yang ada.

Pada pertandingan itu baru diketahui sama ada mereka benar-benar hebat dan benar berjaya menguasai permainan itu atau sekadar syok sendiri.

Permainan utama diketengahkan untuk para peserta sempena Mega Online Game Challenge ialah Call of Duty, Grand Tourismo dan Fifa 13.

Kesemua permainan itu merupakan antara yang popular di pasaran dan popular di kalangan penggemar permainan video.

Semuanya menguji ketangkasan dan kepekaan pemain ketika berhadapan dengan pihak lawan selain kepantasan untuk bertidak balas.

Selain menguji kemahiran dan ketangkasan para peserta juga berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM7,500.

Bagi para peserta yang terlibat, permainan video bukan sekadar hobi masa lapang.

Tetapi merupakan sesuatu yang diambil serius. Mereka cukup bersungguh-sungguh memberikan cabaran walaupun ada yang awal-awal lagi sudah tersingkir.

Itu boleh dilihat kepada ketekunan dan kemahiran yang ada pada setiap peserta dalam mengatasi cabaran dalam Mega Online Game Challenge.

Ketua Koordinator fiesta tersebut, Marlan Daud berkata, beberapa pasukan yang terdiri daripada tiga orang berentap dalam permainan video terkenal Call of Duty dalam segmen Mega Online Game Challenge itu.

Selain itu katanya, pihak penganjur turut menyediakan permainan video, perlumbaan percuma iaitu Grand Turismo dan bola sepak Fifa 2013 serta Counter Strike.

Mega Online Game Challenge disertai 75 kumpulan yang bersaing melalui beberapa peringkat.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran pasukan COD4 muncul sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Tempat kedua dimenangi pasukan Prof di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM2,000.

Tempat ketiga yang menawarkan wang RM1,500 pula diraih oleh pasukan Maximum.

Yang pasti pertandingan ini mempunyai pengikut tersendiri.

Mungkin ia berbeza dengan pertandingan lain terutama yang diadakan sepanjang festival itu yang lebih berbentuk fizikal, permainan video ada cabarannya sendiri.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat