{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Jom lepak di Cafe Jiran

Posted: 23 Jun 2013 05:39 AM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto AZMAN ASMAYATIM

PIZZA di Cafe Jiran dihasilkan sendiri oleh chef di ruang dapur terbuka.

JIKA ditanya kepada rakyat Malaysia di mana lokasi makan-makan kegemaran mereka untuk dihabiskan sehingga lewat malam bersama-sama keluarga atau rakan, ramai yang akan memilih kedai mamak.

Murah dan lokasinya yang santai antara sebab utama kedai mamak menjadi pilihan.

Sebenarnya, anda dapat menikmati pelbagai hidangan yang murah, pelbagai pilihan, santai malah sedap di Cafe Jiran, Wangsa Maju yang mengutamakan hidangan Itali dan ala Barat.

Jangan terkejut mengetahui harga-harga menu di kafe berkonsepkan santai ini. Sebagai contoh, pizza Florentina yang bersaiz besar yang biasanya berharga lebih RM30 hanya RM19 di Kafe Jiran!

Rasanya yang asli dan `tidak kedekut dengan pelbagai bahan-bahan seperti daging hiris dan sosej pepperoni dan itu ternyata amat berbaloi dengan harganya.

Chefs mix grill yang terdiri daripada sosej ayam sepanjang satu kaki, ayam gril dan bahu kambing berserta hidangan sampingan iaitu salad, jagung, pasta dan kentang lecek di dalam satu pinggan hanya berharga RM22 sahaja!

Menariknya lagi, kesemua hidangan di Cafe Jiran dihidang bagaikan hidangan di hotel lengkap dengan pinggan kaca yang besar serta hiasan yang amat menarik.

Ujar pemilik Cafe Jiran, Mohd. Fazli Mahat, dia berharap konsep restorannya yang menghidangkan makanan bertaraf lima bintang pada harga yang berpatutan dapat diterima ramai.

Hiasan dalaman restoran turut direka secara santai memberikan keselesaan kepada pelanggan.

Resipi pasta dan makanan barat merupakan yang asli dari tempat asalnya tetapi kami hanya mengubah sedikit sahaja agar sesuai dengan cita rasa tempatan," ujarnya yang kini sedang mengurus pembukaan cawangan kedua Cafe Jiran di Sungai Buloh, Selangor dan seterusnya di Kota Bharu Kelantan.

Di Cafe Jiran, pelanggan boleh memilih tiga jenis sos untuk pilihan pasta iaitu sos putih yang rasanya berkrim, sos tomato bagi mereka yang gemar rasa masam dan masakan olio yang menggunakan minyak zaitun dan ditambah dengan emping cili.

Beza dari kebanyakan restoran yang mengetengahkan masakan pasta, kuahnya tidak dimasak siap tetapi ia akan dimasak mengikut pesanan, membuatkan rasanya lebih masuk dengan pasta.

Wajib dicuba ialah pizza yang semuanya dibuat sendiri oleh chef di Cafe Jiran dari adunan roti hingga sos.

Pizza Florentina yang mana adunan roti yang lembut diletak daging hiris, sosej pepperoni dan lada benggala itu diletakkan pula sebiji telur di tengah-tengahnya apabila ia hampir masak membuatkan rasa pizza lengkap dengan pelbagai bahan.

Jika mahu kelainan, pesan hidangan calzone iaitu pizza yang kelihatan seperti karipap gergasi dan intinya terdiri daripada daging lembu dan ayam serta bahan-bahan pizza lain.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat