{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Ladang kontrak hapus orang tengah

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Ariffin Awang (empat dari kanan) bertukar dokumen dengan peserta dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FAMA dengan Peserta Ladang Kontrak di Kampung Slow Teliar Bunut Susu, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 9 Jun - Sistem ladang kontrak yang diperkenal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mampu mengurangkan kebergantungan para petani di negeri ini kepada perkhidmatan orang tengah untuk memasarkan hasil tanaman mereka.

Pengarah FAMA Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, melalui sistem ladang kontrak para petani tidak lagi perlu risau mengenai pemasaran hasil tanaman mereka kerana FAMA akan membeli hasil tersebut dan dipasarkan ke seluruh negara.

Menurutnya, melalui ladang kontrak pendapatan peserta juga dapat dipertingkat jika hasil tanaman mereka tidak dipasarkan melalui orang tengah seterusnya meningkatkan ekonomi masyarakat petani di negara ini.

"FAMA turut membeli hasil tanaman mereka mengikut nilai harga pasaran biarpun perjanjian yang dibuat berdasarkan harga lantai dan kita membeli kesemua hasil mereka.

"FAMA turut menjalin kerjasama dengan agensi pertanian seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan sebagainya bagi memastikan hasil yang diusahakan peserta ladang kontrak berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FAMA dengan Peserta Ladang Kontrak di Kampung Slow Teliar Bunut Susu, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 19 peserta di bawah Projek Pemulihan Tanah Terbiar (PPTT) Slow Teliar menandatangani perjanjian tersebut.

Mohd. Ariffin memberitahu, setakat ini pihaknya membelanjakan sebanyak RM1 juta untuk membeli hasil tanaman para peserta ladang kontrak di seluruh negeri berkenaan.

Katanya, jumlah itu akan meningkat mengikut jumlah ladang kontrak yang terdapat di negeri ini.

"Setakat ini, kita mempunyai sebanyak 80 peserta yang terlibat menjayakan ladang kontrak di seluruh negeri ini mengikut tanaman yang ditetapkan.

"Jika sebelum ini sistem ini dijalankan secara berkelompok, namun diubah mengikut peserta kerana kita mahu mereka lebih bertanggungjawab," ujarnya.

Syarikat abai aspek keselamatan di tapak binaan

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

KOTA BHARU 9 Jun - Syarikat pemaju di sekitar bandar ini didapati mengabaikan aspek keselamatan di tapak pembinaan sekali gus boleh mengundang padah kepada pekerja dan orang ramai.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa tapak pembinaan di sekitar bandar ini hari ini mendapati, aspek itu gagal dipenuhi dengan baik pemaju dan sekiranya berterusan dikhuatiri boleh membahayakan pekerja termasuk orang ramai yang lalu lalang berhampiran kawasan projek.

Antara perkara yang diabaikan pemaju ialah membiarkan pekerja di tapak pembinaan tidak menggunakan alatan keselamatan seperti sarung tangan, kasut khas, topi keledar dan tali keselamatan ketika menjalankan tugasan termasuk di kawasan tinggi.

Selain itu, sesetengah pemaju juga dilihat mengambil mudah keperluan membina dinding, pagar atau jaring keselamatan bagi mengelak objek jatuh seterusnya mengundang padah kepada orang ramai.

Berikutan itu, orang ramai yang ditemui meminta pihak berwajib mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut sebelum perkara buruk berlaku.

Nor Liyananingsih Idris, 39, berkata, dia dapat menyaksikan bagaimana pemaju mengabaikan aspek keselamatan pekerja dan orang ramai yang lalu lalang di kawasan projek dengan tidak membina pagar atau dinding bagi mengelak sebarang objek jatuh.

"Sepatutnya pekerja bangunan memakai alatan keselamatan serta meletakkan jaring di sekeliling bangunan untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Zulfikri Mat Husin, 39, berkata, keadaan persekitaran kawasan pembinaan sepatutnya berpagar atau mempunyai pelindung bagi mengelak objek seperti dawai besi yang dipotong dan berbahaya kepada orang ramai menimpa mereka.

"Saya lihat pekerja di tapak pembinaan ini mengabaikan keselamatan mereka walaupun terdedah kepada bahaya disebabkan bekerja di paras tinggi. Keadaan ini boleh mengundang bahaya kepada mereka," katanya.

Bagi Mazram Idzam Ridzal Mahmud, 35, pula berkata, pihak pemaju sering mengambil mudah terhadap perkara keselamatan kerana tidak melibatkan mereka.

"Tempat laluan yang selamat harus disediakan untuk lalu lintas orang awam di kawasan pembinaan ini. Saya harap pihak bertanggungjawab memperketat tahap keselamatan di tapak pembinaan agar kejadian yang tidak di ingini berlaku," katanya.

Mohamad Elias Sulaiman, 33, turut menggesa pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan.

"Mereka harus mencegah objek- objek yang mudah terjatuh seperti kepingan besi dan batu-bata menggunakan penghalang atau jaring. Jika objek tersebut jatuh akan mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai yang lalu lalang di sekitar tapak pembinaan itu," katanya.

Kelantan anjur tilawah peringkat kebangsaan selepas tunggu 56 tahun

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

KOTA BHARU 9 Jun - Kelantan bakal mencatat sejarah apabila menjadi tuan rumah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Kompleks Balai Islam, Lundang di sini bermula Isnin hingga 14 Jun ini.

Majlis itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala upacara penutup akan disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, segala persediaan bagi majlis berkenaan berjalan dengan lancar.

Katanya, persiapan dilakukan sejak Februari lalu sebelum majlis berlangsung Isnin ini.

Tambahnya, seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian dan lebih istimewa qariah dari negeri ini juga turut serta selepas 20 tahun tidak menyertai mana-mana pertandingan.

"Kita mendapat maklum balas bahawa rakyat negeri Kelantan begitu menyambut baik majlis ini dan mereka juga telah lama menanti Kelantan menjadi tuan rumah tilawah ini.

"Saya berharap majlis yang berlangsung selama empat hari itu akan berjalan dengan lancar," katanya pada pemberita selepas melakukan tinjauan persediaan majlis berkenaan di sini kelmarin.

Sementara itu, Che Mohd. Rahim berkata, pihaknya menyasarkan seramai 10,000 orang akan hadir sepanjang empat hari tilawah berkenaan berlangsung.

Dalam pada itu, rakyat di negeri ini begitu teruja untuk menyaksikan majlis tilawah berkenaan yang julung-julung kali diadakan di negeri ini.

Rata-rata yang ditemui mengakui penantian mereka selama ini untuk melihat Kelantan menjadi tuan rumah majlis tersebut akhirnya menjadi kenyataan.

Seorang kakitangan kerajaan, Zahari Daud, 27, berkata, dia sudah tidak sabar untuk menyaksikan majlis tilawah berkenaan yang sememangnya ditunggu-tunggu sejak sekian lama.

Katanya, sejak 56 tahun lalu, Kelantan tidak pernah menjadi tuan rumah majlis berkenaan dan penganjurannya memberikan pengalaman baharu kepada rakyat negeri ini untuk melihat dengan lebih dekat qari dan qariah dari seluruh negara memperdengarkan bacaan mereka.

"Bukan senang hendak melihat qari dan qariah terbaik di seluruh negara berkumpul dalam satu majlis di negeri ini. Saya harap penganjuran majlis ini akan menjadi titik permulaaan untuk kita terus menganjurkannya lagi di masa akan datang," katanya.

Mohd. Haslan Harun, 38, pula berkata, penganjuran tersebut merupakan penghormatan kepada rakyat negeri ini sekali gus membuktikan Kelantan mampu menjadi tuan rumah sekiranya diberikan peluang seperti ini.

"Selaku generasi muda saya gembira dengan penganjuran ini selepas terpaksa menunggu selama 56 tahun untuk melihat majlis ini berlangsung di Kota Bharu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat