Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 09 Jun 2013 01:21 PM PDT Enggan layan kritikan, mahu fokus baki dua perlawanan Kuala Lumpur: Seolah-olah tiada langsung perasaan malu, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bertegas untuk enggan melayan sebarang kritikan dilemparkan terhadap skuad kendaliannya selepas tewas 2-3 kepada kelab pemain sambilan, Canberra FC di Canberra, Australia, Khamis lalu. Saya tidak mahu fokus atau nak ikut apa-apa laporan daripada surat khabar dan sebagainya. Fokus saya hanyalah untuk pasukan dan persediaan menghadapi perlawanan kedua serta ketiga," Datuk K Rajagobal, jurulatih kebangsaan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut berkongsi pautan laporan berita itu di laman Facebook rasmi miliknya, semalam dengan meminta pandangan rakan laman sosialnya itu dan menariknya lebih 200 individu tampil meletakkan komen masing-masing setakat petang semalam. Fokus pasukan Namun menerusi laporan berita di sebuah stesen televisyen semalam, Rajagobal yang ditemubual di Sydney berkata, dia hanya mahu fokus terhadap baki dua perlawanan persahabatan menentang Sydney Olympic, esok dan Marconi Stallions, Khamis ini. "Saya tidak mahu fokus atau nak ikut apa-apa laporan daripada surat khabar dan sebagainya. Fokus saya hanyalah untuk pasukan dan persediaan menghadapi perlawanan kedua serta ketiga. Pengendali berusia 57 tahun itu kini tampak tertekan untuk kembali meraih kemenangan berdepan Sydney Olympic, esok bagi mengembalikan semula keyakinan umum terhadap prestasi semasa skuad Harimau Malaya. "Saya akan turunkan pemain yang difikirkan cukup cergas. Saya akan lihat dahulu sebelum memikirkan siapa yang perlu saya turunkan (esok). Kalau boleh, saya nak turunkan pemain yang dirasakan sesuai untuk menghadapi Sydney Olympic ini," tambah Rajagobal. Apapun, menang atau kalah pada baki dua perlawanan di Sydney itu, ia tidak akan memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya akibat sanggup membatalkan dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Singapura, 4 dan 7 Jun lalu yang menawarkan mata ranking. Nyata pendekatan dan perancangan Rajagobal ketika ini jauh berbeza dengan falsafah jurulatih baru Singapura, Bernd Stange dari Jerman yang jelas menganggap ranking itu penting ketika bercakap pada sidang media selepas Singapura menang 2-0 ke atas Myanmar di Yangon, Selasa lalu, aksi pertama di bawah kendaliannya. "Kami akan cuba mengejar kedudukan Myanmar dalam ranking FIFA. Seperti yang saya katakan, kami akan melakukannya selangkah demi selangkah. Ia mengambil masa," kata Stange pada sidang media berkenaan. |
FAM puas hati prestasi Belia B-19 Posted: 09 Jun 2013 12:59 PM PDT Kuantan: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpuas hati dengan prestasi pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Belia B-19 yang berakhir di Kuantan, malam kelmarin yang disifatkan badan induk itu meningkat berbanding sebelum ini. Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin berpendapat peningkatan prestasi beberapa pasukan jelas dapat dilihat berbanding sebelum ini apabila tidak lagi sekadar menjadi pelengkap pertandingan hingga menjadi mangsa belasahan di peringkat kumpulan.
"Saya tertarik melihat perkembangan menarik pada kejohanan kali ini, sebagai contoh Sabah yang sebelum ini kurang menyerlah namun kali ini mereka menyerlah hingga berjaya melangkah ke separuh akhir. "Perak yang tampil dengan misi mengekalkan kejuaraan musim lalu kali ini hanya berpuas hati menduduki tangga ketiga selepas menewaskan Sabah," kata Hamidin yang bertanggungjawab memantau kejohanan berkenaan. Dalam final malam kelmarin, Selangor muncul juara selepas menjinakkan Kelantan 2-1 sekali gus menamatkan penantian tujuh tahun selepas kali terakhir Red Giants menjuarai kejohanan itu pada 2006. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |