{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Sokong zon larangan merokok

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Fakhruddin

KOTA BHARU 10 Jun - Orang ramai menyambut baik keputusan Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK) yang akan menjadikan kawasan rumah ibadat termasuk masjid sebagai zon larangan merokok tidak lama lagi.

Seorang pelajar, Mohd. Fakhruddin Burhanuddin, 23, berkata, larangan merokok di kawasan masjid dan rumah ibadat lain sepatutnya telah lama dilakukan.

"Ini merupakan usaha yang amat baik kerana bau asap rokok tersebut tidak akan mengganggu mereka yang tidak menghisap rokok apabila datang ke tempat ibadat.

"Saya harap orang ramai menyokong usaha kerajaan ini yang mahu menjadikan tempat ibadat sebagai zon larangan merokok kerana banyak mendatangkan faedah kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pelajar, Tengku Mohd. Fareez Raja Hamzah, 23, berkata, dia menyokong penuh usaha Jabatan Kesihatan itu dalam menjadikan tempat ibadat sebagai zon larangan merokok demi memelihara kedudukan institusi berkenaan dan kesihatan masyarakat secara umum.

"Saya harap kerajaan tidak hanya meletakkan zon larangan merokok di kawasan rumah ibadat sahaja tetapi mereka perlulah membuat di tempat- tempat lain juga seperti di premis-premis perniagaan," katanya.

Bagi seorang petani Awang Hussin, 57, tindakan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di rumah-rumah ibadat perlu diambil bagi memastikan keselesaan pengunjung rumah ibadat berkenaan sama ada yang hadir atas urusan keagamaan atau aktiviti pelancongan.

"Ini merupakan usaha yang baik dalam meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai risiko penyakit dan kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Namun, jika mereka melanggar arahan kerajaan maka mereka patut dikenakan kompaun yang tinggi kerana menggangu orang ramai dengan asap rokok sehingga menjejaskan kesihatan," jelasnya.

Pandangan Awang dikongsi oleh Tengku Zareeq Syazrin Tuan Mohd. Zani, 23, yang berpendapat kompaun maksimum sebanyak RM500 patut dikenakan kepada perokok yang melanggar peraturan dengan merokok di tempat ibadat abila ia dikuatkuasakan kelak.

"Selain itu pemantauan perlulah dibuat selalu di tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital dan perhentian bas kerana dengan cara inilah baru kita dapat mengurangkan tabiat merokok di tempat awam.

"Diharap dengan adanya usaha kerajaan seperti ini dapat menyumbang kepada persekitaran hidup yang lebih sihat," katanya.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan tempat ibadat di negeri ini bakal dijadikan Zon Larangan Merokok apabila peraturan larangan merokok di tempat awam turut dikuatkuasakan di premis berkenaan.

Beliau berkata, penguatkuasaan ini dibuat bagi mengawal orang ramai daripada merokok secara terbuka di kawasan awam dan mereka yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM500.

TATIUC meterai perjanjian keluar tenaga mahir bidang keluli

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Junaidi Ibrahim (kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Wang Chuanxue sambil diperhatikan Ghazali Taib (dua dari kiri), Mazlan Ngah dan Iu Zongyu (kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara TATIUC dengan Shougang Institute of Technology di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 10 Jun - Kolej Universiti Tati (TATIUC) mengambil pendekatan proaktif bagi mengukuhkan usaha mengeluarkan tenaga mahir dalam industri keluli melalui perkongsian ilmu dan kepakaran dengan Institut Teknologi Shougang (SGIT), China.

Satu memorandum perjanjian (MoA) dimeterai di Wisma Darul Iman di sini hari ini dengan TATIUC diwakili Rektornya, Dr. Junaidi Ibrahim dan Timbalan Rektor Korporat dan Jaringan Industri, Datuk Zuklifli Mohamad, manakala SGIT diwakili oleh Naib Presidennya, Wang Chuanxue.

Upacara itu turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail; Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Bazlan Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Steel Sdn. Bhd., Iu Zongyu.

Ghazali ketika bercakap kepada pemberita berkata, perjanjian itu akan merancakkan lagi perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi bagi meningkatkan pembangunan akademik dan melahirkan anak negeri yang cukup terlatih dalam bidang penghasilan keluli.

Beliau menyifatkan kerjasama itu merupakan langkah kehadapan dalam era merancakkan semula perusahaan besi di negeri ini yang suatu ketika menjadi pusat perlombongan bijih besi terbesar di rantau ini.

"Ia juga bagi memenuhi kehendak industri berasaskan keluli yang berkembang di Terengganu terutama dengan pembinaan kilang Eastern Steel, di Teluk Kalong Kemaman yang kini sudah 65 peratus siap," katanya.

Beliau menambah, kerjasama antara dua institusi itu sudah pun bermula awal Februari lalu yang melibatkan 10 anak Terengganu dilatih dalam bidang kawalan motor selama empat bulan.

''Kerjasama itu diteruskan dalam bidang berkemahiran tinggi, iaitu 'Teknologi Metalugikal' melibatkan 40 pelajar yang akan dilatih oleh empat tenaga pengajar yang pakar di bidang itu dari SGIT.

"Pelajar yang berlatar belakang dalam bidang teknikal dan kejuruteraan akan dilatih untuk memahami teknologi penghasilan keluli terkini yang menggunakan teknologi serta kepakaran dari China.

''Selepas tamat tempoh latihan pelajar akan diberi peluang menjadi tenaga kerja di kilang Eastern Steel yang bakal siap tidak lama lagi dengan nilai pelaburan kira-kira RM1.8 bilion," ujarnya.

Kilang Eastern Steel memerlukan kira-kira 1,000 hingga 2,000 tenaga kerja bagi fasa pertama pengambilan sehingga 2014.

Ghazali menambah, bagi merealisasikan hasrat menjadi universiti penuh menjelang 2016, TATIUC juga akan terus menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar negara khususnya untuk memperkasakan bidang akademik, kemahiran dan penyelidikan.

PPSPPA sasar kumpul empat tan barangan kitar semula

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

KOTA BHARU 10 Jun - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Kelantan menyasar mengutip sebanyak empat tan pelbagai barangan yang boleh dikitar semula sempena Larian Kitar Semula 2013 di Padang Perdana, dekat sini Sabtu ini.

Pengarah PPSPPA Kelantan, Datuk Afandi Hamzah berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan jumlah peserta larian yang mencecah hampir 4,000 orang.

Menurutnya, dalam edisi tahun lalu, pihaknya berjaya mengutip sebanyak 3,000 kilogram barangan boleh kitar semula seperti botol plastik, surat khabar, tetrapek dan tin aluminium.

"Berdasarkan sambutan yang diberikan, kita yakin sasaran tersebut mampu dicapai dalam usaha pihak kami menyemarakkan lagi budaya kitar semula dalam kalangan masyarakat di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai larian itu, Afandi memberitahu, setiap peserta tidak dikenakan bayaran namun hanya perlu memenuhi syarat iaitu dengan membawa bahan-bahan kitar semula.

Kata beliau, pihaknya menyediakan pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah kepada para peserta antaranya barangan elektrik, telefon pintar, basikal dan sebagainya.

"Larian ini diadakan serentak di seluruh negara dan merupakan acara tahunan yang dikendalikan PPSPPA dalam usaha memperkenal kepentingan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat